BAB 9: ADAKAH AKHIRNYA

37 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Johnny menghulurkan sebuah sampul surat besar kepada Taeyong. Taeyong mula mempamerkan wajah hairan. Sahabatnya yang lain turut ditatap seketika.

"Bukaklah."

Ujar Johnny kembali berpeluk tubuh.

Taeyong membuka sampul surat tersebut. Kemudian dia membaca isi surat itu bersama wajahnya yang cukup serius. Selepas itu dia memandang ke wajah Johnny.

"Korang buat semua ni untuk aku?"

Johnny dan mereka yang lain mengangguk.

"Kitorang taknak kau terseksa lagi dalam bilik tu."

Doyoung menyentuh bahu Taeyong sambil bercangkung di hadapannya.

"Kau jangan risau lagi pasal Jimin. Kitorang akan pastikan dia takkan ganggu kau lagi."

Anak mata Taeyong mula dipenuhi air mata. Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.

"Gomawo."

Doyoung tersenyum lalu mengangguk.

"Taeyong-ah... Aku tak tahulah berapa kali nak ulang ayat ni bagi pihak kita semua, tapi lepas ni, janganlah pendam sorang-sorang kalau ada masalah. Kita boleh cari jalan penyelesaian."

Mereka yang lain mengangguk sebagai tanda setuju dengan kata-kata Haechan.

"Betul. Sebelum serahkan surat ni pada kau, kitorang semua tak lena tidur tau fikir pasal kau."

Ujar Mark yang berdiri di sebelah Jungwoo.

"Aku minta maaf..."

Mereka semua terdiam seketika.

"Aku minta maaf sangat... Aku tahu aku bodoh..."

Doyoung meletakkan jari telunjuknya dibibir Taeyong. Kemudian dia tersenyum nipis. Air mata Taeyong yang mengalir di pipi diseka lembut olehnya.

"Sudahlah... Semuanya dah selesai..."

"Jinjja... Gomawo..."

Mereka semua mengangguk lalu tersenyum.

"Lepas ni kau akan pindah ke bilik Jungwoo. Kau dah tinggal satu blok dengan aku dan Jaehyun, jadi kau tak perlulah nak susah hati lagi. Kitorang akan selalu berada di sisi kau."

Taeyong mengangguk perlahan.

"Dah. Jom pergi makan. Lepas tu kitorang tolong kemas barang-barang kau."

"Okay."


*****

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now