M || 43

32.7K 1.6K 40
                                    

"MAK long dah gitaw dah, mulut mak long ni masin. Kan, betul mak long bagitahu yang Yara ni memang kena buatan orang. Buatan suami sendiri."

Tersengih Medina dan Dariel saat mendengar kata-kata Mak Long Ecah. Tak pasal rahsianya pecah.

"Mak Long ni... Malu la, Yara. Baru dua bulan. Bukannya sarat sangat pun,"

"Ish, sebab tak sarat lagi la, kita kena mengurut la ni. Nanti bila dah sarat semua bengkak. Haish, kamu jangan buat pasal. Walaupun dah dua kali kamu bersalin. Tapi badan ni kena jaga." ujar Mak Long Ecah.

Dariel dan Medina berpandangan. Andai la, Mak Long tahu bahawa Medina baru mengandung sekali dan Dhea adalah anak tirinya. Apa la reaksi wanita itu.

"Amboi, mak! Mentang Yara mengandung. Di abainya kami anak beranak dekat sini eh? Mak cepat la. Along dengan Kak Ngah nak balik ni, Yara tu sat lagi mak sambung la." panggil Ilyana. Dia bukan hairan apa yang maknya hendak sibuk dengan Medina namun adik-beradik sering sahaja tak puas hati dengan layanan maknya kepada Medina.

"Haish, time ni la balik pun. Mak nak mengurut Yara ni hah." Mak Long Ecah memberi alasan.

"Mak! Lekaih la! Along dengan Angah nak balik ni. Karang kami balik terus, bising kami tak ingat mak pulak?" sindir Ilya, kakak Ilyana.

"Haih, ye la. Sat jap. Aku nak basuh tangan. Hang Yara. Tunggu sini, sat lagi mak ling sambung mengurut. Biar sihat sikit anak hang dalam perut tu. Hang, Dariel. Jaga bini kau sekejap. Jangan suruh dia pi mana-mana." pesan Mak Long Ecah sebelum bangun meninggalkan pasangan itu.

Medina memandang abang serta kakak sepupunya yang mahu pulang ke bandar. Bibir mengukir senyum. Namun dia mendapat sebuah jelingan dari Ilya. Dia sedar Ilya pasti kutuknya kerana rampas Mak Long Ecah darinya.

"Sayang..."

Medina memandang wajah Dariel. Dahinya berkerut melihat wajah Dariel yang seakan menjadi kucing parsi. Manja.

"Abang nak apa? Kalau pasal tadi tu, maaflah. Sepatutnya Dee bagitahu abang dulu tapi Yana doktor. Dia tahu apa perubahan Dee." tipu Medina. Takkan la dia mahu kata bahawa dia keluar pergi ke klinik. Mahu dikurung dirinya di Kuala Lumpur nanti.

"Tak pe, abang faham. Biasa la. Dia doktor kan? Mesti la dia tahu. Abang syukur yang sayang sudi mengandung anak abang. Tak sangka dia lagi datang cepat dari abang jangka."

Medina menepuk lengan Dariel. Matanya menjeling wajah Dariel yang jelas nakal.

"Dee pun tak sangka, dia datang cepat dari Dee jangka. Tapi dah rezeki nak buat macam mana kan? Nasib la Darren dengan Dhea jadi kakak abang." perutnya yang masih kempis diusap perlahan.

Dariel turut sama melakukan perkara seperti Medina. Rasa teruja menyapa dirinya. Inikah perasaan seorang lelaki saat sang isteri diberitahu bahawa dia sedang mengandung zuriatnya?

"Abang?"

Dariel mengangkat wajahnya. Bibir mengukir senyum nipis.

"Kenapa?"

"Abang rasa... Ibu terima tak, cucu yang Dee kandung ni? Ya la, ibu kan tak tahu yang kita dah rujuk semula. Jadi, Dee risau kalau ibu serang Dee." Awal-awal lagi dia sudah fikir perkara negatif. Walaupun doktor ada pesan untuk tidak memikirkannya.

Dariel senyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Medina. Ibunya. Puan Rahimah, dia tahu ibunya takkan terima cucu dari rahim Medina. Tapi ini adalah zuriatnya. Sama seperti Darren. Anak yang bakal berbin dengan namanya.

"Amboi, dua mempelai ni pun. Kalau nak lebih-lebih, aku boleh bagi bilik untuk teruskan. Mana tahu rezeki kembar ke? Bilik pun banyak kosong," usik Ilyana.

"Hang tak payah gedik nak offer bilik dekat dorang. Hang tu sepatutnya usaha mengandung sama. Jangan nak fikir kerja. Ingat sikit umur hang tu dah tua. Sepatutnya ada dua anak macam Yara ni hah, baru senang hidup bila tua nanti." itu dia Mak Long Ecah apabila perli anaknya sendiri.

Ilyana mencebik. Manakala Medina dan Dariel terkekeh ketawakan Ilyana. Nak usik orang tapi dia pula terkena usikan.

"Mak ni, sahaja nak buat malu orang kan? Mentang la Yara mengandung, terus abaikan kami yang baru kahwin semalam."

"Takat kamu baru kahwin. Apa mak nak hairan kan sangat. Nanti kamu dah mengandung macam Yara ni, tau la kamu rimas bila mak banyak bebel kat kamu."

Ilyana mencebik. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Dari dia bertekak dengan maknya. Baik dia duduk di dalam bilik. Rehat pun dapat.

To be continued...

My bad. Sorry if nampak hambar sebab toada idea tapi nak update jugak. Gi mana tu? Hehehe, keep vote n support okay ♥️ bye ~~~

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now