"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
"Thank you."
Doyoung menundukkan kepalanya beberapa kali di hadapan staff kolej. Selesai sahaja mendaftar, dia berjalan ke arah teman-temannya yang sedang menunggu di sebuah meja yang tersedia di belakang dewan.
"Siap dah?"
Soal Taeil sambil memandang tepat ke wajah Doyoung.
"Dah."
Hanya sepatah sahaja perkataan yang keluar dari bibir Doyoung. Sejujurnya dia sudah berasa penat pada hari itu kerana tiada masa untuk berehat. Sejak dari pagi lagi mereka sudah bertolak ke universiti, menghadiri pendaftaran di kampus, menghadiri orientasi sesi pertama dan kemudian perlu mendaftar kolej.
"Aku penatlah..."
Rungut Doyoung. Taeil menepuk perlahan bahu Doyoung sebagai tanda memahami.
"Samalah. Aku rasa semua orang tengah penat sekarang ni, jadi lebih baik kita terus masuk bilik dan mengemas. Lepas tu boleh berehat. Esok pagi-pagi kena attend sesi kedua pulak."
Ujar Yuta sambil memandang ke wajah Doyoung.
"Betul tu. Tulah kan. Nasib baik la satu sesi je hari ni. Itupun dekat 3 jam baru habis. Punyalah lama. Aku sampai tersengguk-sengguk dalam dewan tadi."
Balas Haechan pula dengan matanya yang sudah kuyu dari awal kerana terlalu mengantuk. Sudahlah dia tidur hanya 2 jam kerana bermain game malam tadi. Kemudian perlu bangun awal pula untuk menghadiri pendaftaran.
"Sama la. Aku pun tersengguk-sengguk jugak. Nasib Jaehyun gerak-gerakkan badan aku. Kalau tak dah berkeruh dah. Tak pasal-pasal pulak kena tegur dengan senior dan dapat malu."
Sampuk Jungwoo lalu mengusap-usap sebelah matanya kerana mengantuk.
"Takpelah. Apa-apapun sekarang ni jom kita naik ke bilik."
Balas Johnny sambil menepuk-nepuk bahu Jungwoo.
"Kejap, korang tahu ke korang sebilik dengan siapa sekarang ni? Ada yang dapat bilik sorang tak?"
Soal Taeyong apabila melihat rakan-rakannya yang dari tadi seperti tidak mempedulikan nombor kunci bilik masing-masing kerana fikiran sudah menerawang entah kemana-mana.
"Aku dapat bilik 305. Tingkat 3, blok A. Bilik sorang."
Balas Taeil sambil menunjukkan nombor yang tertulis pada gantungan kunci biliknya. Taeyong mengangguk lalu memandang mereka yang lain.
"Blok A, 306. Bilik sorang."
Mark hanya membalas ringkas sambil memandang sekilas ke wajah Taeyong.