*****
Sambungan...
Langkah yang lemah tetap diteruskan. Hati yang berat tetap diringankan. Demi menyapa manusia yang bergelar darah daging sehingga akhir hayat. Entah bila bakal berakhir kepahitan ini. Takdir Allah sememangnya sukar untuk diterima buat seorang insan yang tidak maksum sepertinya.
"Taeyong-ah!"
Pelukan langsung diberikan kepada adik tercinta. Namun, tiada sedikitpun balasan kerana hati sudah berkecamuk.
"Aku nak balik Korea esok pagi."
Tercengang mulutnya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir tua itu.
"Kau duduklah sini dengan dia."
Wajah Fiya yang masih setia mengalirkan air mata dipandang seketika.
"Aku minta maaf atas semua kesilapan yang aku dah buat sepanjang menjadi omma pada kau."
Biarpun wajah tampan itu tidak dilihat, jauh sekali untuk ditoleh, namun rasa bersalah menebal di dada. Disertai juga bersama rasa malu yang menggunung.
"Omma..."
Puan Lee menyeka kasar air matanya. Bahunya pula sudah terhenjut-henjut sedikit disebabkan air mata yang semakin galak mengalir keluar. Esakan kecil muncul di bibirnya.
"Kau jagalah dia. Sampai mati. Aku takkan pernah halang kau lagi."
"Omma..."
Taeyong langsung berlari anak dan memeluk erat ibunya. Tidak lupa juga tangan tua itu dicium lama sebagai tanda maaf dan juga kasih terhadap seorang ibu. Tuan Lee pula hanya memerhati sambil menangis di belakang isterinya. Tiada hal lain menjadi penyeri pada malam itu di bilik hotel. Hanya tangisan seisi keluarga menjadi irama syahdu diiringi bunyi guruh di luar. Penanda hujan bakal turun tidak lama lagi.
"Omma... Mianhe... Jeongmal mianhe..."
"Omma yang sepatutnya minta maaf... Bukan kamu..."
Pelukan semakin erat. Hati yang remuk sudah terubat sedikit dengan penerimaan dan restu dari seorang ibu. Selama lebih 20 tahun hidup di dunia ini, baru kali ini dia merasai pelukan dari ibunya yang penuh dengan rasa kasih dan sayang. Semoga perasaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kerana inilah keinginan dan impiannya selama ini.
*****
"Akhirnya... Omma kau terima jugakkan..."
Ujar Yuta sambil tersenyum memandang ke wajah Taeyong. Lega hatinya kerana kesulitan sudah berakhir.
YOU ARE READING
NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]
Romance"Kalau masih tak suka dekat aku, kenapa kau tidur jugak dengan aku malam tu?" Air mata Taeyong kembali bergenang di pipinya. "Malam tu... Aku tak rasa langsung kau bencikan aku. Bila kita bersama, aku tahu perasaan kau dah lahir untuk aku, walaupun...