L || 42

30.5K 1.6K 38
                                    

"WHAT! Kau mengandung?" Medina pantas menutup mulut Ilyana dengan tapak tangannya. Bebola matanya lilau mencari sesiapa yang berada di kawasan itu. Walaupun mereka di belakang namun jeritan Ilyana tadi mampu mengejutkan semua orang yang berada di dalam rumah.

Ilyana menepis tangan Medina. Dia memandang Medina dengan riak tak percaya. Takkan secepat ini sepupunya mengandung?

"Kau biar betul, Yara. Cepat betul kau mengandung." ujar Ilyana. Nada suaranya seakan tak percaya. Walaupun dia doktor tapi dia bukannya doktor sakit puan. Jadi, sukar untuk dia ketahui kandungan Medina.

"Ya. Aku mengandung. Aku dah check klinik sebelum datang sini tadi. Aku pregnant dua bulan. Takkan la aku nak main-main pulak." Medina mengeluh panjang. Sukar untuk dia percaya bahaya dia sedang mengandung. Dia ingat pregnancy test yang dibawanya pagi tadi hanya la mainan namun selepas check di klinik. Memang sah dia mengandung.

"Dariel tahu?" Medina menggeleng kepalanya.

"Tak. Dia tak tahu. Aku pergi klinik tadi pun, dia tak tahu." jelas Medina.

Ilyana mengurut pelipisnya. Susah untuk dia percaya dengan keadaan sekarang. Lagi-lagi sepupunya sedang mengandung.

"Kau tak nak bagitahu dia ke?" soal Ilyana.

Medina memandang wajah Ilyana. Kalau ikut hatinya sekarang, memang dia mahu beritahu tapi,

"Yana! Yara! Buat apa kat belakang tu oi! Mari la, masuk. Sejuk lauk ni nanti!" jeritan Mak Long Ecah merangkap ibu kandung kepada Ilyana menyentak mereka berdua untuk terus berbual.

"Ya, mak! Kejap," Ilyana membalas jeritan maknya.

Yakin Mak Long Ecah tiada di situ. Ilyana memandang wajah Medina. Dia tahu Medina mahu jujur dengan Dariel namun kerana mereka berdua berkahwin tanpa persetujuan ibu kepada Dariel pasti akan berlaku sesuatu pada masa akan datang.

"Aku tak tahu nak nasihat apa, tapi apa yang aku boleh cakap. Better kau jujur dengan Dariel. Aku bukan apa, risau apa-apa berlaku sekurangnya Dariel tahu kau mengandung." nasihat Ilyana.

Medina terdiam. Matanya memandang wajah Ilyana yang risau akan keadaannya.

USAI makan tengahari bersama, Dariel mengambil keputusan untuk melepak di pangkin rumah Mak Long Ecah. Medina pula sudah di bawa lari oleh Mak Long Ecah mahu berbual bersama anak saudaranya setelah bertahun meninggalkan kampung.

Kejadian semalam mengingatkan dia akan dugaan Medina selama lima tahun. Tika wanita itu jatuh, tiada siapa ada bersama wanita itu untuk bangkit malah wanita itu kuat bangun bersama anak yang di kandung.

"Jauh menung, bang?" tegur Ilyira.

Dariel mengangkat wajah melihat figura yang menegurnya. Bibir mengukir senyum nipis.

"Tak de la jauh mana. Ingat dekat isteri abang je. Ni Yira duduk sini tak tolong mak dekat dapur ke?" soal Dariel. Cuba beramah mesra dengan adik sepupu isterinya.

Ilyira mencebik. Dengan selamba dia duduk di sisi Dariel. Dariel yang terkejut dengan Ilyira terus menginjak jauh sedikit dari Ilyira. Dia tak mahu Medina salah faham akan kedudukannya.

"Eh, yang abang duduk jauh kenapa?" soal Ilyira pelik.

Dariel tarik senyum.

"Ikut suka dia la nak duduk mana pun, yang kau sibuk kenapa? Dia dah ada isteri. Jadi wajar la kalau dia nak duduk jauh dari kau pun," Ilyira menjeling kakaknya dengan pandangan menyampah.

"Orang tanya abang Riel, bukannya Kak Chik. Yang akak sibuk kenapa?" cebik Ilyira.

"Eh, kau... Sedar la sikit yang Dariel tu sikit pun tak ingin dengan kau la. Dari dia layan kau, baik dia layan isteri dia." hambur Ilyana. Bukannya dia tak kenal perangai adik perempuannya ini.

