BAB 3: DALAM DIAM

42 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Jimin meletakkan botol air mineral di pipi Taeyong. Perbuatannya itu membuatkan Taeyong langsung menoleh memandangnya kerana berasa sejuk.

"Jauh betul kau termenung. Aku panggil kau dari tadi kau tak toleh langsung."

Taeyong mengusap belakang kepalanya lalu berdehem.

"Mana ada termenung..."

Jimin langsung duduk di sebelah Taeyong. Wajah lelaki itu di pandang bersama senyuman di bibirnya.

"Aku tengok, kau asyik pandang je perempuan yang tengah bercakap dengan kawan dia tu. Kau suka kat dia ea?"

Taeyong mengerutkan dahinya.

"Mana ada."

"Dah tu, kalau tak suka kenapa kau asyik pandang je dia dari tadi? Sampai aku panggil berapa kali kau tak dengar."

"Takdelah... Aku rasa tertarik tengok perwatakan dia... Itu je..."

Jimin mencebik sambil mengangguk perlahan-lahan.

"Kira suka jugaklah... But, I don't blame you bro... Dia memang manis orangnya..."

Taeyong memandang ke arah lain kerana berasa bahang di wajahnya secara tiba-tiba. Dia dapat rasakan Jimin sedang memandangnya bersama dengan senyuman sinis.

"Tapi, sayangnya dia senior kita..."

Wajah Taeyong langsung menoleh memandang Jimin kembali.

"Apa maksud kau?"

"Maksud aku, dia tu tua dari kau..."

"Lepas tu, apa masalahnya kalau dia tua dari aku?"

Jimin tertawa kecil setelah mendengar soalan Taeyong itu. Jelas sekali wajah Taeyong seperti tidak berpuas hati dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Dia tinggal setahun je lagi dekat sini. Takkan kau nak bercinta dengan orang yang lagi tua dari kau?"

Taeyong melepaskan keluhan kecilnya.

"Aku takdepun cakap aku nak bercinta dengan dia..."

"Tapi muka kau menjelaskan segalanya Taeyong..."

Taeyong langsung terdiam buat seketika. Wajahnya menunduk muram.

"Aku tahu kau memang suka dekat dia. Cuma, aku bimbang kau akan rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia nanti. Lain la kalau dia ada plan nak sambung Master pulak ke dekat sini."

Taeyong mengangkat wajahnya memandang Jimin.

"Kau pulak, takde suka sesiapa ke dekat sini?"

Jimin tersenyum nipis.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now