*****
Sambungan...
Sudah masuk sebulan setengah cuti semester. Hanya tiga minggu sahaja lagi semua pelajar bakal masuk semester baru.
Taeyong melabuhkan duduk di kerusi batu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam. Dia baru sahaja habis ber-jogging. Suasana kampus yang agak sunyi dan tidak sibuk seperti biasa membuatkan dirinya berasa nyaman. Dia menanggalkan airpods-nya lalu diletakkan kembali di dalam bekas. Handphone-nya dikeluarkan dari saku seluar dan anak matanya mula tertancap pada skrin.
"Dah pukul 6.45 rupanya..."
Ujarnya perlahan. Kemudian dia melihat sekeliling.
"Nak makan apa ya malam ni..."
Dia mula menongkat dagu sambil termenung sendirian.
"Doyoung dan Jaehyun keluar pulak... Eloknya tadi aku pesan je dekat diorang suruh beli makanan... Tapi tulah... Nak makan apa... Tak lalu la pulak..."
Tidak lama selepas itu, bunyi mengaji dari masjid universiti yang berhadapan dengan fakulti tersebut mula bergema. Anak matanya mula beralih memandang ke arah masjid.
"اَللّٰهُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْۢ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْۢ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَّشَيْبَةً ۗيَخْلُقُ مَا يَشَاۤءُۚ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْقَدِيْرُ..."
(Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.)
[Ar-Rum: Ayat 54]
Ketika sampai di ayat tersebut, Taeyong mula menegakkan tubuhnya. Entah mengapa, hatinya berasa sesuatu setelah mendengar ayat itu.
"فَيَوْمَىِٕذٍ لَّا يَنْفَعُ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُوْنَ..."
(Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) permintaan maaf orang-orang yang zalim, dan mereka tidak pula diberi kesempatan bertaubat lagi.)
[Ar-Rum: Ayat 57]
Taeyong mula membuka handphone-nya untuk merakam bacaan tersebut.
"فَاصْبِرْ اِنَّ وَعْدَ اللّٰهِ حَقٌّ وَّلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِيْنَ لَا يُوْقِنُوْنَ..."
YOU ARE READING
NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]
Romance"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?" Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya. "Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...