"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Suasana di dewan besar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menjadi riuh rendah kerana ramai pelajar baru sedang sibuk mendaftar untuk kemasukan semester 1.
Taeyong iaitu pelajar antarabangsa dari Korea Selatan bersama dua orang temannya tidak kurang juga sedang sibuk mengisi beberapa borang kemasukan di hujung dewan. Sesekali dia menoleh ke belakang dan melihat sekeliling dalam keadaan cuak kerana bimbang sekiranya dia terlambat untuk menyertai teman-teman lain yang sudah mula berada dalam barisan. Kemudian dia kembali menulis dan memandang ke wajah Doyoung yang merupakan salah seorang teman rapatnya dari Korea.
*Mereka berbicara dalam bahasa Korea tetapi di sini diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
"Wei, kau dah siap ke belum?"
Doyoung yang sedang tekun menulis tidak menghiraukan soalan Taeyong. Manakala salah seorang lagi teman mereka iaitu Jaehyun pula sedang sibuk menghadap telefon. Taeyong mula mengerutkan dahinya apabila melihat Doyoung tidak mempedulikan pertanyaannya.
"Yah, kau tak dengar ke aku tanya?"
Doyoung mendengus kasar lalu menjeling tajam ke wajah Taeyong.
"Janganlah kacau aku! Aku tengah serabut ni! Banyak lagi tak lengkap borang ni."
"Aku risau la. Dah ramai sangat orang beratur. Aku tak nak jadi orang terakhir. Sebab karang kita kena terus ke Dewan 2 untuk orientasi. Malu weh kalau lambat. Tak pasal-pasal karang semua orang pandang."
Doyoung menggulingkan anak matanya ke atas.
"Semuanya salah kau. Kau yang lambat sangat bangun. Aku kejut banyak kali, kau buat tak tau je. Nasib Johnny dan Mark datang tolong kejut kau sekali. Kalau kau tak bangun-bangun jugak, memang kitorang semua tinggal je dah kau kat hotel. Dasar lembab."
Taeyong membulatkan anak matanya.
"Eh, kurang ajar kau! Kau kata nak tinggal aku dekat hotel???"
"Iyalah. Kalau lambat sangat memang patutpun kena tinggal. Menyusahkan orang je."
Jaehyun yang dari tadi sibuk dengan telefonnya mula memandang ke arah dua orang temannya itu. Dia berasa terganggu dengan mereka berdua yang sudah mula hendak bergaduh. Kalau tak bergaduh dalam sehari tak sah.
"Korang berdua, dah dah la tu. Cepat sikit tulis borang tu, kita dah tak banyak masa ni."
Taeyong dan Doyoung serentak berpaling memandang ke arah Jaehyun yang berdiri di samping mereka.