; yow-yow! Bawa bersabar. I tahu semua tak sabar dgn double update dan i tak bagi fake hope kecuali kalau i betul-betul sibuk. Haih sabar je la baca komen korang ni. Kelakar pun ada tahu tak 😂 tapi tak pe, biasa la tengah geram kan. Btw, thanks support Mr. Duda. Tak sangka dapat sambutan melampau. Sekali nah ambik kau berderet komen.
Jadi sila bersabar dan menunggu okay ❤️
"TAK sangka pula yang ibu kau akan cakap macam tu. Sungguh aku dengan Anna sama-sama terkejut." luah Aden.
Masih segar diingatannya dengan bicara Puan Rahimah kepadanya semalam. Gila? Yea, seratus peratus dia yakin Puan Rahimah sebenarnya penghidap penyakit mental.
"Habis kau buat apa? Setuju dengan dia?" soal Dariel.
Kini, mereka berdua berada di kafeteria hospital memandangkan Medina dan Anna bakal discharge pada hari yang sama.
"Gila kau nak setuju. Kalau aku setuju, habis la rancangan kita semua. Plus, kau lupa ke yang aku dah ada kekasih hati."
Dariel memandang wajah Aden. Raut wajahnya seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengari tadi.
"Bila masa pula kau ada kekasih? Tak bagitahu pun,"
"Adalah. Nanti aku kenal dekat kau. Sekarang, macam mana? Kau nak teruskan atau apa?" soal Aden. Sandwich goreng yang dipesannya tadi disua ke mulutnya.
"Entah, bila dengar kau cakap macam tu. Buat aku risau pula dekat Dee dengan Anna." ujarnya.
Aden mengangguk kepala. Setuju dengan kata-kata Dariel. Walaupun mereka merancang namun kita tak tahu apa akhir perancangan mereka?
"Then, kau nak buat apa?" soal Aden. Ingin tahu apa yang bermain di fikiran Dariel.
Dariel memandang Aden yang lahap makanan sarapan paginya.
"Kalau kita tukar sikit tak boleh ke?"
"Maksud kau?"
Dariel memandang sekelilingnya sebelum memanggil Aden rapat ke arahnya. Telinga Aden dituju.
"Kau gila ke?" terkejut. Aden memandang Dariel dengan pandangan tak percaya.
"Alaa, kira win-win situation la."
"Win-win situation otak kau. Ini melibatkan nyawa tahu tak? Buatnya masuk hospital lagi macam mana?"
"Aku yakin. Kali ni, mesti jadi punya."
Aden memandang Dariel dengan pandangan ragu-ragu. Bukan dia tak percaya dengan cadangan Dariel tapi...
"Aku akan ikut kalau Dee setuju."
"Jangan risau. Aku yakin Dee akan setuju dan aku nak kau jaga dia baik-baik okay."
Aden mendengus perlahan. Kalau ikut hatinya memang tak la, dia mahu ikut rancangan gila Dariel namun kerana adiknya, dia terpaksa.
TIBA sahaja di rumah agam Puan Rahimah. Medina dan Dariel disambut mesra oleh Darren dan Dhea. Bibir Medina juga tidak sedari tadi asyik mengukir senyum.
"Mama, mama tahu tak, yang abang Mika kata dia nak jadi macam papa. Romantik. Sweet." beritahu Dhea.
Medina berpaling memandang Darren. Wajah anaknya dipandang penuh minat.
"Betul ke, apa yang mama dengar Arren?" soal Medina.
Darren yang khusyuk bermain permainan video memandang wajah Medina sekilas. Namun mulutnya juga sama bicara.
"Haah, mama. Kenapa tak boleh ke? Arren, tengok mama dengan papa makin sweet dan bahagia. Walaupun nenek dah buat macam-macam, mama dengan papa tetap bersama."
Medina mengukir senyum. Iris matanya memandang wajah Dariel. Suaminya juga seakan kelu dengan pujian anaknya kepadanya.
"Mana Arren tahu, papa dengan mama makin bahagia? Papa tak pernah tunggu pun, dekat Arren?" soal Dariel. Sengaja mahu menguji anaknya.
Darren berhenti bermain permainan videonya. Telefon pintarnya di letak atas meja. Kini, matanya fokus pada keluarganya.
"Walaupun papa dan mama tak bagitahu Arren sekalipun. Arren tetap nampak mama dengan papa bahagia. Dulu, masa mama dengan Arren dekat London. Mama tak pernah segembira sekarang. Dan keputusan Arren untuk satukan mama dan papa adalah keputusan yang terbaik." jelas Darren.
Dariel senyum. Begitu juga dengan Medina. Mereka berdua seakan kelu dengan kata-kata Darren.
"Andai papa kahwin dengan aunty Anna dan mama tinggalkan kita semua. Macam mana?"
Darren memandang wajah Medina dan Dariel silih ganti lalu dia memandang wajah Dhea. Dalam hatinya, sudah berniat akan satu perkara.
Bahagiakan keluarga.
Ya, dari dia kecil hingga dia berumur enam tahun. Dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah walaupun tika itu dia milik Daddy Isa dan Uncle Aden. Namun semua itu berubah, sejak dia pindah ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.
Dia nampak mama dan papanya bahagia meski nenek sering menganggu keluarganya. Dan dia yakin andai apa yang dikatakan papanya itu benar...
"Arren sendiri akan ajak papa dan cari mama. Tak kisah la, macam mana pun keadaan itu. Arren tetap nak mama dan papa bersama. Arren tak orang lain. Arren nak mama dan papa. Selamanya sampai syurga.
Medina dan Dariel yang mendengar luahan anaknya mengukir senyum. Medina menarik tubuh Darren ke pelukannya. Anaknya memang matang malah dia boleh fikir sesuatu yang di luar jangkaan orang.
"Dhea?"
"Dhea pun sama macam abang, walaupun Dhea bukan anak kandung mama tapi Dhea sayang mama. Mama terbaik! Tak sama langsung macam kisah cinderella yang Dhea baca tu. Jahat!"
"Kalau Dhea nak tahu ada seorang sama macam mama tiri cinderella." kata Darren tiba-tiba.
Dariel dan Medina berpandangan. Berkerut dahi mereka mendengar ayat Darren.
"Siapa?"
"Nenek. Nenek la mama tiri jahat tu, malah lebih jahat dari mama tiri cinderella."
To be continued...
See you guys later 💙✨
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !