SEBAIK Dhea meminta izin untuk bersama Raees. Dia terus mencari figura Darren dan memeluk lelaki yang merangkap abangnya.
"Dhea..." terkejut Darren apabila Dhea memeluk dirinya. Dia yakin pasti ada perkara yang telah berlaku sebelum Dhea dan Dariel tiba ke rumah Raees.
"Nenek. Nenek marah Dhea sebab terima baju mama, padahal Dhea dah cakap dah, baju ni aunty Linda yang bagi tapi nenek tak percaya lepastu dia kata Dhea mengada minta dekat aunty Linda untuk beli baju ni." adu Dhea. Dari tadi dia menahan sebak di dalam dada.
Darren senyum lalu membelai lembut rambut Dhea. Mereka berada di belakang rumah Raees. Jadi, agak sukar untuk Dariel nampak diri mereka.
"Dah, jangan risau. Abang akan pastikan yang nenek akan dapat balasan nanti. Sekarang, jom kita pergi terkejutkan papa. Dhea nak keluarga kita macam Raees kan?" soal Darren.
Dhea meleraikan pelukan. Matanya memandang wajah Darren lalu dia mengukir senyum.
"Dhea nak keluarga kita bersama selamanya."
Darren turut sama senyum bersama Dhea. Ya, tujuan mereka ke sini memang meraikan harijadi Raees namun masih ada satu perkara yang mereka perlu lakukan sebelum majlis itu berlangsung. Iaitu menyatukan kedua-dua ibubapa mereka.
"AZYARA?"
"Macam ma.. na dia boleh ada kat sini? Kau jemput dia ke?" soal Dariel. Dia seakan tak percaya figura itu muncul berada di hadapan matanya.
"Bukan aku jemput dia, tapi Linda. Ya la, masa Linda nak bagitahu pasal majlis harijadi Raees dekat tadika. Dia ada kat sana, jadi Linda jemput la. Lagipun, anak lelaki dia kawan baik Raees." jelas Hafiey. Dia tersenyum melihat wajah Dariel yang jelas kebingungan.
Dariel memandang wajah Hafiey penuh tanda tanya. Anak lelaki?
"Mama! Mama, tengok ni, Dhea bagi Arren hadiah!" ujar seorang lelaki dalam lingkungan lima tahun datang ke arah Azyara menunjukkan kotak hadiah yang diberi kepadanya.
Dariel memandang budak lelaki yang sedang memegang hadiah itu. Dia kenal hadiah itu. Hadiah yang diminta oleh Dhea untuk diberi kepada Raees. Memang Dhea ada minta untuk beli dua tapi tak sangka pulak yang ...
"Mama! Tengok abang Mika ni! Dia tolak Dhea sampai jatuh." adu Dhea kepada Azyara.
Dariel makin tak faham. Mama? Abang Mika? Apa maksud semua ni?
"Papa! Mari la sini! Papa kenalkan mama? Mama ada sekali dengan kita hari ini." Dhea menggamit Dariel untuk datang ke arahnya.
Medina yang terdengar Dhea memanggil panggilan papa segera mengangkat wajah melihat figura itu. Dia sudah tahu rancangan dua anaknya tapi dia hanya diamkan sahaja kerana mahu lihat sejauh mana perancangan dua anaknya.
Dariel perlahan-lahan melangkah ke arah mereka bertiga. Dia memandang wajah Dhea lalu beralih ke arah Medina dan terakhir wajah Darren, dia pandang penuh tanda tanya. Bukankah Darren anak lelaki kepada Isa? Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai daddy Darren Mikael.
"Papa! Papa, kenalkan ini abang Dhea. Darren Mikael. Papa boleh panggil abang Mika atau Arren. Eieiei, tak sabarnya Dhea nak tengok papa dengan mama kahwin semula!" ujar Dhea teruja.
Dariel diam. Matanya memandang wajah Medina lalu memandang wajah Darren. Dia akui Darren ada iras dengan Medina tapi,
Kejap!
Dhea kata apa tadi? Kahwin semula?
"Apa Dhea merepek ni? Papa dengan mama mana boleh kahwin semula. Mama kan isteri orang, papa mana boleh kahwin dengan mama. Haram." Dia memandang wajah Medina untuk menjelaskan segalanya. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan Medina. Medina isteri orang dan dia yakin Isa pasti tak tahu tentang perihal ini.
Medina terpempan. Begitu juga dengan Darren. Sungguh tak sangka yang Dariel akan berkata begitu.
"Papa..." Darren mencapai tangan Dariel. Dia tahu susah untuk Dariel menerima. Ya la, kewujudannya hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja dan hari ini adalah hari kedua dia bertemu dengan bapa kandungnya.
Dariel memandang wajah Darren lalu beralih ke arah Medina. Tak. Dia keliru. Sungguh dia dalam kekeliruan yang amat sukar untuk dia terima. Medina isteri orang, mana mungkin wanita itu akan berkahwin dengannya semula. Habis, Isa? Mahu campak ke mana?
"Arren, jom balik. Mama ada kerja lepasni, atau Arren nak duduk dekat rumah aunty Linda? Nanti malam, mama ambik semula." Medina memberi cadangan. Dia bukan mahu lari dari masalah tapi lihat Dariel yang seakan tidak menerima kehadirannya dan Darren membuatkan dia sedikit kecewa.
"Tak. Arren nak ikut mama. Dhea... Abang Mika dengan mama balik dulu. Esok, kita jumpa dekat sekolah, okay." Darren mengucup lembut tangan Dariel walaupun Dariel kaku melihatnya tapi dia tak memaksa papanya untuk menerimanya dan dia sedar kehadirannya tidak disedari oleh bapa kandungnya.
"Tapi... Dhea nak ikut abang, Dhea nak mama. Dhea nak sambut birthday Raees dengan abang Mika." sayu suara Dhea merayu agar Medina dan Darren untuk tinggal bersamanya. Tak, dia mahu ikut Medina dan Darren.
"Jom, Arren." ajak Medina dengan nada tergesa. Dia sudah beritahu Linda dan Hafiey bahawa dia dan Darren akan meninggalkan majlis jika Dariel tidak memberi kata putus.
"Abang Mika balik dulu. Es, sorry aku tak dapat sambut birthday kau. Esok, aku bagi kau hadiah okay." Dia menepuk perlahan bahu rakannya.
"Tak pe, kau datang pun aku dah syukur tau. Esok, kita sambut bertiga." Raees senyum. Dia tidak kisah kalau Darren tidak menyambut bersamanya.
Darren dan Medina melangkah keluar dari banglo milik Hafiey dan Linda. Dariel yang seakan kejung tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara tangisan Dhea. Dia memandang Dhea yang menangis di sisinya manakala matanya melilau mencari dua figura itu.
Mana Darren dan Medina?
"Dhea... Dhea!" suara Linda menjerit memanggil nama anaknya membuatkan dia tersentak maha hebat. Dia berpaling ke sisi melihat Dhea tiada di sisinya.
Huh, mana pulak anaknya pergi?
"Darren!"
"Dhea!"
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !