D || 21

50.6K 2.3K 51
                                    

BREAST cancer. Stage two." ujar Marissa bersama senyuman nipis.

Medina memandang wajah Marissa. Siapa sangka wanita menghidap penyakit yang para wanita mahu elakkan.

"But how? I tengok you sihat and tiada tanda-tanda macam pesakit cancer. Dariel, Dariel tahu tak yang you ada cancer?" soalnya risau walaupun mereka berdua tidak pernah berjumpa mahupun berbual tapi mereka berdua tetap bekas isteri kepada Dariel.

Marissa menggeleng kepalanya. Perlu ke, dia beritahu Dariel sedangkan dia dan Dariel sudah bercerai malah kekasihnya Irsyad juga sudah tinggalkan dia kerana sakit itu. Huh, peritnya hidup seorang Marissa.

"Dariel tak perlu tahu tentang sakit I, Dee. Kalau boleh I tak nak Dhea pun tahu yang I sebenarnya sakit. Hidup I tak panjang Dee. Sebab tu, I nak you jaga Dhea. You layak jadi ibu kepada Dhea walaupun berpangkat tiri tapi I nampak Dhea sayangkan you."

Medina serba salah. Bagaimana dia mahu diam tentang sakit Marissa. Dariel dan Dhea sepatutnya tahu kerana ini melibatkan nyawa.

"Please... Jangan beritahu Dariel dan Dhea. I harap you rahsiakan perkara ini. Dan I harap kita boleh terus berjumpa walaupun bukan sebab Dhea. Sakit I tak de siapa tahu kecuali you."

Medina memandang wajah Marissa yang merayu kepadanya. Dia tahu dia sepatutnya menasihati Marissa untuk beritahu tentang sakitnya kepada keluarga dan juga Dariel tapi,

"In sha allah, kita akan terus berjumpa. Tapi I nak you janji, bila sampainya masa you perlu bagitahu Dariel, Dhea and family you about sakit you. Buat pembedahan. I akan support you, Marissa."

Marissa senyum nipis. Lega melihat Medina sudah mula lembut dan baik dengannya. Dia tahu dia sepatutnya rahsia sakitnya namun kerana penceraiannya dengan Dariel dua bulan lalu membuatkan keluarganya mula mengabaikan dirinya.

Marissa mengusap lembut kepala Dhea. Seharian dia di rumah menjaga Dhea. Itupun atas permintaan Dhea dan Medina untuk dia menjaga Dhea walaupun sehari.

"Jaga Dhea selagi boleh. I tahu you nak jaga Dhea sejak you balik dari hospital semalam dan Dhea pun ada minta yang dia nak Marissa jaga dia sementara Dariel tiada di KL."

Kata-kata Medina segar diingatannya. Wanita itu terlalu baik baginya dan dia akui kenapa Dariel menyayangi Medina lebih dari segalanya.

"Maafkan mama, sayang. Mama tak mampu nak jaga Dhea macam Mama Dee jaga Dhea. Mama harap lepas mama tiada nanti, kamu jaga anak yang baik buat mama Dee dan papa." dahi Dhea dikucup lembut. Setitik air matanya jatuh ke dahi Dhea.

DARIEL melangkah ke ward kanak-kanak. Dari Johor hingga dia selamat pulang ke Kuala Lumpur. Fikirannya asyik dengan wajah senyum Darren dan Dhea. Mengingatkan dua anaknya membuatkan dia tersenyum riang. Siapa sangka dia lelaki mempunyai dua anak?

"Papa!" Darren menjerit teruja apabila melihat pintu biliknya dihiasi dengan wajah Dariel.

Dariel senyum riang. Matanya berpaling ke sisi kosong katil yang menjadi milik Dhea.

"Arren, mana Dhea? Kenapa katil Dhea kemas ni?" soal Dariel. Kaki melangkah ke katil anak lelakinya. Buah tangan yang dibawanya diletak di atas meja Darren.

"Dhea dah keluar la, papa. Semalam, Dhea discharge. Mama Rissa yang bawa Dhea balik semalam." jelas Darren. Kini dia sudah tahu cerita sebenar tentang wanita yang menjenguk Dhea dua hari lalu.

Walaupun pada mulanya dia hampir melepaskan geram kepada Marissa namun dia tetap terima Marissa sebagai ibu kandung Dhea malah Marissa juga meminta dia memanggil sebagai mama.

