BAB 11: SEKALI LAGI

39 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

"Kau okay tak?"

Doyoung memandang ke wajah Taeyong setelah melihat lelaki itu hanya mendiam dari tadi.

"Aku okay..."

Balas Taeyong tersenyum nipis. Air kopi yang berbaki separuh di dalam cawan plastik tersebut disedut sedikit. Kopi ais tersebut dibeli oleh Doyoung ketika sedang menunggu Taeyong yang berada di tandas.

"Takdelah... Bukan main lama kau dalam tandas tadi... Aku dah risau tau tak. Jenuh aku dan Jaehyun tunggu dekat kelas. Nasib baik takde sesiapa dah yang ada kelas dekat DK3. Kalau tak, naya. Dah la kau tak angkat langsung telefon. Banyak kali tau aku call kau, tapi kau langsung tak angkat."

*DK3 = Dewan Kulliah 3

Taeyong termenung seketika. Wajahnya pula diperhatikan oleh Doyoung dan Jaehyun.

Taeyong mengusap rambutnya kebelakang lalu memandang ke cermin. Kemudian dia menundukkan wajahnya lalu menggeleng beberapa kali.

"Kau susah hati ke sebab kita sekumpulan?"

Soal Jimin yang baru sahaja keluar dari tandas. Kepala paip dipulas sedikit lalu tangannya dihulur sehingga terkena air yang mengalir keluar dari paip tersebut. Wajah Taeyong dijeling sekilas.

Taeyong melepaskan keluhan kecil. Dia tidak mahu berbicara dengan Jimin. Belum sempat dia melangkah, Jimin sepantas kilat menghalangnya. Kerutan di kening Taeyong mula muncul. Wajah Jimin direnung tajam.

"Kau jangan nak buat hal dekat sini."

Ujar Taeyong keras. Jimin berdecit.

"Ohhh... Kau dah berani melawan sekarang."

Taeyong menggulingkan anak matanya ke atas lalu melangkah ke sisi. Namun Jimin menghalangnya sekali lagi.

"Kau nak apa?"

Soal Taeyong dingin. Jimin yang melihat air muka Taeyong seperti itu langsung melepaskan keluhan kecil. Kemudian dia menarik tangan Taeyong lalu masuk ke dalam tandas. Pintu tandas dikunci dan tubuh Taeyong tersandar kasar di dinding.

"Kau dah kenap– Mmmmmp!"

Jimin menekup mulut Taeyong dengan kuat. Tidak lama selepas itu, bunyi bising pelajar berbual mula kedengaran dari luar tandas.

"Shhhh... Jangan bising."

Bisik Jimin perlahan. Taeyong pula sudah membulatkan anak matanya. Tangan Jimin yang sedang menutup mulutnya digenggam.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now