BAB 11

16K 876 14
                                    

***

Farah dan Melissa terpaksa menunggu Hud selesai kursusnya dahulu pada hari itu sebelum bertolak ke rumah Fifi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farah dan Melissa terpaksa menunggu Hud selesai kursusnya dahulu pada hari itu sebelum bertolak ke rumah Fifi. Mereka bernasib baik kerana kursus Hud berakhir pada jam 12 tengahari.

Melissa mengenakan baju kurung moden berwarna maroon bercorak floral sepadan dengan Hud yang memakai kemeja maroon dan slack hitam. Macam mana boleh sama? Entahlah. Takkan rancang pulak? Memang tak lah jawabnya.

Inilah yang dinamakan kebetulan.

Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju, rumah Fifi. Ketika mereka sampai, pengantin sudah mula acara makan beradab. Tanpa membuang masa Melissa dan Farah mencari Fifi di bawah khemah kononnya mahu membuat kejutan.

Ramai betul orang yang datang. Sebaik tiba di meja makan pengantin, Melissa terdiam, begitu juga Farah. Farah lantas menundukkan wajahnya. Kejutan buat Melissa tapi tidak bagi Farah.

Melissa pandang Farah. Hud yang tak mengerti apa-apa itu hanya berdiam diri di samping Melissa.

Langkah Melissa diatur laju menuju ke arah Fifi. Fifi jelas terkejut dengan kehadiran Melissa dan Farah. Jelas juga riak terkejut pada wajah pengantin lelakinya.

Entah apa yang Melissa rasa ketika itu. Marah?

"Err Mel, Farah... Macam mana korang tahu?" tanya Fifi.

"Bonda ajak, kita orang ingat kau busy prepare wedding sampai lupa jemput kita orang tapi rupanya heh..." kata-kata Melissa terhenti.

Pandangannya diarah pada pengantin lelaki.

"Jantan tak guna!" marah Melissa. Beberapa orang tetamu yang ada berdekatan memandang ke arah mereka.

Farah menarik Melissa jauh dari orang ramai. Melissa menepis tangan Farah tetapi tetap mengikut jejak langkah Farah.

"Dahlah, tak payahlah kacau wedding diaorang, beb" kata Farah

"Beb?Hakim tu boyfriend kau tau tak. Boyfriend kau kahwin dengan bestfriend kau? Tapi taknak jemput kau? Sebab apa? Taknak pecah rahsia? Ke sebab memang dah lama curang belakang kau? Useless man." Melissa geram.

"Ala kau relax la, itu yang kahwin dengan Fifi tu boyfriend aku tau, bukan boyfriend kau. Aduh ...kau pulak yang emosi lebih-lebih ni kenapa?" gurau Farah sambil pura-pura ketawa untuk menyembunyikan kesedihannya.

"Kau tahu lama dah kan? Sebab tu la kan? Sebab tu la kau boleh tenang macam tak ada apa-apa? Sebab tu kau taknak datang? Sebab tu ke?"provok Melissa.

"Benda dah jadi, lagipun if Fifi bahagia dengan dia apa salahnya?"

"Bahagia atas kesedihan orang lain? Kawan jenis apa tu?" soal Melissa kembali. Farah hanya tersenyum tawar.

"Eyyy kau ni. Aku tak faham! Sampai bila nak mengalah? Sebab dia bff kau, kau bagi je la dia rampas boyfriend kau? Macam tu? Asalkan orang yang kau sayang bahagia?" sambung Melissa lagi.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now