"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
Doyoung mengeluh berat setelah membayar makanan yang dibelinya di cafe kolej. Biarpun ketika itu sudah bermula cuti semester, namun cafe tetap dibuka seperti biasa memandangkan kolej yang dihuninya merupakan kolej khusus untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Kebanyakan dari mereka tidak pulang ke negara masing-masing memandangkan cuti semester yang agak singkat.
"Oi."
Johnny menepuk bahu Doyoung sehingga Doyoung menoleh ke arahnya. Kemudian dia memandang ke wajah Mark yang sedang berdiri di sisi Johnny.
"Korang rupanya..."
"Kau dah kenapa? Muka semacam je?"
"Takde apa..."
"Yeke takde apa... Muka tu dah macam orang mati bini dah tau tak."
Doyoung melepaskan keluhan berat. Kemudian dia melangkah ke arah sebuah meja makan lalu melabuhkan duduk di situ. Johnny dan Mark berpandangan sesama mereka. Kemudian mereka turut melangkah ke arah meja yang diduduki Doyoung itu lalu melabuhkan duduk di hadapan Doyoung.
"Kau dah kenapa? Mengeluh bagai takde hari esok..."
"Taeyong..."
"Kenapa dengan dia? Dia tak keluar dari bilik lagi ke?"
Doyoung termenung memandang ke arah plastik makanan yang dibelinya tadi. Kemudian dia mengeluh berat sekali lagi.
"Aku tak tahulah nak buat macam mana... Dekat seminggu dah dia duk terperuk dalam bilik. Jungwoo pun dah give up nak pujuk dia. Aku dengan Jaehyun lagilah. Hari-hari datang ke bilik diorang, tapi macam tulah jugak. Makan tak nak. Minum tak nak. Sampai mandi pun tak nak. Kerja dia asyik tidur je. Tak pun dia menangis. Aku pun buntu jugak nak buat macam mana dah."
Johnny langsung menunduk muram. Mark di sebelahnya hanya mendiam dan terus memandang Doyoung.
"Jimin tahu tak pasal Taeyong tu?"
Soal Johnny setelah memandang kembali ke wajah Doyoung.
"Tahu... Kitorang dah beritahu dia. Tapi Jimin balik Korea sehari selepas exam. Sebab appa dia tak sihat."
"Habis tu... Macam mana..."
"Jimin cakap nanti dia balik ke Malaysia dia akan terus jumpa Taeyong. Tapi tulah masalahnya, tak tahu bila dia nak balik sini."
Johnny turut melepaskan keluhan berat di bibirnya.
"Kalau kita cuba bincang dengan Fiya tu tak boleh ke? Kita cubalah nego. Mana tahu dia nak terima Taeyong ke nanti..."
Sampuk Mark sambil melihat ke wajah Doyoung.
"Aku bukan tak terfikir pasal tu... Tapi aku jadi kusut bila tengok Taeyong yang tak terurus macam tu. Aku risau dia sakit je nanti."