M || 67

26.3K 1.5K 194
                                    

TERUKIR senyuman manis pada bibir Puan Rahimah saat melihat dress yang disarung oleh Anna dan yang lebih mengejutnya adalah dress itu cantik dikenakan pada tubuh Anna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERUKIR senyuman manis pada bibir Puan Rahimah saat melihat dress yang disarung oleh Anna dan yang lebih mengejutnya adalah dress itu cantik dikenakan pada tubuh Anna. Sempurna.

"Macam mana Puan? Okay? Atau Puan ada nak tambah apa-apa?" soal pekerja di butik pengantin itu.

Puan Rahimah ukir senyum puas. Tak sangka dalam masa seminggu, baju yang dia tempah siap tepat pada waktunya. Malah baju itu amat sesuai dengan warna kulit Anna.

"Cantik. Anna macam mana? Okay?" soal Puan Rahimah kepada Anna.

Anna mengukir senyum. Dia mengangguk kepala tanda puas. Meski dia masih ragu-ragu namun dia seakan jatuh cinta walaupun baju ini bakal tersimpan di dalam almari.

"Okay, aunty. Kenapa? Ada yang kurang ke?" soal Anna. Pelik apabila Puan Rahimah mengajukan soalan kepadanya.

"Tak, aunty okay je. Tapikan... Baju ni nampak lagi cantik kalau Alya yang pakai. Mesti sesuai." ujar Puan Rahimah.

Anna tarik muka. Walaupun dia tahu akan status sebenar Alya. Tetap dia tak suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Kalau dia dan Medina boleh juga dia terima memandangkan Medina merupakan isteri sah Dariel.

"Kalau tak de apa-apa, Anna tukar baju." ujar Anna. Tak betah pula dia mahu pakai dress pengantin ini.

"Hah okay. Cepat sikit, tiba-tiba badan aunty penat hari ini." ujar Puan Rahimah.

Anna menjeling mata menyampah. Dia melangkah masuk ke ruangan pakaian. Sementara menunggu Anna pakai pakaiannya. Puan Rahimah sempat mencapai beberapa majalah yang tersedia di situ.

Laju dia membelek setiap muka surat majalah itu. Menarik.

Tiba-tiba,

"Kejap, ini bukan ke..."

"Argh, macam mana Puan jumpa muka surat ni? Saya dah lama cari muka surat tentang model Malaysia ini." kata seorang pekerja di butik itu.

Puan Rahimah bingung. Matanya masih tak lepas memandang wajah pada majalah itu. Seakan tak percaya, takkan la...

"Kalau aunty nak tahu, model ni la yang kian terkenal dekat antarabangsa. Gigi Hadid pun pernah berkerja dengan dia. Serius." cerita pekerja butik itu sungguh-sungguh.

Puan Rahimah seakan tidak faham. Dia tak percaya akan apa yang dia lihat. Dalam majalah itu, muka surat itu terpampang wajah Medina di situ.

"Awak kenal ke, siapa model ni? Takkan la awak kenal dia? Takat awak minat dia boleh la." Puan Rahimah menguji. Walaupun dia tak percaya tapi dia mahu tahu benarkan apa yang dia lihat adalah Medina atau sesekrang yang pelanduk dua muka dengannya?

"Apa, Puan cuba cakapkan ni? Ish, takkan la Puan tak kenal dia. Model terkenal kut. Dia yang pertama menjadi artis model antarabangsa yang dah berkerjasama dengan beberapa artis luar negara." bidas pekerja butik itu.

Puan Rahimah terdiam. Eh, takkan la Medina bekerja sebagai model? Tapi dia tak pernah nampak pun Medina keluar bekerja seperti Marissa?

Ting!

Kedengaran pintu butik itu terbuka. Puan Rahimah memandang ke arah figura yang melangkah masuk ke butik itu. Bibirnya serta merta mengukir senyum melihat Alya datang ke butik itu.

"Lya,"

"Eh, aunty. Aunty buat apa dekat sini? Teman Anna ke?" soal Alya berbasa basi. Dia tahu Puan Rahimah teman Anna ke butik pun kerana Darren whatapps bahawa Puan Rahimah keluar bersama Anna tapi tak sangka pula mereka berjumpa di butik yang sama.

"Eh, mana Lya tahu? Kiem bagitahu Lya eh? Tak sangka aunty yang Lya berhubung dengan dia." bibir mengukir senyum.

Alya keliru. Kiem? Eh, tak de masa la dia nak berbual dengan suami orang.

