"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
Taeyong, Doyoung, dan Jaehyun sedang menikmati makan tengah hari di cafe fakulti. Jam waktu itu sudah masuk pukul 1.35 tengah hari. Pelajar-pelajar, para pensyarah dan pekerja-pekerja pejabat juga tidak kurang memenuhi cafe tersebut.
"Weh."
Taeyong memandang sekilas ke wajah Doyoung kerana bibirnya sibuk meniup sesudu kuah sup ayam yang dibelinya tadi.
"Dah masuk 3 minggu sem baru ni, aku rasa macam dah lama tak nampak Fiya."
Kuah sup yang yang baru sahaja dihirup tadi langsung tersembur dan mengena wajah Doyoung. Bukan setakat Jaehyun, orang-orang yang berada di sekeliling juga turut memandang ke arah mereka bertiga.
Bersama wajah menahan amarah, Doyoung mengambil tisu dari saku beg sandang belakangnya dengan kasar. Wajahnya langsung dikesat bersama matanya yang tertutup rapat kerana kesan kuah sup yang tersembur tersebut mengalir di kelopak matanya.
"Mianhe. Aku tak sengaja."
Taeyong turut mengambil tisu yang berada di sisinya lalu membantu mengelap kesan kuah sup di wajah Doyoung. Sementara Jaehyun pula hanya memerhati mereka berdua sambil mengunyah makanan.
"Aku dah memang tak boleh nak cakap pasal Fiya ke?"
Soal Doyoung dengan rasa geram yang memenuhi setiap inci dadanya.
"Mianhe..."
Taeyong menundukkan wajahnya seketika.
"Aku rasa Fiya praktikal. Sebab tu dia takde di kampus."
Ujar Jaehyun bagi pihak Taeyong.
"Praktikal? Bukan ke dia semester 7 sem ni? Praktikal kan biasanya semester 8?"
Doyoung mengerutkan sedikit keningnya bersama pandangan yang penuh tanda tanya terhadap Jaehyun. Namun Jaehyun hanya mengangkat bahu.
"Entahlah. Aku cuma agak je."
Anak mata Doyoung kembali memandang Taeyong.
"Dah kau. Takde contact dia ke?"
Taeyong mendiam buat beberapa saat.
"Tak. Aku tak pernah contact dia kalau takde hal."
"Kau save ke tidak nombor dia?"
Dia langsung mengangguk beberapa kali.
"Aku cuma segan nak contact dia."
Doyoung menongkat wajahnya dengan tangan kanan. Nasi putih bersama asam pedas ikan tenggiri dan sayur kangkung tumis belacan yang berbaki separuh di biarkan seketika. Hanya Jaehyun sahaja yang meneruskan makan sambil memerhati dirinya dan Taeyong. Jaehyun pula membeli nasi putih dan semangkuk tomyam ayam.