BAB 5: LANGGAR JANJI

61 2 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Taeyong menggoncangkan kopi ais  yang masih berbaki separuh di dalam cawan. Sementara anak matanya pula tekun menonton Jaehyun dan Mark yang sedang bermain bola keranjang di dalam gelanggang. Sentuhan tangan seseorang di bahunya membuatkan dia menoleh memandang gerangan manusia tersebut.

"Oh, duduk la."

Ujar Taeyong terhadap Jungwoo dan Doyoung. Mereka berdua baru sahaja selesai mesyuarat jawatankuasa program.

"Lama ke korang meeting tadi?"

Soal Taeyong tanpa memandang ke arah mereka berdua.

"Boleh tahan jugaklah. Hampir 2 jam macam tu."

Balas Doyoung sambil membuka penutup botol air mineralnya.

"Kau takde apa-apa aktiviti dah ke lepas ni?"

Soal Jungwoo pula sambil memandang ke wajah Taeyong sekilas.

"Takde. Aku plan nak balik bilik je terus."

Jungwoo mengangguk.

"Sedar tak sedar, dekat sebulan jugak dah kau duduk dengan Jungwoo."

Doyoung menatap Taeyong sambil menanti jawapan.

"Hmmm... Tulah..."

"Jimin ada cari kau tak?"

"Takde."

"Aku rasa dia dah putus asa agaknya bila tengok kau selalu mengelak dari dia."

Jungwoo mengangguk setuju dengan kata-kata Doyoung itu.

"Aku tengok, dia selalu ponteng kelas. Bila lect sebut nama dia, mesti dia takde."

"Seriuslah?"

Soal Jungwoo sambil memandang ke wajah Doyoung. Doyoung mengangguk.

"Maybe dia patah hati agaknya sebab Taeyong tak suka dia."

"Memang patutpun."

"So Taeyong, kau dah ready ke untuk selesaikan masalah kau ni?"

Taeyong langsung termenung setelah mendengar soalan Doyoung itu.

"Aku bukan apa, macam tak patut jugak kau menumpang bilik Jungwoo ni lama-lama sangat. Memang la takde spot check, tapi takkan kau nak duduk sampai habis sem."

"Betul. Aku tak kisahpun kalau kau nak tumpang bilik aku lama-lama, tapi kau dah bayar yuran. Rugi pulak nanti kalau kau langsung tak duduk di bilik kau."

"Aku rasakan sem depan macam nak sewa rumah la. Kita duduk sekali sembilan orang. Senang sikit. Takde la nanti kena hadap kes merapu macam ni."

"Wah, akupun terfikir benda yang sama jugak. Bukan apa, nasib ada Taeyong je, kalau tak sunyi jugak aku duduk sorang-sorang dekat bilik. Memang la kau dan Jaehyun satu blok dengan aku tapi bilik lain-lain tu yang tak syok."

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now