*****
Sambungan...
Taeyong tergamam setelah mendengar soalan Jaehyun itu. Jaehyun pula menatap ke wajah Taeyong dengan sangat serius.
"Aku tahu kau ada hubungan dengan dia."
Anak mata Taeyong bergetar. Jantungnya berdegup laju. Tangannya yang menongkat dagu dari tadi langsung diletakkan di bawah meja.
"Aku tak paksa kau untuk cerita semuanya pada aku. Tapi, aku terdengar kau berborak dengan Jimin hari tu dekat bilik."
Taeyong menggenggam hujung bajunya sambil menunduk.
"Semua orang dah tahu ke pasal ni?"
Soal Taeyong. Jaehyun menggeleng.
"Aku sorang je yang tahu."
Air mata mula bertakung di kelopak mata Taeyong. Penglihatannya mula kabur kerana penuh dengan air mata. Jaehyun yang melihat Taeyong seperti itu mula mengeluh.
"Kalau kau ada masalah, share la dengan aku..."
"Jae..."
"Ya..."
"Boleh tak kalau aku nak peluk kau?"
Tanpa banyak soal, Jaehyun langsung memberi pelukan kepada Taeyong. Taeyong mula menangis teresak-esak sehingga basah bahu Jaehyun dengan air matanya. Jaehyun mengusap-usap belakang Taeyong dengan harapan lelaki itu akan lebih tenang.
"Jae... Aku dah buat silap besar..."
Jaehyun memejamkan matanya. Sejujurnya dia tidak tahu bagaimana caranya untuk merespon terhadap kata-kata Taeyong itu.
"Aku takut Jae..."
Taeyong menguatkan pelukannya di tubuh Jaehyun.
"Takpe... Kau nangislah puas-puas. Aku tahu kau pendam benda ni sorang-sorang. Kau risau kalau kitorang tahu, kitorang akan marah kaukan?"
Esakan Taeyong benar-benar membuatkan rasa simpatinya semakin menggunung.
"Kau cerita dengan aku semuanya. Aku janji akan usaha untuk bantu kau."
*****
Jaehyun mengangguk beberapa kali.
"Kiranya kau setuju untuk bersetubuh dengan dia tu sebab kau percaya dia takkan ganggu kau lagi?"
Taeyong mengangguk bersama linangan air matanya. Jaehyun menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dia melepaskannya perlahan-lahan.
"Aku tahu... Salah aku... Aku memang bodoh... Tapi masa tu aku memang berharap sangat isu antara kami berdua selesai secepat mungkin. Sebab aku taknak fikir dah pasal tu. Dan aku percaya pada dia..."
YOU ARE READING
NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]
Romance"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?" Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya. "Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...