L || 66

25.4K 1.5K 95
                                    


MEDINA termenung memandang kawasan perumahan elit itu. Meski perumahan itu agak sunyi namun tetap sukar untuk dia menenangkan diri memandangkan kejadian tadi bermain di fikirannya. Dia pun tak faham akan kehendak Puan Rahimah yang mahu siapa menjadi isteri Dariel?

Anna atau Alya?

Medina tersentak apabila terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Terasa tangan yang memeluknya sedikit kasar membuatkan dia tahu, tiada siapa di dalam bilik ini melainkan dirinya dan Dariel.

"Fikir apa? Abang perasaan, akhir-akhir ni sayang suka termenung. Kenapa? Ada masalah?" soal Dariel lembut di tepi telinga Medina.

Medina melepaskan tangan Dariel dari pinggangnya. Dia berbalik tubuhnya menghadap Dariel. Tangannya melilit pada leher Dariel. Dariel mengukir senyum. Pantas dia mengucup lembut bibir Medina.

"Abang!" terkejut Medina apabila Dariel mengucupnya.

"Apa?" Dariel membalas tenang.

"Ish, abang jahat." Medina menepuk perlahan dada Dariel.

Dariel ketawa. Tangannya memeluk tubuh Medina. Mereka berpelukan.

"Masih merajuk?" Dariel bersuara.

Median mengangkat wajahnya. Dahinya berkerut.

"Apa maksud abang yang Dee masih merajuk?"

"Ya la, sejak Dariel dan Dhea keluar dengan Lya, pagi tadi. Sayang diam je. Makan pun tak, kenapa? Merajuk dengan anak-anak ke, sebab Lya bawa dorang keluar?" tebak Dariel.

Medina diam. Dia memikirkan apa yang bermain di mindanya. Dia merajuk dengan Dariel atau anak-anak? Tapi kalau ikutkan kedua-duanya boleh dikatakan sama. Ya la, ibu mana je suka anak-anak mereka keluar bersama orang yang baru mereka kenal.

"Kalau nak tahu, Alya tu dah kahwin." ujar Dariel.

Bulat mata Medina. Matanya memandang wajah Dariel. Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Kahwin?

"A.. lya dah kahwin? Mana abang tahu? Abang jangan nak tipu Dee eh. Mentang - mentang la, ibu suka Alya. Abang nak reka cerita dekat Dee yang Alya dah kahwin. Abang jangan... Tak pasal ibu serang Dee tau." Medina riak wajah menahan amarahnya.

Dariel yang melihat riak Medina mengukir senyum.

"Ish, betul la abang cakap. Alya dah kahwin. Baru seminggu dia dengan suami kahwin. Lagipun, dia pun tak minat dekat abang la." kata Dariel.

Medina memandang wajah Dariel. Matanya berkelip seakan tidak percaya. Takkan la...

"Haih, sayang tak percaya lagi ni. Kejap, abang tunjuk gambar. Ini bukti tau." Dariel segera mengeluarkan telefon pintarnya.

Gambar yang dihantar oleh seseorang dibuka lalu memberi telefonnya kepada Medina. Medina segera mengambil telefon pintar Dariel. Matanya seakan tak percaya apabila melihat gambar perkahwinan itu. Memang betul, Alya sudah berkahwin dan lelaki itu...

"Suami dia yang call abang malam masa kita dapat tahu perbualan Alya dengan ibu. Sebenarnya, tu rancangan Alya dan Darren."

Terlopong mulut Medina mendengar perjelasan Dariel. Seakan tak percaya yang suami Alya merupakan CEO NZ Holding.

"Tapi... Kenapa perkahwinan mereka tak tersebar? Ya la, suami dia kan CEO terkenal. Takkan la tak de berita tentang perkahwinan mereka?" soal Medina.

Ya, mana mungkin tiada berita tentang CEO terkenal itu bersama Alya. Tambahan, syarikat yang suami Alya kerja merupakan syarikat kedua terkenal di Malaysia. Jadi, wajar la kalau perkahwinan mereka tersebar dan terkenal.

Dariel mengukir senyum. Tubuh Medina dipeluknya erat. Dagunya mendarat pada bahu Medina.

"Sebenarnya, perkahwinan dorang dah tersebar lama cuma berita tu sekejap je then senyap. Sebab tu, kebanyakkan tak tahu tentang perkahwinan mereka. Lagipun, dorang buat majlis perkahwinan dekat Ipoh sebab keluarga Alya dekat sana. Minggu depan, baru mereka sanding dekat KL. Itu yang ramai tak tahu yang mereka dah kahwin."

Medina mengangguk kepala faham. Matanya masih melihat gambar perkahwinan Alya dan suaminya. Ehek! Kacak pula suami Alya bila tengok lama-lama.

"Aip, tengok gambar suami orang kenapa? Suami sendiri ada. Kenapa nak tengok suami orang? Ni nak cemburu ni," cebik Dariel lalu rampas laju telefon miliknya dari Medina.

Medina menjeling manja kepada Dariel. Eh-eh nak cemburu pula. Dia yang tak bagitahu tentang Alya tu kenapa? Kan dia dah salah sangka pada gadis itu.

"Tapikan abang, kenapa Alya nak tolong Darren? Ya la, dia sepatutnya tak masuk campur tentang keluarga kita kan?" soal Medina. Dia juga tertanya kenapa Alya mahu tolong mereka sedangkan boleh sahaja gadis itu tidak masuk campur. Bahkan gadis itu merupakan orang luar dari keluarga mereka.

"Kalau ikut kata Ameer, Darren yang minta Alya dan Ameer tolong dia. Katanya, tak nak ibu terikut sangat dengan taksubkan anak lelaki."

Medina berkerut dahi pelik.

"Habis sekarang?"

"Entah, abang pun tak tahu apa yang anak sayang fikirkan dalam fikiran dia." katanya merujuk kepada Dariel.

Medina membisu. Namun dalam masa yang sama dia bangga pada Darren kerana mahu menolong mereka meski apa yang dia lakukan adalah salah.

To be continued...

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now