MEDINA melangkah turun ke tingkat bawah. Sempat dia mencari figura Puan Rahimah di ruang tamu. Sunyi. Kakinya melangkah ke dapur. Di situ, Medina nampak Mak Munah sedang masak sesuatu untuk sarapan pagi mereka.
"Morning, Mak Munah. Awal bangun hari ini." tegur Medina lembut.
Mak Munah yang tadi khusyuk memasak. Terkejut dengan sergahan Medina. Kepalamya berpaling ke belakang memandang Medina. Bibir mengukir senyum.
"Terkejut Mak Munah. Nasib Mak Munah tak de penyakit sakit jantung. Kalau tak, habis la Dee kelam kabut jerit panggil Mak Munah." seloroh Mak Munah.
Medina ketawa. Tak sangka sergahannya tadi boleh buat bahan lawak. Selalunya orang tua seperti Mak Munah akan membebel kerana sering terkejutkan mereka.
"Ish, Mak Munah ni. Ke situ pulak, Dee tahu Mak Munah sihat dan kuat. Sebab tu, Dee berani sergah Mak Munah. Kakau tak, Dee tegur lembut je."
Mak Munah senyum. Senang dengan sikap Medina yang sememangnya lembut dengannya. Namun jauh di sudut hatinya, dia pelik kenapa Puan Rahimah tidak terima Medina sebagai menantu. Nak kata tak sopan, rasanya terlebih sopan. Kurang ajar? Kalau sekali sekala tu biasa la. Tipu la kalau tiada individu tu tak pernah terkurang ajar dengan orang tua.
"Mak Munah masak apa? Bau macam sedap?" soal Medina.
Dari atas, dia sudah bau masakan Mak Munah. Memandangkan suami dan anak-anaknya keluar beriadah di luar. Jadi, dia memutuskan untuk turun ke bawah.
"Tiada masak apa pun. Biasa je. Nasi goreng dengan karipap sardin."
Namun sebaliknya, Medina sudah terliur mendengar hidangan serba ringkas itu. Lagi-lagi karipap sardin. Haih, memang kegemaran sepanjang zamannya.
"Dah siap ke?"
"Dah. Kenapa? Dee lapar eh?"
Medina tayang sengih. Takkan la dia nak kata kepada Mak Munah bahawa dia sedang lapar pula kan?
"Ya la, nah. Makan baik-baik. Mak Munah tahu Dee craving nak makan karipap sardin kan? Ini pun nasib Kiem yang bagitahu Mak Munah suruh buat karipap sardin."
Medina seakan terharu akan pengorbanan Dariel. Sejak lelaki itu menggelar suaminya empat bulan yang lalu. Lelaki itu menjaganya seakan permaisuri malah tika dia sakit atau penat. Lelaki itu pasti akan datang mengurut tubuhnya tanpa dipinta.
"Ermm, sedapnya Mak Munah! Ya allah, Dee nak belajar masak karipap sardin dengan Mak Munah boleh?" pinta Medina.
Mak Munah yang dengar permintaan Medina mengukir senyum. Senang dengan Medina yang mahu belajar membuat karipap dengannya.
"Kalau betul Dee nak belajar buat karipap sardin. Mak Munah cadangkan kita belajar lepas Dee habis pantang. Senang sikit. Mak Munah bukan apa, risau sikap overprotective Kiem tu menghalang proses pembelajaran."
Medina ketawa perlahan. Dia mengangguk setuju dengan kata-kata Mak Munah. Dariel memang protective sejak dia mengandung.
"Okay. Lepas Dee habis pantang, Dee belajar masak dengan Mak Munah okay."
"Okay." pecah tawa Medina melihat wajah lucu Mak Munah.
"Amboi, apa yang galak sangat ni... Tak tahu malu ke?" sindir Puan Rahimah.
Suasana dapur yang tadi riuh kini bertukar dingin. Aura Puan Rahimah memang memberi kesan negatif pada mereka.
"Mak masuk dulu," laju Mak Munah berlalu meninggalkan Medina dan Puan Rahimah di meja makan.
Medina diam. Tangannya mencapai satu karipap sardin lalu di sia ke mulutnya. Seakan tidak kisah akan kewujudan Puan Rahimah di meja makan.
"Kau memang degil kan?" suara Puan Rahimah memecah suasan sunyi di ruang meja itu. Medina memandang wajah Puan Rahimah penuh minat.
"Maksud ibu?"
Puan Rahimah mendengus perlahan. Tak gemar dia mahu mendengar panggilan ibu meniti di bibir Medina.
"Kau memang degil kan? Kenapa susah sangat kau nak tinggalkan anak aku hah? Dulu, kau mengandung anak Kiem. Elok je kau boleh besarkan dia. Tapi sekarang bila aku minta kau tinggalkan Kiem. Makin liat eh kau,"
Medina senyum sinis. Ya, memang tidak dinafikan apa yang dikatakan Puan Rahimah ada betulnya. Lima tahun lepas, dia janda anak satu tapi kini dia isteri serta anak kepada dua orang anak.
"Kenapa ibu nak desak Dee untuk tinggalkan Kiem? Kenapa, ibu takut Kiem tak akad nikah dengan Anna ke?" duga Medina.
Puan Rahimah memandang wajah Medina. Dia nampak raut wajah Medina seakan menyindir dirinya.
"Kalau ya, kenapa?"
Medina ketawa. Kuat. Seakan dia tak percaya dengan fikiran kolot Puan Rahimah.
"Ibu... Hahahahaha, ibu ni kelakar. Ibu ingat ni drama 7 Hari Mencintaiku ke? Yang tiba- tiba ada plot twist ? Ibu... Ibu... Kita sekarang hidup zaman nyata bukannya drama."
"Tapi kalau aku tak pesan, kau tetap akan lakukan juga betul tak?"
Medina ketawa. Seakan tertarik dengan soalan Puan Rahimah.
"Ibu dah lupa perjanjian ibu dengan Kiem? Ibu ingat Dee tak tahu perjanjian ibu dengan Kiem? Tak, bu. Tak. Dee tahu. Semuanya perjanjian ibu dengan Kiem. Semua Dee tahu. Termasuk la yang Kiem bakal lahwin dengan Anna."
"Macam mana..."
"Apa kata kita buat macam ni, ibu rayu la dekat anak tunggal ibu tu supaya tinggalkan Dee. Dan Dee rasa dulu pun ibu buat rayuan macam tu juga dekat Kiem masa Kiem nak lepaskan Dee tapi kenapa ibu tak guna taktik yang sama?"
Puan Rahimah kelu. Dia memandang wajah Medina. Seakan tak percaya dengan setiap bicara yang dikeluarkan oleh Medina.
To be continued...
Night!
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !