BAB 34

12.8K 810 25
                                    

***

Panggilan dari Hud itu dibiarkan bising tak berjawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Panggilan dari Hud itu dibiarkan bising tak berjawab. Masuk kali ini sudah beberapa kali Hud menghubunginya tetapi Melissa sengaja membiarkan sahaja panggilan dari Hud itu.

Tokma yang sedang memotong sayur lobak di meja makan itu memandang ke arah Melissa yang asyik termenung. Hatinya dilanda hairan. Kenapa Melissa hanya membiarkan sahaja panggilan yang masuk itu? Siapa yang call? Tak penting ke?

Sekali lagi telefon bimbit Melissa berbunyi.

"Melissa, phone tu. Dari tadi berbunyi. Tak nak angkat ke?" soal Tokma.

Melissa yang tadinya termenung mengalihkan pandangannya ke arah tokma.

"Melissa malas nak jawab. Tak ada mood" jawab Melissa.

Pisau pemotong sayur di tangan tokma diletakkan di atas papan pemotong. Tokma memandang wajah cucunya itu lama, tahu benar dia jika ada sesuatu yang tidak kena dengan cucunya itu.

"Cuba cerita dengan tokma, Mel ada problem ke?" soal Tokma penuh prihatin.

Melissa diam. Perlu ke dia berterus terang tentang apa yang dia temui semalam. Sejak dari itu, pelbagai sangkaan timbul di fikirannya.

Bunyi hon di luar rumah buatkan mereka berdua menoleh ke arah pintu. Melissa bangun lantas beg silangnya di atas meja dipakai.

"Siapa pula yang datang tu?" soal Tokma.

"Kawan Mel. Mel keluar dulu tau tokma" kata Melissa sebelum dia mencium tangan tokma itu.

Tokma menghantar Melissa hingga ke pintu depan. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang tersenyum manis sambil membuka pintu kereta untuk Melissa.

Timbul tanda tanya di hati wanita tua itu? Dengan siapa pula Melissa keluar?

Deringan telefon rumah yang agak kuat membuatkan tokma segera menutup pintu lalu kakinya menapak ke arah telefon yang masih tidak berhenti berdering itu. Gagang telefon diangkat.

"Hello Assalamualaikum" ujar satu suara di hujung panggilan.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?" soal Tokma. Maklumlah, telefon rumah itu tidak memaparkan nama pemanggil.

"Ni Hud tokma. Melissa ada tak? Nak cakap dengan dia boleh? Hud call dia tak dapat-dapat. Risau pula" soal Hud senafas.

Tokma mengerutkan dahinya.

"Melissa tak ada ya tokma? " soal Hud kembali apabila tokma hanya diam.

"Mel tak ada. Dia keluar dengan kawan dia tadi. Nanti kalau dia balik, tokma suruh dia call Hud semula ya?" kata TokMa.

Kedengaran keluhan kecil di hujung talian.

"Melissa keluar dengan kawan dia yang mana satu? Dahlia ke Farah?" soal Hud. Tak ada pula Melissa memberitahunya dia hendak keluar. Biasanya, Melissa pasti akan menghantar pesanan ringkas, meminta izin untuk keluar, tapi whatsappnya yang semalam pun hanya dibalas dengan tanda bluetick.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now