"Eh, tak. Bukan. Arren yang bagitahu Lya. Lya datang sini sebab nak ambil baju orang lain. Lagipun, kejap lagi mama datang nak tengok baju tu sekali." beritahunya.

Serentak itu, Puan Sri Suraya masuk ke butik pengantin. Dahi berkerut pelik melihat Alya berbual dengan seseorang.

"Lya,"

"Mama."

"Kenapa tak ambil baju Inara? Ada masalah ke?" soal Datin Suraya.

Alya memandang wajah Datin Suraya dan Uan Rahimah silih ganti. Haih, kalau ikut hatinya yang membara memang dia sudah saman Puan Rahimah akibat menamparnya hingga berdarah.

"Ma, ni Lya kenalkan Puan Rahimah. Aunty, Puan Sri Suraya." Alya memperkenalkan dua insan itu.

Datin Suraya yang melihat wajah Puan Rahimah mengerut dahi. Dia seakan kenal wanita dihadapannya.

"Awak bukankah, isteri Tuan Syed? Dariel anak awak kan, yang kahwin dengan model. Siapa tu, Marissa? Betul?" tebak Puan Sri Suraya.

Puan Rahimah yang dengar tebakan Datin Suraya mengukir senyum. Tak sangka seorang Puan Sri ingat akan keperibadiaan keluarganya.

"Itu dulu, Puan Sri. Sekarang, anak saya bakal kahwin dengan orang lain. Anna, namanya. Marissa tu tak lama, bercerai beberapa bulan lepas," cerita Puan Rahimah.

Puan Sri Suraya mengangguk kepalanya. Kini, dia faham. Patut la, Puan Rahimah berada di butik pengantin ini.

"Nanti jemput la datang ke majlis. Mana tahu, pengantin lari ke, boleh saya gantikan dengan Alya. Alya pun kurang hebatnya. Pandai dia jaga cucu saya si Darren." puji Puan Rahimah.

Tersentak Datin Suraya dan Alya tika itu. Ganti?

"Apa awak cuba merepek ni, Rahimah? Ganti? Awak ingat anak perempuan saya ni patung yang awak suka-suka nak kahwinkan dengan anak lelaki awak? Dia masih ada keluarga dan keluarga dia adalah saya. Keluarga mertua dia."

Kelu Puan Rahimah mendengar kenyataan benar dari bibir Puan Sri Suraya. Iris matanya memandang wajah Alya. Sikit pun gadis itu tidak menggelak darinya malah mengukir senyum kepadanya.

"Mertua? Apa maksud awak, Puan Sri? Setahu saya, Lya anak angkat Puan Sri. Bukan menantu Puan Sri. Dia single jadi tak salahkan kalau saya nak ambil dia sebagai menantu?" Puan Rahimah tak nak kalah.

Puan Sri Suraya terkejut. Hampir dia mahu menampar Puan Rahimah yang selamba menyebut perkataan anak angkat.

"Maaf, aunty. Ya, memang saya anak angkat Puan Sri Suraya. Tapi masuk hari ini dah sepuluh hari saya dan suami bernikah. Jadi, Puan Sri Suraya memang ibu mertua saya." Alya berterus terang.

Puan Rahimah memandang Alya seakan tak percaya. Tadi, dia dapat tahu tentang Medina bahawa wanita merupakan seorang model dan sekarang, Alya? Huh, sungguh dia tak percaya dengan Alya yang sanggup menipunya.

"Kau... Kau memang tak guna! Kenapa kau sanggup tipu aku hah? Dasar perempuan tak guna! Harap je pakai tudung tapi perangai syaitan!" tangannya pantas menarik tudung Alya.

Alya menjerit kuat apabila Puan Rahimah serangnya. Puan Sri Suraya yang melihat tindakan Puan Rahimah segera cuba melindungi menantunya.

"Kau siapa nak marah menantu aku hah?"

Pekerja-pekerja butik itu seakan terkejut apabila melihat Puan Rahimah serang Alya. Anna yang baru selesai pakai pakaian juga terkejut melihat Puan Rahimah tarik tudung Alya. Dia segera lari ke arah Puan Rahimah.

"Aunty... Apa aunty cuba buat ni? Aunty sedar la. Aunty malu nanti." Anna memeluk tubuh Puan Rahimah agar menjauh dari Alya dan Puan Sri Suraya.

Apa yang dikatakan oleh Anna seakan angin yang lalu pada telinga Puan Rahimah. Huh, dia tak kisah kalau dia malu sekalipun kerana itu adalah salah Alya kerana menipunya.

To continued...

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now