BAB 29: RAHSIA APA DI HATI

20 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Jam menunjukkan tepat pukul 12.36 tengah hari. Kelas Doktor Rujhi pada waktu ini telahpun tamat. Semua pelajar mula mengemas-ngemas nota masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg. Doktor Rujhi pula sudah keluar dari kelas.

"Weh, kau nak makan apa hari ni?"

Soal Doyoung pada Taeyong. Namun soalan tersebut disambut dengan keluhan berat. Keluhan tersebut membuatkan Doyoung memandangnya dengan perasaan tidak puas hati. Jaehyun di sebelah pula hanya memandang sekilas ke arahnya. Sibuk memasukkan nota-nota ke dalam beg.

"Kau dah kenapa mengeluh? Aku tanya pasal makan je kot? Berat sangat ke soalan aku tu?"

Sekali lagi keluhan berat muncul di bibir Taeyong.

"Kau tahu jelah... Aku ni alahan mana hilang lagi... Aku tak lalu la nak makan..."

Doyoung mula menyandarkan tubuhnya di bahu kerusi. Matanya mengerling memandang Taeyong.

"Dah nak habis semester dah... Takkan tak hilang-hilang lagi alahan kau?"

Buat kali ketiga keluhan berat meniti di bibir Taeyong. Sudah tidak larat hendak beradu mulut dengan sahabat kesayangannya itu. Hampir setiap hari dia perlu memberikan penjelasan mengenai itu. Bukan pilihannya untuk jadi begitu. Haih!

"Malaslah aku nak layan kau."

Minyak angin yang berada di tangannya disapu ke kepala. Kemudian dihidu pula bagi menghilangkan mual. Sejak mengalami alahan, minyak angin berjenama FreshCare tersebut sudah menjadi sahabat baiknya tidak kira ke manapun dia pergi.

"Ehhhh... Berlagak ea kau..."

Jaehyun yang sudah memakai beg sandang mula memandang ke arah dua temannya itu.

"Hah, nak pergi makan ke tak?"

Doyoung menoleh memandangnya.

"Naklah... Masalahnya mamat yang tengah mabuk ni... Orang ajak borakpun ditolaknya kita ni mentah-mentah..."

Jaehyun mula mengerling ke arah Taeyong. Kelihatan lelaki itu sibuk memicit-micit kepalanya yang tiada berpenghujung. Matanya pula hanya terbuka sedikit sahaja.

"Kau okay tak Taeyong?"

Serentak mereka bertiga memandang ke depan. Doyoung sedikit terkejut dengan kemunculan Jimin bersama Jungkook dan Hoseok di kiri dan kanannya. Taehyung pula tidak hadir ke kelas pada hari itu. Tidak tahulah apa sebabnya. Taeyong mula memandang ke wajah Jimin.

"Bolehlah... Cuma pening jelah... Tak tahulah bila nak baik..."

Jimin memandang sekilas ke wajah Doyoung dan Jaehyun yang masih berada di tempat duduk bersama Taeyong.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now