BAB 17: TERPENTING DI HIDUPKU

27 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

"Wahhh... Betullah cakap kau Jaehyun... Memang tak ramai orang kat level ni. Kalau aku tahu, dari awal lagi aku ajak diorang ni ke sini."

Ujar Jungkook sambil meletakkan buku-bukunya di atas meja. Disebabkan meja tersebut memanjang, jadi mereka berpakat untuk duduk bersama. Jaehyun hanya tersenyum nipis setelah mendengar kata-kata Jungkook itu.

"Itu, depan Taeyong kosong lagi."

Jungkook memandang ke arah Jimin yang mundar mandir mencari tempat duduk. Jimin langsung terkejut setelah mendengar kata-kata Jungkook itu. Taeyong juga turut membulatkan anak matanya memandang ke arah Jimin. Sementara dirinya pula sudah duduk di sebelah Jaehyun.

Mereka yang sudah duduk di kerusi masing-masing hanya memandang ke arah Jimin dan Jungkook yang masih berdiri. Jimin tiada pilihan lain selain mengikut sahaja saranan Jungkook itu memandangkan bahagian lain di meja tersebut sudah penuh.

Taeyong langsung menundukkan wajahnya dan mula membuka iPad serta buku notanya.

"Boleh ke aku duduk sini?"

Soal Jimin sambil memandang ke wajah Taeyong. Taeyong hanya memandang sekilas ke wajah Jimin lalu mengangguk.

"Duduk jelah."

Jimin menarik kerusi kosong tersebut lalu melabuhkan duduk. Beg sandangnya pula diletakkan di kaki meja. Buku nota dan iPad-nya mula dibawa keluar dan diletakkan di atas meja.

Tanpa sedar, gelagat mereka berdua itu diperhatikan oleh sahabat-sahabat mereka.

"Ehem."

Taeyong dan Jimin langsung memandang ke arah Taehyung yang duduk di sebelah Doyoung.

"Kenapa?"

Soal Jimin pada Taehyung.

"Takde apa. Tekak tiba-tiba rasa kering."

Seokjin yang duduk di sebelah langsung menepuk kepalanya. Wajahnya langsung menoleh memandang Seokjin.

"Apa ni hyung tepuk-tepuk kepala orang pulak?"

Seokjin menjenggilkan matanya.

"Apa???"

Kini giliran Namjoon pula berdehem.

"Kita dalam perpustakaan ni... Lower your voice bestie..."

Taehyung memandang ke wajah Namjoon dengan perasaan jengkel.

"Korang exam berapa haribulan?"

Yoongi mula bersuara untuk mengalih perhatian.

"18 haribulan."

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now