BAB 15: YANG TERHALANG

28 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Taeyong melangkah lemah sehingga berada di hadapan blok A. Waktu itu sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Hujan pula turun dengan sangat lebat pada malam itu bersama petir dan angin yang kuat.

"Aku taknak tengok muka kau lagi dekat sini."

Taeyong menaiki tangga aras 1 blok tersebut selangkah demi selangkah.

"Jadi kau pilih dialah?"

Taeyong berhenti di anak tangga lalu melabuhkan duduk. Kemudian dia menyembamkan wajahnya di lutut. Beg sandangnya pula dibiarkan terlepas dari pegangan tangannya sehingga terjatuh di atas tangga.

"Aku menyesal berkawan dengan kau!"

Air matanya kembali mengalir. Bunyi esakan turut kedengaran dari bibirnya.

"Taeyong-ah–"

Taeyong mengangkat wajahnya bersama dengan air mata yang masih belum berhenti mengalir. Kemudian dia membulatkan anak matanya.

"Jimin-ah..."

Jimin memasukkan handphone-nya ke dalam saku seluar. Kemudian dia memandang ke sisi.

"Hwiyoung-ah, kau baliklah dulu."

Hwiyoung menoleh ke wajah Jimin.

"Wae? Tak boleh ke kalau aku teman kau sampai atas?"

Jimin menggeleng.

"Gwaenchana-yo. Aku boleh naik sendiri. Lagipun aku nak bercakap dengan dia."

Hwiyoung mendiam seketika. Wajah Taeyong yang basah dengan air mata dipandang. Tidak lama selepas itu dia mengangguk.

"Geurae. Nanti mesej je aku okay?"

Jimin tersenyum nipis. Hwiyoung mula berpaling dan berlalu dari situ. Jimin langsung mendekati Taeyong setelah Hwiyoung sudah tiada. Pelukan diberikan di bahu Taeyong.

"Waegeurae Taeyong-ah?"

Bersama esakan yang kembali menjelma, Taeyong langsung memeluk Jimin. Jimin mempamerkan reaksi terkejut terhadap tingkah Taeyong itu.

"Kau–"

Disebabkan esakan Taeyong yang semakin kuat, Jimin mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pertanyaan. Dia membalas pelukan Taeyong lalu mengusap lembut di belakang tubuhnya.


*****


NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now