"Mama Rissa?"

"Haah. Mama kandung Dhea." jawab Darren. Dia membuka buah tangan yang dibawa oleh Dariel.

Dariel mengerut dahi pelik. Setahunya, dia menghantar mesej kepada Marisa bahawa Dhea kemalangan namun tak sangka Marissa bawa Dhea pulang tanpa kebenarannya.

Pintu bilik dibuka sekali lagi oleh seseorang. Dariel berpaling memandang figura yang masuk ke bilik anaknya. Matanya memandang wajah tenang wanita dihadapannya ini. Adakah Medina sudah mengenali Marissa?

"Papa." panggil Darren.

Dariel berpaling memandang wajah Darren. Bibir mengukir senyuman lebar.

"Kenapa?"

"Kenapa papa pandang mama macam tu? Kesian mama nak buat kerja tak senang." Medina yang tika itu sedang menyusun buah tangan yang dibawa oleh Dariel terkaku kejap.

Huh, dia yang tak senang atau Darren yang sengaja berkata begitu?

Dariel senyum. Dia memandang wajah Medina yang mengeluarkan barang yang dibawa olehnya.

"Kenapa? Papa tak boleh pandang mama ke?" soal Dariel. Sengaja mahu melihat kecerdasan anak lelakinya.

"Bukan tak boleh. Boleh, tapi Arren tak suka mama dengan papa buat macam tu depan Arren. Arren jealous. Kalau mama dengan papa nak pandang macam tu lama-lama. Mama dengan papa kahwin la. Arren boleh tinggal dengan papa dan Dhea."

Dariel senyum. Medina pula terasa seakan membahang mendengar kata-kata anaknya. Huh, Darren memang sengaja.

"In sha allah, kalau ada rezeki. Mama dengan papa kahwin okay. Sekarang ni, papa nak Arren sihat. Lepastu, pergi school. Ayah Raees cakap Raees dah jadi macam dulu. Tak suka bergaul dan marah orang sejak Arren dengan Dhea tak pergi tadika."

Darren mencebik. Dia kenal Raees walaupun baru beberapa minggu merek berkenalan namun berperangai Raees sudah dia kenal. Sebelum mereka berkawan memang begitu perangai Raees.

"Ish, Raees ni! Haritu dah janji tak nak buat lagi perangai dia tu. Tunggu dia, dia datang petang nanti siap dia, Arren bebel dekat dia." geram bibir Darren mahu memarahi Raees.

Dariel senyum. Rambut Darren diusapnya perlahan. Dia nampak anaknya begitu rapat dengan Raees, sama seperti Dhea. Matanya mengerling ke sisi di mana Medina khusyuk memotong buah epal ke dalam pinggan lalu diberi kepada Darren.

"Nak cakap tu, cakap je la. I tak makan orang pun." ujar Medina tenang. Pisau epal yang digunakan tadi dibalut semula dengan kertas. Risau jika Darren bermaib dengan pisau.

Dariel tarik senyum nipis. Dia memandang wajah Darren yang khusyuk bermain telefon pintar miliknya setelah tamat berbual dengannya.

"Kenapa tak bagitahu yang Dhea dah keluar. Marissa? Kenapa tiba-tiba dia jaga Dhea? Tak risau ke kalau dia apa-apakan Dhea?" soalnya. Dia risau dengan keadaan Dhea walaupun Marissa, ibu kandung Dhea namun perasaan risau dan takut masih tersisa di dalam dirinya.

Medina memandang wajah Dariel. Dia tahu Dariel risau dan takut kalau-kalau Marissa bertindak luar kawalan tapi Marissa juga ada hak untuk jaga Dhea. Tambahan, dia yakin Marissa takkan melukakan Dhea.

"Mana la I tahu. Dhea yang minta Marissa jaga dia. I pun tak de hak nak halang Marissa sebab Marissa, ibu kandung Dhea." jawabnya tenang.

"Plus, Marissa dah janji dengan I yang dia takkan pukul Dhea. Kalau Dhea kembali ada satu cubitan merah atau luka di tubuh Dhea. I akan laporkan perkara itu kepada pihak polis. Jadi, dia takkan berani nak pukul atau dera Dhea." sambung Medina. Dia masih waras, walaupun Marissa memeberitahu sakitnya. Dia tetap kena berhati-hati.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now