MEDINA duduk sambil termenung memikirkan masa hadapannya. Iris matanya memandang wajah Darren yang sedang lena di atas katil miliknya. Jam juga sudah menunjukkan tiga pagi namun matanya tidak boleh melelapkan hari yang penat. Seharian dia memikirkan perkara yang terjadi namun itu tak dapat mengubah hatinya yang terluka.
Telefon pintar di atas meja diambilnya lalu skrin telefonnya mencari contact nama sepupunya. Kali terakhir dia berjumpa sepupunya sehari sebelum dia berangkat ke London, tahun lepas. Itu pun tiada siapa tahu kerana dia tahu Mak Long dan Mak Su bencinya atas kematian ayahnya.
Telefon ditekap ke telinga. Seminit berlalu, sepupunya tidak menjawab panggilannya.
Panggilan kedua dibuat, sama jugak.
Panggil ketiga turut sama.
Keempat.
Kelima.
Dan...
"Hello," suara serak basah kedengaran di telinganya. Medina tarik senyum.
"Assalammualaikum, wahai ahli kubur." ujar Medina sengaja. Biar sepupunya tahu bahawa di sana sudah pagi mentari.
"Wa alaikumsalam. Kau ni, tak perli aku tak boleh ke? Aku penat la." kedengaran rengusan kasar menyapa pendengaran Medina. Medina mencebik.
"Kau buat apa sampai letih? Nak kata kahwin rasanya bujang lagi. Sudah-sudah la tu membujang. Mak Long tak bising ke, kau bujang terlajak hah?"
"Ish, kau ni, Yara. Diam la! Sekurangnya, aku ambil keputusan nak jaga mak ayah aku. Nak harapkan abang, kakak, adik aku tu? Hmm, sampai ke sudah tahu minta duit dekat mak aku je."
"Ya la. Ni kau tak kerja ke? Maaf la aku ganggu kerja kau."
"Tak. Kau dengar suara aku tadi pun kau tahu aku baru bangun tidur. Chill la. Aku tak on duty lagi."
"Aku ingatkan kacau kau tadi. Maklum la, doktor berjaya tapi sayang bujang terlajak!"
"Eh, bujang-bujang pun, aku hot tau!" Medina menjuling mata menyampah.
"Ya la, Yana. Kau memang hot."
"Weyh, kau bila nak balik Malaysia? Aku rindu kau duh. Kau tak rindu aku ke?"
"Aku bukan tak nak balik. Aku cuma tak bersedia. Ya la, aku kan janda anak satu. Aku takut orang tak boleh terima bahawa seorang model terkenal Dee Ayara sudah mempunyai anak? Uh, aku tak boleh bayang macam mana mak cik-mak cik membawang dekat dapur tu. Pantang nampak salah ada je nak menegur."
"Alaa, kau buat pekak je. Kau balik la Malaysia untuk aku. Tahun lepas kau balik kejap je. Tahun ni, kau balik la for good. Aku nak juga jaga anak buah aku seorang tu." Medina senyum. Kakinya melangkah ke katil. Tubuhnya direbah di sisi Darren.
"Tengok la macam mana. Aku punya jadual tengah pact susah nak cuti buat masa sekarang."
"Hmm, tak kisah la kalau kau tak balik untuk good pun, janji kau datang Malaysia. Aku nak ke sana memang payah, lagi-lagi department aku memang perlukan doktor. Terasa menyesal pula ambil bidang ni dulu tapi tu la masalahnya, aku minat sangat."
"Dah rezeki kau jadi doktor, Yana."
"Eh, kau call aku kenapa?" Ilyana menyoal, setelah lama mereka berbual.
"Tak de apa. Saja call. Rindu."
"Kau nak membongak boleh tahan jugak la. Tak payah nak berdalih, Medina Azyara. Kau sebenarnya nak tahu pasal bekas suami kau kan?"
Medina kelu. Ya, memang itu niatnya. Tapi...
"Macam aku cakap, Yara. Aku dah empat tahun tak jadi spy kau. Kau pun tahu aku sibuk. Lain la aku kerja polis memang aku tolong kau weyh." ujar Ilyana. Memang sepupunya ada minta tolongnya untuk memerhati bekas suaminya tapi kalau dia kerja polis tak pe la jugak ini doktor. Mana sempat dia nak keluar kalau namanya sering naik tiap kali doktor lain off duty.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !