BAB 21: TULUS MENCINTAI

24 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

"Weh, aku tak sabar gila nak pergi Bandar Hilir hari ni. Aku nak ambil gambar banyak-banyak dekat sana."

Ujar Haechan sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Kemudian dia tersenyum memandang mereka yang berada di meja tersebut.

"Akupun sama. Hari tu kita tak dan nak berjalan lama sangatkan dekat sana. Aku nak jugak lepak dekat sana sambil makan-makan. Makanan kat sana macam best je aku tengok dekat Twitter semalam. Ramai orang review best."

Balas Doyoung yang sedang mengunyah makanan sambil memandang ke wajah Haechan.

"Taeyong mana? Tak siap lagi ke ambil makanan?"

Soal Johnny pada mereka. Hanya Taeyong sahaja yang masih berada di meja buffet untuk mengambil makanan. Sementara yang lain sudah berada di meja makan.

"Itu, tengah sibuk ambil makanan lagi."

Balas Doyoung sambil memuncungkan mulutnya ke arah Taeyong. Mereka semua serentak memandang Taeyong.

"Dia kalau pasal makan memang lambat sungguh memilih..."

Sampuk Jungwoo yang sedang mengunyah makanannya.

"Biasalah, rambang mata... Makanan sedap terlalu banyak."

Balas Johnny sambil menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Tapi yelah. Gila banyak makanan. Dia punya breakfast dah macam lunch dan dinner dah. Pagi-pagipun dah ada macam-macam jenis dessert."

Ujar Jungwoo sambil membulatkan matanya.

"Yup. Resort ni memang terbaik. Terpaling terbaik di Melaka ni. Kalau bab makanan memang tip top."

"Aku tak sabar nak tunggu BBQ malam esok. Sedapnya~"

Mereka yang lain hanya tersenyum memandang Jungwoo.

Ketika di meja buffet, Taeyong mengambil gambar untuk story Instagram-nya. Sementara ditangan kirinya pula sedang memegang sepinggan makanan yang pelbagai. Setelah dia menekan butang 'share', dia langsung tersenyum sendirian.

Taeyong kembali memandang ke arah pelbagai jenis kuih muih tradisional Malaysia dan beberapa jenis roti dan kek. Kemudian dia memasukkan kembali handphone-nya di dalam saku seluar. Tangannya mula mencapai pengepit makanan yang tersedia untuk di ambil sepotong kek buah. Dia meletakkannya di pinggan kosong yang tersedia. Kemudian dia mengambil seketul croissant lalu diletakkan di sebelah kek buah yang diambilnya tadi.

Setelah berpaling untuk kembali ke meja makan, secara tidak sengaja Taeyong terlanggar seseorang. Namun dia bernasib baik kerana makanan yang dipegangnya tidak tertumpah kerana orang tersebut sempat menahan pinggan yang dipegangnya. Sepantas kilat Taeyong menundukkan kepalanya beberapa kali.

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now