Pantang jumpa lelaki kacak pasti ada sahaja niatnya mahu masuk jarum. Tak kira la kahwin atau bujang pasti dia akan masuk jarum.

"Ish, Kak Chik ni. Memang tak boleh tengok orang senang kan? Patut la kahwin lambat." Ilyira bangun beredar dari situ.

Ilyana yang mahu menarik rambut adiknya terhalang oleh suaminya, Harraz. Nasib suaminya ada. Kalau tak, memang dia siku adiknya itu.

Medina yang baru naik ke ruang atas pelik melihat wajah Ilyana seakan bengang dengan sesuatu. Pandangan matanya memandang wajah Harraz namun Harraz berpaling wajah ke arah Dariel.

"Apa jadi?" soal Medina. Kaki melangkah ke arah Dariel lalu melabuhkan punggung di situ.

Ilyana menghela nafasnya perlahan lalu melabuhkan punggung di sofa berangkai dua yang terdapat di ruang tamu itu. Suaminya, Harraz turut duduk bersamanya.

"Yira tadi. Dia kacau laki kau. Kau pun satu, dah tahu nak sembang dengan mak aku. Bawa sekali si Dariel ni, karang tak pasal merajuk cemburu sebab salah faham."

Medina memandang wajah Dariel. Lelaki itu seakan tenang walaupun tadi dia agak terkejut dengan tindakan Ilyira kepadanya.

"Habis, mana Yira?" soal Medina. Matanya melilau mencari figura adik sepupunya.

"Yang kau tanya Yira kenapa? Tak payah fikir pasal dia. Kalau dah merenyam memang merenyam. Dulu, cucu si Nek Yah. Hari ini, Dariel. Esok lusa siapa pulak? Laki aku?" ujar Ilyana melepaskan geramnya. Walaupun adiknya tiada di hadapan matanya. Dia tetap rasa geram dengan tindakan adiknya beberapa minit lalu.

Medina senyum. Kepala digeleng perlahan. Emosi Ilyana mengalahkan dirinya yang sedang mengandung. Medina mengerling ke sisi. Wajah Dariel dipandang.

"Abang okay?" soal Medina.

Dariel senyum lalu mengangguk kepalanya.

"Abang okay. Sayang okay? Tadi masa makan tengahari tadi sikit je makan. Risau abang, tapi mak long cakap sayang kena buat orang? Ada orang cuba santau sayang ke?" soal Dariel bingung.

Dia sendiri tak faham maksud buatan orang. Medina yang mendengar soalan Dariel hanya senyum nipis. Siapa sangka rahsia yang ingin dia simpan. Akhirnya terkantoi oleh ibu saudaranya. Betul la orang kata, pandangan orang tua ini tajam berbanding orang muda.

"Dee okay. Biasa la, mengandung kan? Penat sikit." tanpa sedar Medina sudah terlepas kata kunci rahsianya.

Ilyana memandang ke arah Medina. Begitu juga dengan Harraz dan Dariel. Mereka seakan terkejut walaupun Ilyana sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

"Hah? Apa maksud sayang?" soal Dariel ingin kepastian. Dia dengar Medina cakap sesuatu namun tidak jelas.

Medina bingung. Matanya beralih ke arah Ilyana yang seakan terkejut dengan dirinya. Dia menjungkit kening tanda mengapa.

"Kau jujur je la, Yara. Kau dah terlepas cakap dah pun," ujar Ilyana. Dia pun malas mahu berdalih dengan Dariel. Tambah pula dengan Medina memberitahu perkara sebenar. Lebih baik, lelaki itu mengetahui perkara itu dari Medina berbanding mulut orang lain.

"Betul ke, sayang? Sayang mengandung?" soal Dariel teruja.

Medina berpaling memandang wajah Dariel. Bibir mengukir senyum. Melihat wajah Dariel yang teruja membuatkan Medina rasa Dariel layak mengetahui nyawa yang sedang di kandung.

"Ya, Dee mengandung. Dua bulan."

Lebar bibir Dariel mendengar usia anaknya. Tanpa berkata apa-apa terus dia menarik tubuh Medina ke dalam dakapannya. Sungguh, dia sendiri pun terkejut dengan kehadiran nyawa di dalam rahim Medina.

To be continued...

My bad.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now