N || 23

48.3K 2.1K 506
                                    

BERITA yang disampaikan oleh Marissa amat mengejutkan dirinya yang sedang bekerja. Sudah la, Aisya dan Isa tiada di Kuala Lumpur kerana perlu hadir majlis perkahwinan saudara Isa di kampung. Jadi, agak susah untuk dia menguruskan masa dengan baik.

Kereta berhenti di hadapan rumah keluarga Dariel. Dia tak tahu kenapa dia harus datang ke rumah agam itu namun dia tidak kisah. Janji anaknya selamat.

"Assalammualaikum."

Semua yang berada di situ tersentak melihat wajah yang sudah lama hilang kini kembali menapak di rumah agam itu. Tuan Syed Aziz memandang wajah anak lelakinya sebelum memandang wajah bekas menantunya.

"Azyara."

"Maaf, saya bukan Azyara. Saya cuma nak tahu tentang anak saya. Marissa, mana Darren? Dia okay? Ada cedera?" soal Medina kepada Marissa.

Marissa menunduk. Dia takut sebenarnya tapi Dariel sudah pesan untuk kekal tenang agar Medina tidak mengamuk.

"Mama!" Dhea yang baru turun dari tingkat atas segera berlari memeluk tubuh Medina.

Medina membalas pelukan Dhea. Dahi Dhea dikucup lembut.

"Dhea, abang mana? Mama nak jumpa dia."

"Abang ada kat atas dengan papa, doktor tengah rawat abang." Dhea memberitahu. Tanpa berlengah terus dia naik ke tingkat atas. Bilik Dairel dituju.

Anna yang berada di situ terkejut dengan selamba perempuan datang ke rumahnya. Dia kenal perempuan itu kerana perempuan itu ada bersama dengan Dariel beberapa hari lalu namun tak sangka wanita itu lebih arif suasana rumah agam ini berbanding dirinya.

"Marissa, lebih baik kau bagitahu aku. Apa kaitan perempuan tu dengan budak tu hah? Kenapa dia boleh ada kat sini?" sembur Puan Rahimah. Dia sebenarnya terkejut apabila wajah Azyara menyapa pandangannya.

Marissa diam. Kalau ikut hatinya, mahu sahaja dia keluar dan tak kembali ke sini. Jujur dia dapat rasakan pandangan tajam dari Puan Rahimah dan Anna.

"Yang awak nak marah Marissa kenapa? Dah jelas dia cakap dia datang sebab anak dia. Dah kenapa awak nak marah dia? Lagipun, biar la. Bukan mereka tak kenal pun," selar Tuan Syed Aziz. Sejak kejadian beberapa jam yang lalu, isterinya ini asyik tak puas hati dengan kejadian berlaku.

Sudah la tampar anak orang lepastu nak marah bila ibu kepada si anak ditampar datang ke mari.

Anna yang mendengar ayat yang keluar dari bibir Tuan Syed Aziz terkejut. Jadi, perempuan yang dia tunjuk tadi merupakan kenalan keluarga Dariel malah Puan Rahimah sendiri turut kenal wanita itu. Tanpa berlengah, dia bangun dari duduknya. Tak betah untuk dia melihat drama sebabak keluarga itu.

"Eh, Anna nak ke mana? Tunggu la sini dulu." Puan Rahimah menahan Anna dari pergi.

Anna memandang Puan Rahimah. Nak tunggu sini? Eh, dari dia tunggu jadi tunggul baik dia balik.

"Tak pe la, aunty. Anna tak nak kacau masalah keluarga aunty. Lagipun, Anna ada urusan lepasni." tangan lembut menyalam tangan tua Puan Rahimah. Teruk-teruknya, dia masih hormat orang tua.

Puan Rahimah memandang pemergian Anna. Dia tahu Anna sedih kerana dia menipu Anna tentang perempuan yang dia tunjukkan pagi tadi. Jujur dia sendiri tak sangka, hari ini mereka akan bersua. Puan Rahimah bangun. Dia ingin naik ke atas untuk melihat anaknya bersama perempuan yang pernah bertakhta di hati anaknya itu.

"Awak nak ke mana tu? Tak puas tampar anak orang. Awak nak buat hal lagi ke?" Tuan Syed Aziz menyindir pedas. Puan Rahimah menjeling.

"Suka hati saya la nak ke mana sekalipun. Ada abang kesah? Yang abang nak sibuk kenapa? Selalu berkepit je dengan cucu abang tu kan? Dah la, saya nak naik. Penat." Puan Rahimah berlalu naik ke atas.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now