BAB 16: INI YANG TERMAMPU

27 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

"Apa??? Taeyong lari???"

Soal Johnny sambil membulatkan anak matanya.

"Aku minta maaf sangat... Semuanya salah aku..."

Johnny langsung mencengkam kolar baju Jungwoo lalu merenung tajam ke wajahnya. Haechan, Mark dan Yuta membantu untuk meleraikan mereka berdua.

"Kau tahukan Taeyong tu tengah nak pulihkan semangat dia? Yang kau nak emosional tak tentu arah kenapa? Dah tak boleh nak fikir rasional ke?"

"Mianhe! Jeongmal mianhe! Aku mengaku salah aku! Aku cuma rasa kecewa sebab Taeyong mengaku dia sukakan Jimin! Aku rasa tertekan lepas terfikirkan semua benda yang dia dan kita dah lalui selama ni!"

Johnny langsung melepaskan kolar baju Jungwoo lalu berpaling. Kemudian dia menumbuk ke meja kayu yang berada di bawah Blok A itu sekuat hati. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1.20 pagi. Tiada sesiapa di sana melainkan mereka lapan orang sahaja.

Setelah gagal mencari Taeyong, Doyoung mengambil keputusan untuk memberitahu mereka semua di dalam group whatsapp. Mereka mencari Taeyong di setiap pelusuk kolej, namun langsung tidak ditemui. Apabila mendapat tahu tentang hal tersebut, Johnny, dan yang lain berpakat untuk berkumpul di bawah Blok A tepat pukul 1 pagi memandangkan mereka semua sudah tiada sebarang kegiatan di waktu itu.

"Shiibal!"

Maki Johnny sekuat hatinya. Haechan mengusap-usap belakang Johnny untuk menenangkan sahabatnya itu.

"Kau tau tak, kalau berlaku apa-apa pada dia, kita nak cakap apa dengan parents dia? Hah? Kau jawab sekarang?!"

Jungwoo langsung menunduk setelah mendengar herdikan Johnny itu. Pertama kali dia melihat Johnny begitu marah. Kebiasaannya lelaki itu ceria sahaja bersama mereka semua.

"Mianhe, aku janji aku akan cari Taeyong esok satu kampus."

"Make sure kau cari sampai dapat!"

Jungwoo mengangguk beberapa kali. Mereka yang lain hanya memandang ke arah Jungwoo dan Johnny silih berganti.

"Roommate macam apa kau ni!"

Johnny berpaling lalu mencekak pinggang.

Mereka semua serentak memandang ke arah tangga setelah mendengar bunyi tapak kaki yang menuruni anak tangga. Doyoung memberi isyarat diam kepada mereka semua kerana bimbang jika ada AJK atau Ketua Blok membuat rondaan.

*AJK = Ahli Jawatan Kuasa

"Taeyong-ah!"

Doyoung langsung menjerit dengan agak kuat setelah terpandang akan wajah Taeyong yang terlihat muram. Mereka yang lain mula berjalan menghampirinya.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now