BAB 6

17.9K 845 10
                                    

***

Melissa Adanni mengangkat bungkusan-bungkusan untuk dipos kepada pelanggannya yang membeli secara dalam talian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa Adanni mengangkat bungkusan-bungkusan untuk dipos kepada pelanggannya yang membeli secara dalam talian. Mujur suasana di pejabat pos tidak terlalu sesak seperti kebiasaannya sebelum disapa oleh suara yang amat dikenalinya.

"Hai"

"Hai" balasnya kembali sambil meneruskan kerjanya itu.

"After you siap ni, can we talk? I promise it won't be long ...please?" pintanya.

Melissa hanya mengangguk.

Mereka mengatur langkah menuju ke sebuah cafe berhampiran.

Setelah memesan minuman Harith memulakan perbualan.

"I'm sorry about that night. Forgive me please ? Harith tahu Harith tak boleh paksa Mel sukakan Harith tapi boleh kita jadi kawan macam dulu? Harith janji Harith cuma nak kawan dengan Mel macam dulu-dulu. "

Melissa melepaskan keluhan berat.

"Tapi janji tau, no feeling-feeling. I tak suka" kata Melissa.

"Janji" katanya sambil mengangkat tangan kanannya. Senyuman terukir di wajahnya.

***

Melissa Adanni duduk di ruang tamu rumahnya itu. Fikirannya menerawang jauh. Hud Zahred. Bagaimana dia mahu melaksanakan rancangannya itu.

Kunci kereta diambil lalu dia memandu menuju ke satu destinasi. Keretanya diberhentikan betul betul di hadapan rumah Hud Zahred atau lebih tepat lagi rumah mama Hud Zahred.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, Mel! masuklah" kata Puan Raudhah menjemputnya masuk.

"Kenapa datang tak bagitahu? Aunty tak sempat nak masak apa-apa" kata Aunty Raudhah.

"Eh tak apa, datang kejap je. Nak bagi baju baru. Hehehe ... Tadaaaa" kata Melissa sambil menghulurkan beg kertas bercorak floral yang tertulis butik Melissa.

"Untuk Aunty??" kata Puan Raudhah teruja. Terus dicuba baju itu pada badannya. Dress labuh berwarna navy blue itu diletakkan di badannya. Sesuai!

"Cantiklaaa Melissa. Aunty suka"

"Aunty kena lah suka. Ini design terbaru tau." kata Melissa sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Terima kasih Melissa" kata Puan Raudhah. Tangannya ligat melipat semula dress tersebut lalu diletakkan kembali ke dalam beg kertas tadi.

"Welcome" kata Melissa. Matanya melilau- lilau ke segenap penjuru rumah. Puan Raudhah yang perasan akan tindakan Melissa itu kemudiannya berkata

"Hud tak ada. Dia balik rumah dia" kata Puan Raudhah.

'Eh nampak sangat macam aku cari Hud ke?' terkejut Melissa.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now