DUA bulan kemuadian...
Bibir Medina mengukir senyum yang tidak tergambar darinya. Melihat keluarganya yang seronok bermain, gelak tawa bersama sudah membuatkan dia gembira. Perutnya yang membukit diusap perlahan. Sedar tak sedar, minggu hadapan usia anaknya bakal mencecah sembilan bulan.
Haih, tak sabar rasanya dia mahu bertemu dengan anaknya. Meski mereka belum ketahui gender bayi tersebut. Mereka tetap membeli barangan bayi secara sederhana.
"Mama!" Dhea berlari memeluk tubuh Medina.
Medina yang terkejut dengan pelukan itu hanya mengukir senyum nipis. Tak mahu anaknya terasa dengannya. Meski dia sedang menahan sakit. Rambut Dhea diusapnya penuh kasih sayang.
"Apa Dhea ni... Kesian mama. Mesti adik sakit sebab Dhea peluk mama kuat-kuat." usik Darren. Dia melabuhkan punggung di sebelah Medina.
Dhea melepaskan pelukan. Matanya memansang wajah Medina.
"Betul ke, mama?" soalnya polos.
Medina ketawa. Pipi gebu Dhea dicubitnya geram. Tak tahu la dia, apa yang Dhea makan sampai gebu pipi comelnya ini. Rasa nak gigit pun ada!
"Mana ada, mama tak sakit. Adik pun suka kalau kakak peluk dia." ujar Medina.
Dhea berpaling memandang wajah Darren. Raut wajah tidak puas hati dipamer kepada Darren.
"Abang suka kan usik Dhea. Mama tak marah pun Dhea,"
"Eh, abang pulak? Betul la, mama mungkin tak nak cakap macam tu sebab mama tak nak Dhea nangis." balas Darren.
Dhea mendongak wajahnya memandang Medina. Medina mengukir senyum. Peluh yang merenek pada dahi Dhea disekanya perlahan menggunakan jarinya.
"Mama..."
"Ya, sayang. Kenapa?" soal Medina lembut.
"Betul ke, apa yang abang cakap tu?" soalnya.
Medina mengukir senyum. Geli hatinya melihat kepolosan Dhea memandang ke arahnya. Meski dia juga terasa sakit, namun dia tidak mahu melukakan hati anaknya. Dia senyum lalu cubit pipi Dhea.
"Tak, sayang... Mama tak sakit pun, abang saja nak gurau dengan Dhea. Kalau mama sakit, mesti mama marah Dhea. Tapi Dhea ada dengar mama marah Dhea tak?"
Dhea menggeleng kepalanya perlahan. Medina mengukir senyum. Kepolosan Dhea membuatkan dia hampir lemas dengan kecomelan Dhea.
"Dhea sayang mama. Dhea sayang adik!" Dhea memeluk tubuh Medina erat.
Medina membalas pelukan Dhea bersama ciuman di dahi. Haih, budak-budak kalau tak bergurau memang tak sah. Lagi-lagi dengan perangai Darren yang kaki mengusik.
"Amboi, sembang apa tu? Rancak dengar. Siap berpeluk lagi, ada apa-apa yang papa tak tahu ke?" soal Dariel. Kerusi disebelah Darren ditariknya lalu duduk di atas kerusi itu.
Matanya memandang wajah Medina dan Dhea. Dhea masih dalam pelukan isterinya manakala Medina hanya menepuk perlahan belakang badan Dhea.
"Biasa la, papa. Dia buat mama sakit, sebab tu dia peluk mama. Manja. Dah nak jadi kakak, masih manja." ujar Darren. Seakan tidak kisah dengan adiknya yang baru sahaja baik dari luka.
Dariel memandang wajah Medina. Medina hanya mengukir senyum, namun tangannya pantas menarik telinga Darren.
"Aaaa! Mama sakit. Mama... Ampun!" rayu Darren. Nada suaranya juga seakan menahan sakit.
Dhea melepasakan pelukan Medina. Matanya memandang wajah Darren yang ditarik telinga oleh Medina.
"Ini sebab Arren usik Dhea. Haih, mama tak kesah nak mengusik sesama sendiri tapi jangan sampai terluka okay." pesan Medina. Dia melepaskan tangannya dari telinga Darren.
Segera Darren mengusap laju telinganya. Aaa, sakit. Nasib mama tak cubit hingga tercabut dari telingannya.
"Arren, minta maaf. Arren salah." Darren menunduk minta maaf. Dia juga mengaku akan salahnya kerana mengusik adiknya.
"Ehem, kenapa ni? Kenapa papa tak tahu apa-apa pun?" celah Dariel. Dia memandang wajah Medina, Darren dan Dhea.
"Takde apa pun la, papa. Biasa la, budak-budak bergurau." dalih Medina. Kalau boleh dia tak mahu Dariel tahu akan kejadian tadi.
Bukan dia tidak kebal sikap overprotective Dariel. Kadang-kadang dia juga rasa tak adil dengan anak-anaknya.
"Okay, papa pun malas nak ambil tahu. Jadi, papa anggap semua dah settel tadi." kata Dariel. Dia juga malas mahu masuk campur urusan pergaduhan anak-anaknya.
Biasa la, budak mahu membesar. Gaduh sesama adik-beradik memang menjadi kebiasaan. Namun tak lama, mereka baik dengan sendiri.
"Papa, Dhea nak tanya sesuatu boleh?" Dariel memandang ke arah Dhea yang duduk di sebelahnya.
"Tanya apa?" soalnya.
"Nenek. Bila nenek boleh keluar dari tempat tu? Dhea rindu nenek." kata Dhea.
Dariel dan Medina tergamam sebentar. Hampir tiga bulan sejak kejadian itu, mereka berdua langsung tidak buka mulut tentang Puan Rahimah. Sihatkah beliau? Adakah Puan Rahimah sedang menjalani rawatan dengan baik?
"Ermm, papa... Papa..." gagap Dariel apabila anaknya menyoal perihal ibunya. Sedangkan dia tidak pernah ambil tahu tentang ibunya sepanjang tiga bulan.
"Nanti nenek balik. Mama yakin, in sha allah nenek akan balik pada kita semua." celah Medina. Dariel memandang wajah Medina.
Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar beberapa saat yang lalu?
"Betul ke, mama?" soal Dhea. Matanya seakan bersinar apabila mendengar Medina berkata begitu.
Medina mengangguk kepalanya. Bibirnya menguntum senyuman. Belum sempat dia mahu menjelaskan penipuannya tentang kepulangan Puan Rahimah. Telefon Dariel berdering panjang.
Dariel segera mengeluarkan telefon pintar miliknya. Matanya memandang wajah anak-anaknya dan berakhir pada Medina.
"Siapa?" soal Medina. Pelik apabila mata suaminya memandang ke arah mereka.
"Abang jawab telefon kejap," Dariel bingkas bangun jauh dari mereka bertiga.
Medina memandang Dariel yang sibuk menjawab panggilan. Dia memandang wajah Darren dan Dhea. Kedua-duanya seakan tidak terkesah dengan panggilan yang diterima oleh Dariel. Medina menyentuh dadanya. Tiba-tiba dia dapat rasa sesuatu yang agak pelik pada dirinya.
To be continued...
Hi guys! Mesti ramai rindu dengan Mr. Duda right? Hehehe, sorry sebab lambat. I'm really busy. Harap korang faham dengan keadaan I yang sebagai student uni okay ❤️ nah buat hilang rindu korang. Nanti ada masa, i update lagi okay ✨ maaf kalau ada salah silap, sila abaikan typo okay 😝
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Любовные романы• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !