BAB 25: DIA KEMBALI

22 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

"Yeorobun~"

Haechan mula berpusing-pusing di hadapan sahabat-sahabatnya setelah sampai sahaja di hadapan mereka. Ketika itu, mereka semua berada di cafe kolej untuk bersarapan pagi sebelum hadir ke kelas bagi semester baru. Senyuman lebar terhias indah di bibirnya.

"Pergh! Lawa gila baju seragam kau Chan!"

Balas Mark sambil membulatkan anak matanya memandang ke tubuh Haechan. Haechan mengenakan corporate uniform jurusannya yang berwarna maroon dan seluar slack berwarna hitam. Tidak lupa juga kasut kulit berwarna hitam dan kad matrik yang tergantung di lehernya. Bertambah tampan dengan style rambut Korean Two Block With Bangs. Haechan mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersenyum.

"Hensem gila kau Chan! Nak test market sekali ke? Hahahahaha!"

Soal Doyoung sambil tertawa puas. Mereka yang lain turut tertawa sambil memandang ke arah Haechan. Haechan langsung melangkah ke arah kerusi kosong yang terletak di sebelah Jungwoo. Kopi ais dan nasi lemak yang dibelinya diletakkan di atas meja. Setelah melabuhkan duduk di kerusi kosong tersebut, dia memandang ke wajah Doyoung yang berada di hadapannya.

"Ofcourse. Aku plan sem ni nak cari awek. Doakan aku tau."

Doyoung tertawa lalu menggeleng kepalanya.

"Bro, aku doakan kau. Ikhlas dari hati aku."

Johnny mengangguk sambil mengajukan simbol bagus di jarinya pada Haechan. Haechan langsung mengangguk laju.

"Good. You're the best friend ever in this world."

"Semester 2 ni untungkan? Ada baju seragam masing-masing. Serius aku suka gila. Sebab berasalah jugak aura senior tu."

Ujar Doyoung pada mereka semua.

"Betul. Aku tak sangka jugak dekat Malaysia ada seragam macam ni kan. Cantik pulak tu. Yelah, setahu aku kalau dekat Korea mana ada seragam-seragam ni bila masuk universiti."

Balas Taeil sambil mengangguk berkali-kali.

"Tapi Fakulti Kejuruteraan dari semester 1 dah ada seragam dah."

Sampuk Jungwoo sambil menyedut air milonya.

"Tapi aku sama fakulti dengan kau takdepun seragam? Engkau dulu seragam kelas je kan? Bukannya seragam bawah jurusan."

Taeil merenung lama ke wajah Jungwoo.

"Kau Jurusan Elektrik. Tak heran kalau kau ada seragam. Sebab korangpun banyak duduk di bengkel. Bukan duduk sangat dekat kelas kan?"

Ujar Johnny sambil memandang ke wajah Jungwoo.

"Okay, okay, fine. Tu seragam kelas. Bukan jurusan."

Mereka langsung tertawa setelah mendengar jawapan Jungwoo itu.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now