BAB 28: REZEKI DARI-NYA

19 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*****


Sambungan...

Dua bulan selepas itu...

Johnny menyiku lengan Mark sambil menjuihkan bibirnya ke wajah Taeyong. Serta merta Mark memandang Taeyong yang sedang mengurut kepalanya.

"Kau dah kenapa?"

Taeyong memandang sekilas ke wajah Johnny.

"Takde apa... Aku cuma rasa pening..."

Johnny, Mark, Yuta, Taeil dan Doyoung berpandangan sesama sendiri.

"Aik, baru sebulan kahwin dah pening?"

Taeyong menjeling malas ke wajah Doyoung. Geram pula rasanya diperli begitu.

"Bukan pasal tu... Aku tak tahu kenapa, aku asyik rasa pening je kepala ni dua tiga hari ni..."

"Kau penat sangat kot... Yelah, lepas kau kahwin, kau busy sangat... Kejar kelas lagi, kerja lagi, lepas tu setiap minggu ulang alik rumah mentua kau."

Balas Taeil sambil menghirup kopinya. Mereka semua sedang berkumpul di cafe kolej ketika itu.

"Erm betul jugak... Kau asal balik je ke kolej mesti muka letih gila..."

Ujar Doyoung sambil memandang ke wajah Taeyong.

"Mana tak penat... Kahwin bukannya senang..."

Balas Taeyong sambil terus mengurut kepalanya.

"Fiya apa cerita? Okay ke dia?"

Taeyong mengangguk perlahan.

"Okay je. Dia busy buat persiapan nak praktikal sem depan. Ni pun dah nak habis sem kan... Lagilah..."

Mereka berlima mengangguk serentak.

"Aku rasa macam nak balik ke bilik la... Semacam rasa kepala ni..."

"Kau taknak pergi klinik ke? Manalah tahu tekanan darah turun ke..."

Soal Mark pula.

"Takpelah. Nanti jelah. Aku nak rehat dulu. Kalau tak baik jugak, esok aku gi klinik."

"Okay."

Taeyong mula berdiri untuk beredar dari situ. Masing-masing hanya memerhati dirinya yang sedang melangkah keluar dari kawasan cafe.

"Jujurnya aku cakap, aku kesian jugak tengok dia..."

Ujar Doyoung sambil memerhati Taeyong sehingga kelibatnya hilang.

"Samalah... Tapi apa nak buat... Jodoh dia sampai awal..."

Balas Johnny sambil menongkat dagu.

"Aku ingat lagi masa mula-mula dia kahwin tu, muka ceria gilakan. Tapi lama-lama macam letih sangat je. So, aku rasa... Kalau ada apa-apa yang boleh kita tolong dia, kita tolong la..."

NOTHING IMPOSSIBLE | TAEYONG | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now