DARIEL yang baru selesai mandi memandang wajah Medina yang seakan termenung jauh. Dia tak tahu apa yang bermain di fikiran Medina tika itu namun dia perasaan Medina seakan berubah selepas rancak berbual dengan Alya. Seakan ada sesuatu mengganggu isterinya.
Dariel menapak ke katil. Di sisi isterinya dia rebahkan badan. Medina masih sama. Tidak sedar akan kehadirannya.
"Sayang..."
Tersentak Medina apabila Dariel menegurnya. Kepala berpaling memandang wajah Dariel. Rambut suaminya yang masih basah dipandang penuh minat.
"Hey, pandang rambut abang kenapa? Cantik sangat ke?" soal Dariel. Medina diam. Tangannya naik membelai rambut Dariel.
"Sayang... Kenapa ni? Ada sesuatu ganggu sayang ke? Why? Cakap la dengan abang. Jangan la diam macam ni," Dariel memujuk.
Medina memandang wajah Dariel. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Dariel yang terdengar keluhan itu terus duduk di kepala katil.
"Cuba sayang cakap apa yang tengah fikir dalam fikiran sayang. Jangan la diam macam ni, risau abang di buatnya." kata Dariel. Walaupun baru seminggu berkahwin. Dariel rasa seakan sudah lima tahun berkahwin.
"Kalau sayang mengandung, abang happy tak?" soal Medina. Kepala ditunduk malu.
Dariel memandang wajah Medina tak berkelip. Mengandung?
Kejap!
"Sayang mengandung ke? Takkan la, kita baru je buat benda tu emph.. mphh." Dariel memandang wajah Medina yang menekup mulutnya.
Medina memandang Dariel tajam. Suaminya ni pun, cakap tak berlapik langsung!
"Ish, Dee mana ada. Baru seminggu kahwin takkan terus lekat. Abang ni pun logik la sikit. Dee tanya kalau. Abang pun faham maksud kalau kan? Jadi, jangan nak biru sangat." mrah Medina lalu melepaskan tangannya yang terasa basah itu. Huh, haru biru betul dapat suami seperti Dariel.
Dariel sengih. Kepala diangguk faham. Mana la dia tahu bahawa Medina hanya mahu bertanya kepadanya. Maklum la, dia pun teruja mahu dapat baby baru. Dariel memeluk bahu Medina dari belakang. Tepi kepala Medina diciumnya ringkas.
"Maafkan, abang okay. Kalau sayang tanya pasal sayang mengandung mesti la abang gembira. Kalau boleh abang nak jaga Dee dengan anak kita. Dulu, abang tak sempat nak rasa jaga Dee dengan Darren. Marissa dulu pun, mana abang jaga dia sangat kecuali masa Dhea lahir. Itupun ibu halang abang untuk jaga Dhea." Dariel membuka cerita lamanya.
Apa yang boleh dia katakan dia tak dapat rasai seperti rakan-rakannya rasai. Manja isteri. Gedik isteri ketika mengandung. Haih, indahnya kalau dulu dia tak ceraikan Medina, mungkin dia sudah miliki tiga atau empat anak bersama Medina.
Medina memeluk tubuh Dariel. Lima tahun berpisah seakan mengubat kerinduan pada mereka. Masih segar diingatan Medina tika Dariel melamarnya untuk rujuk semula. Sungguh dia tak sangka rajukan Dariel membawa satu idea yang tak pernah dia sangka.
"Abang, Dee nak tanya sesuatu boleh?" soal Medina.
Dariel menunduk memandang wajah Medina. Dagunya singgah di kepala Medina.
"Tanya apa?"
"Kenapa abang buat keputusan nak rujuk dengan Dee. Sedangkan sebulan, Dee acuh tak acuh dengan abang. Dee bukan sengaja tapi masa tu, Dee takut. Dee takut kehilangan Darren sebab Darren satu-satunya nilai permata dalam hidup Dee lepas abang ceraikan Dee. Tapi kenapa abang buat keputusan nak rujuk?"
Dariel diam. Dia sendiri tak tahu kenapa dia mengambil keputusan untuk rujuk. Mungkin kerana Dhea atau dia masih berharap cinta dari Medina?
"Sebenarnya... Abang pun tak tahu kenapa nak rujuk dengan Dee. Lepas abang ceraikan Marissa dua bulan lepas, abang tak terfikir pun nak kahwin lain sebab abang takut Dhea kena dera dan tinggalkan abang. Tapi entah satu hari tu, abang mimpi ada seorang budak datang jumpa abang. Panggil abang papa, masa tu abang clueless. Cari jugak siapa. Then, abang bagitahu abah yang abang nak cari Dee. Memang niat nak rujuk dengan Dee sebab abang masih dan cintakan Dee." Medina mengangkat wajah memandang wajah Dariel.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !