"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
"Maksud kau, kemungkinan besar Taeyong kena rogol?"
Soal Mark lalu menutup mulutnya. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang telah dikatakan oleh Doyoung tadi.
"Lebih kurang macam tulah... Aku pun tak pasti jugak..."
Balas Doyoung sambil menunduk. Ingatannya terhadap bau minyak wangi Jimin itu mula menghiasi fikirannya.
"Tapi, akupun rasa benda yang sama. Fikir logik la... Takkan la Taeyong nak pakai minyak wangi Jimin do. Iya, aku tahu minyak wangi diorang tak sama. Boleh jadi Taeyong nak pinjam minyak wangi Jimin. Tapi cuba fikir balik, Taeyong bukan rapat dahpun dengan Jimin lepas kes Jimin kacau dia kat lift tu."
Ulas Yuta panjang lebar sambil memandang ke arah semua sahabatnya yang berada di bangku. Malam itu, mereka berkumpul bersama-sama di kerusi bangku yang tersedia tidak jauh dari kolej mereka. Di situ merupakan tempat lepak utama mereka.
"Betul jugak... Satu lagi, macam Doyoung cakap, bau tu dekat seluruh badan Taeyong. Make sense jugak la Jimin tu dah buat sesuatu dekat dia."
Ujar Haechan sambil mengusap dagunya.
"Eiiii siot betul si Jimin tu..."
Balas Doyoung dengan perasaan marah.
"Tapi kita tak boleh nak jadikan tu sebagai bukti. Sebab masih tak kukuh."
Ujar Taeil sambil melihat air kopi di atas meja.
"Itulah... Sekarang ni kalau betul-betul nak tahu, klinik atau hospital jela jalan dia. Memang tak boleh menipu sebab kesan air mani takkan hilang."
Johnny memejamkan matanya setelah melontarkan kata-kata tersebut.
"Kesian Taeyong..."
Balas Mark bersama reaksi sedih di wajahnya.
"Itulah... Dia tak pernah buat jahat dekat orang... Tapi orang buat jahat dekat dia. Aku tak dapat bayangkan kalau apa yang kita predict ni betul–"
Doyoung turut mempamerkan reaksi sedih sambil terbayangkan wajah Taeyong.
"Takpelah, apa-apapun kita kena selalu aware la tentang Taeyong. Sekiranya berlaku apa-apa, ingat, kumpul bukti."
Mereka semua mengangguk setuju dengan kata-kata Johnny itu.
Tepukan di bahu Jaehyun membuatkan wajahnya langsung menoleh ke belakang. Ingatannya tentang perbualan sesama sahabatnya pada malam itu langsung hilang.