BERKERUT dahi Medina melihat wajah Dariel yang asyik termenung sejak mereka pulang dari butik pengantin tadi. Bahkan Anna juga menghantar mesej kepadanya bahawa dia dan Aden akan tarik diri dan bakal berangkat ke London dalam masa terdekat.
"Sayang..."
"Huh? Kenapa?" soal Medina. Terkejutnya apabila Dariel memanggilnya.
Dariel mengukir senyum. Dia menarik tangan Medina supaya duduk dengannya. Rambut Medina dimainnya lalu tangannya turun ke perut Medina yang kian membesar.
"Anak papa okay? Ada nakal tak hari ini?" soal Dariel. Telingannya di dekatkan pada perut Medina.
Medina bingung. Namun di tetap menjawab pertanyaan Dariel kepada anak mereka.
"Baik je, papa. Tak nakal pun, abang Arren dengan kakak Dhea pun ada teman saya main." jawab Medina.
Dariel mengangkat kepalanya dari perut Medina. Matanya memandang wajah Medina lalu dia melabuhkan kucupan ringkas pada dahi Medina.
"Abang... Kenapa ni?" Medina bingung. Gusar dia dengan reaksi Dariel yang tiba-tiba cium dan berbual dengan anaknya. Meski selalu Dariel melakukan perkara itu namun hari ini terasa berbeza.
Dariel senyum. Tangan isterinya dicapai lalu dikucupnya.
"Abang nak minta maaf,"
Medina mengerut dahinya. Eh, dah kenapa pula suaminya nak minta maaf?
"Tapi kenapa?"
Dariel tidak menjawab. Tangannya genggam erat tangan Medina. Medina yang melihat perilaku Dariel sedikit sebanyak timbul rasa risau pada dirinya.
"Abang nak tinggalkan Dee ke?"
Dariel kaku. Tinggalkan Medina? Tak. Tak pernah terlintas dalam fikirannya mahu tinggalkan Medina. Sebab apa, untuk dia tinggalkan Medina. Wanita itu tidak melakukan kesalahan padanya tapi dia. Dia yang banyak lukakan hati Medina.
"Tak. Abang tak pernah ada niat nak tinggalkan sayang. Abang cuma nak minta maaf. Sebab..."
"Sebab abang rasa bersalah?" duga Medina.
Dariel mengangkat wajah memandang Medina. Medina mengukir senyum. Tak sangka dia bahawa suaminya bersikap pelik kerana rasa bersalah padanya.
Ya, dia akui walaupun Puan Rahimah melakukan kejahatan kepadanya. Tidak pernah sekalipun dia simpan dalam hati. Bahkan dia gembira bersama Dariel.
"Abang... Kalau pasal ibu, jangan la risau. Dee tak ambil hati pun. Mungkin ibu nak beri kebahagiaan selayaknya pada abang?"
Dariel diam. Matanya memandang wajah Medina.
"Abang dengan Anna dah buat keputusan untuk batalkan segalanya. Mungkin apa yang Alya cakap ada betul. Kita sepatutnya jaga ibu. Bukannya menambahkan masalah kepada ibu." ujar Dariel.
Medina mengerut dahi pelik. Dia tidak faham.
"Maksud abang? Apa yang Alya cakap sampai abang berubah macam ni?" pelik Medina melihat Dariel. Seakan ada sesuatu bermain di fikiran suaminya hingga cakap benda yang tidak sepatutnya.
Dariel menggeleng kepalanya. Dia memandang wajah Medina. Mungkin betul kata Alya. Dia mungkin suami kepada Medina tapi dia tak pernah nampak kesedihan pada Medina. Dia seakan gagal menjadi seorang suami bahkan seorang ayah yang sepatutnya memberi kasih sayang kepada anak-anaknya.
"Mungkin selama ni, abang selalu terdesak Dee untuk berkahwin semula dengan abang. Abang tak pernah tahu apa perasaan Dee pada abang. Abang silap, abang sepatutnya tanya tentang Dee. Arren, abang rasa macam abang gagal jadi seorang ayah yang terbaik untuk dia. Abang... Abang gagal," Dariel menunduk kepalanya.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !