"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?"
Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya.
"Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*****
Sambungan...
"Kenapa mesti hati kau untuk dia?"
"Aku takkan paksa kau untuk sukakan aku. Aku faham... Kau takkan pernah ada perasaan untuk orang macam aku..."
Taeyong langsung menyerabutkan rambutnya. Jurnal yang dibaca di iPad-nya sejak tadi langsung tidak masuk ke dalam fikirannya.
"Ishhhhh! Tolonglah hilang dari kepala aku!"
Wajahnya di sembamkan di atas buku nota.
"Penat la setiap hari macam ni. Arghhhh stress!"
Sentuhan jari telunjuk seseorang di bahunya membuatkan kepalanya langsung terangkat dan menoleh ke sisi.
"Aaaa!"
Mulutnya terlopong seketika melihat sesusuk tubuh yang berdiri di sisinya kini. Senyuman manis yang dipamerkan di bibir mulus itu membuatkan Taeyong langsung terpana melihatnya.
"Awak okay tak?"
Soal Fiya bersama dengan beberapa buah buku di tangannya.
"Aaaa! Okay okay!"
Fiya tertawa kecil dengan reaksi Taeyong. Wajah Taeyong mulai memerah kerana malu.
"Boleh saya duduk sini?"
Soal Fiya sopan.
"Boleh boleh. Duduklah."
Fiya langsung meletakkan buku yang dipegangnya tadi di atas meja. Kemudian dia membawa keluar tablet Samsung miliknya dan diletakkan di tepi buku.
"Saya minta maaf sebab terpaksa duduk sini. Takde tempat kosong langsung dalam ni."
Mata Fiya melihat sekeliling perpustakaan yang penuh dengan pelajar.
"Takpe takpe. Duduk jelah. Sayapun sorang-sorang je dari tadi dekat sini."
Fiya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
"Saya selalu jugak nampak awak dekat sini. Tapi sebab selalunya awak ada kawan, jadi saya taknaklah tegur. Takut mengganggu pulak."
"Eh, takde mengganggu la..."
Fiya tertawa kecil.
"Memang muka awak selalu merah ke setiap kali jumpa orang?"
Taeyong langsung meraba-raba pipinya. Kemudian dia menunduk.
"T-tak la..."
Fiya sekali lagi tertawa kecil.
"Takpelah kalau macam tu, awak buatlah kerja awak. Saya takkan ganggu awak dah. Cuma, kalau ada apa-apa soalan, awak tanya je okay."