"MAR... ISSA,"
Wajah Medina jelas terkejut dengan kehadiran Marissa yang tiba-tiba melangkah ke dapur. Telefon pintarnya yang terjatuh di lantainya dilihat kilas sebelum dia kembali memandang wajah Marissa.
"Eh, I buat you terkejut ke? Sorry, I bukan sengaja nak buat you terkejut. I cuma dahaga sebab tu I masuk dapur." jawab Marissa tenang.
Medina mengigit bibirnya. Kata-kata Dariel beberapa minit lalu menerpa mindanya. Sejujurnya, dia kurang percaya dengan kata-kata Dariel tapi... Jika dia tidak percaya Dariel, hidup dia dan bayi ini juga dihujung tanduk.
"Dee, are you okay? You sakit ke? Kalau sakit, I call Dariel untuk you."
"Tak! Tak, I tak sakit cuma terkejut. You buat I terkejut tadi jadi jantung I berdegup laju." dalih Medina. Bibir mengukir senyuman nipis.
"Ouhh, sorry... I bukan sengaja nak,"
"Enough, Marissa. I okay. Biasa la, ibu mengandung kan? Kalau terkejut sikit terus berdegup laju. You jangan risau okay. I okay." Medina segera memotong kata-kata Marissa.
Marissa memandang wajah Medina yang seakan ragu-ragu dengannya. Namun dia malas ambil pusing dan akur dengan kata-kata Medina.
"Eh, kita buat apa kat sini lagi. Jom kita duduk depan. Kita bual-bual dekat mini garden. Air pun dah siap, tinggal nak hidang je." Medina terlebih dahulu mematikan suasana canggung di antara mereka berdua.
"Okay, kalau macam tu I tolong you angkat dulang air ni, ke meja." belum sempat Medina mahu menghalang, Marissa terlebih dahulu mengambil dulang itu lalu pergi.
Medina resah. Dia juga tidak tahu mengapa dia tiba-tiba tak sedap hati sebaik mendengar kata-kata Dariel. Risau juga jika Marissa letak sesuatu di dalam minuman itu.
Sedang dia dalam kerisauan, Medina segera mengambil telefon pintarnya. Skrin telefon yang pecah ditiliknya sebelum dia menekan button on/off. Lega hatinya apabila telefonnya masih bernyawa. Tidak menunggu terus dia membuat panggilannya dengan seseorang.
BREK kereta ditarik hingga ke atas. Matanya memandang suasana rumah miliknya. Terdapat sebuah kereta yang tak dikenali di hadapan rumahnya. Dia tahu siapa yang berada di rumah itu bersama Medina. Siapa lagi kalau bukannya, ibunya, Puan Rahimah lari dari hospital sakit jiwa.
Sebaik dia terima panggilan dari pihak hospital segera dia datang ke balai polis dan tika itu, dia sedar bahawa tiada siapa-siapa di rumah selain Medina, Darren dan Dhea. Jadi, dia meminta tolong Marissa untuk tengok keadaan Medina.
Namun saat dia ingin meminta tolong Marissa. Marissa berada di hospital sedang merawat sakitnya. Jadi, dia membatalkan niatnya untuk meminta tolong dari Marissa dan tepat pada waktu itu, Darren menelefonnya memberitahunya bahawa Marissa berada di rumah bersama sebuah kereta yang tidak dikenalinya.
Tuk! Tuk! Tuk!
Dariel yang sedaru termenung terkejut dengan ketukan dari luar. Segera dia membuka pintu keretanya. Wajah Hafiy dipandangnya.
"Macam mana?" soalnya.
"Sekarang terkawal lagi, mungkin dia tengah cuba nak berbincang dengan Medina." beritahu Hafiey.
Dariel hanya beriak biasa. Dia juga buntu hendak buat apa? Pihak polis juga dalam perjalanan tapi dia risau akan keadaan Medina dan anak-anaknya.
"Kau nak buat apa sekarang?" soal Hafiey, sedari tadi dia perasaan rakannya hanya diam.
"Mungkin aku akan masuk rumah dulu. Aku risau keadaan Medina dengan Darren dan Dhea."
"Tapi..."
"Kejap," Dariel mengeluarkan telefon pintarnya. Nama Medina yang terpapar di skrin telefonnya membuatkan dia pelik. Dia memandang wajah Hafiey.
"Jawab la. Cakap kau ada dekat luar rumah,"
Tidak menunggu terus icon hijau digeser ke atas lalu mendekatkan telefonnya ke telinga.
"Hello, Dee..."
"Kalau kau nak isteri kau selamat, kau masuk rumah sekarang. Jangan bawa sesiapa. Pastikan tiada sesiapa dengan kau. Kalau kau masuk seorang, isteri dan anak-anak kau akan selamat. Kalau bawa orang selain diri kau. Aku tak yakin kau akan jumpa anak dalam bayi ni,"
"Ibu!"
"Huh, siapa ibu kau? Kau tak pernah anggap aku ibu kau."
"Ibu... Dengar cakap Kiem. Kiem..."
"Papa!"
"Papa!"
"Papa!"
"Dhea, Arren."
"Aku kira sampai sepuluh. Kalau kau tak muncul..."
Bang!
"Ibu!" Panggilan dari Medina terputus begitu sahaja.
Dariel memandamg wajah Hafiey. Dia yakin bahawa Hafiey juga turut dengan tembakan itu.
"Kenapa?"
"Aku kena masuk seorang."
"Kau yakin ke? Buatnya dia..."
"Aku yakin. Dia ibu aku, Fiy. Meskipun dia perangai macam tu, dia tetap ibu aku. Syurga aku."
Hafiy yang dengar kata-kata dari Dariel. Mati kata. Sungguh, dia hormat dengan Dariel. Walaupun Puan Rahimah telah buat segala perbuatan terkutuk kepadanya. Dariel tetap mengutamakan ibunya.
"Aku masuk dulu. Kau tunggu isyarat aku. Kalau ada apa-apa terjadi dekat aku. Kau jaga isteri dan anak-anak aku, okay."
"Riel..." Dariel hanya mengukir senyum. Bahu Hafiy ditepuk perlahan.
"Aku masuk dulu." perlahan-lahan Dariel melangkah masuk ke rumah miliknya.
To be continued...
Two chapters more...
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !