EPILOGUE: SYURGA BUATMU

14 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Beberapa tahun selepas itu...

Air mawar dituang di atas kubur yang sudah penuh dengan anak-anak rumput. Buku yasin yang sudah siap dibaca diletakkan di atas beg sandangnya. Batu nisan yang berwarna putih itu direnung seketika.

"Jimin-ah... Aku dah grad semalam..."

Senyuman nipis muncul di bibirnya.

"Sejujurnya... Aku rasa tak lengkap bila kau takde... Sampaikan semalam, aku rasa macam ternampak-nampak kau pakai jubah dan topi konvo sambil tersenyum ambil sijil atas pentas..."

Sesekali tangannya mengutip daun-daun kering yang berada di atas kubur.

"Kalau kau ada sekali semalam, mesti kau dapat anugerah canselor... Sebab kau pandai... Macam aku, aku tak dapat apa-apa anugerahpun... Sebab CGPA aku tak lepas 3.50. Aku terlalu sibuk, meniaga, buat tesis, praktikal, jaga Fiya lagi... Biasalah, dia tengah tak sihat sekarang ni... Awal-awal mengandung... Cuma... Aku tak kena dah alahan tu macam sebelum ni... Fiya je yang kena..."

Mulutnya langsung tertawa kecil. Teringat pula ketika Fiya mengandung buat kali pertama. Teruk sungguh dia terkena alahan sehinggakan sepanjang masa memerlukan minyak angin dan juga berulang alik ke tandas kerana muntah.

"Jimin-ah..."

Nama Jimin yang terukir di batu nisan dipandang.

"Omma dan appa kau ada beri aku kunci bilik di rumah kau tau..."

Senyuman nipis terhias di bibirnya. Wajahnya menunduk buat seketika.

"Sebulan sebelum majlis konvokesyen, diorang datang Malaysia sebab appa kau ada meeting dekat Kuala Lumpur. Diorang ada datang jumpa aku dekat kampus."

Batu nisan tersebut dibelai seketika.

"Tapi aku tak beritahu kau sebab aku pun dah lama jugak tak melawat kau... Mianhe..."

Wajahnya menunduk kembali.

"Aku balik ke Korea dua minggu yang lepas. Aku balik sekejap je sebab ada urusan, dan aku singgah ke rumah kau di Busan."

Anak matanya kembali memandang ke batu nisan.

"Aku... Terkejut... Sebenarnya..."

Nafasnya dihela perlahan.

"Masa kau di Korea dan tengah dapatkan rawatan, kau belajar tentang Islam ya?"

Dia langsung tersengih sendiri. Terkenangkan buku-buku tentang Islam yang memenuhi almari buku di dalam bilik Jimin. Hatta di atas meja belajarnya juga penuh dengan buku-buku tentang agama Islam. Tidak kurang juga nota-nota berkaitan dengan agama yang di tampal di cork board wood berhadapan dengan meja belajarnya. Begitu bersungguh lelaki itu belajar tentang Islam.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now