"AKU tak gila! Faham tak? Kenapa Kiem nak juga ibu dengar cakap Alya? Dia yang gila. Dia yang tak sedar diri. Ibu tak sakit. Ibu sihat. Tengok, ibu okay. Kamu jangan la dengar cakap orang. Dengar cakap ibu je, hujung minggu ni kamu dengan Anna nak kahwinkan? Ha, fikir pasal tu je. Tak payah fikir pasal ibu. Ibu okay, kalau Kiem kahwin dengan Anna." ujar Puan Rahimah. Bibirnya mengukir senyum.
Dulang hantaran Dariel digubahnya. Dia tak nak melewatkan kerja. Beberapa hari lagi, dia bakal sambut Anna sebagai menantunya. Ah, tak sabarnya.
Dariel mengeluh kesal. Kini baru dia faham kenapa Alya memintanya untuk bawa ibunya berjumpa doktor. Tak sedarkah ibunya akan perkahwinannya dan Anna sudah terbatal, kerana tidak mahu mengikut permainan Puan Rahimah. Anna menarik diri dan bakal ke London bersama Aden.
"Ibu... Dengar, Alya tak de kaitan pun dalam hal ni. Dia tak kisah pun kalau ibu tak nak dengar cakap dia tapi Kiem... Kiem yang nak ibu jumpa doktor." pujuknya lembut.
Puan Rahimah memandang wajah Dariel. Bibirnya dicebik sengaja.
"Tipu. Kalau betul, Kiem sayang ibu. Kiem takkan pujuk ibu jumpa doktor. Ibu tak gila. Ibu sihat."
Buat sekian kalinya, Dariel mengeluh kasar. Sudah buntut fikirannya mahu memujuk Puan Rahimah berjumpa doktor. Medina yang dari tadi memerhati pujuk rayu Dariel kepada Puan Rahimah mulai kasihan. Dia juga kasihan akan kesihatan Puan Rahimah.
"Assalammualaikum,"
"Atuk!" Darren dan Dhea berlari menyambut kepulangan Tuan Syed Aziz. Mereka serentak memeluk tubuh Tuan Syed Aziz.
"Cucu atuk. Sihat?" soal Tuan Syed Aziz.
"Sihat. Atuk pergi mana sebelum ni, Arren dengan Dhea rindu atuk." ujar Darren. Dhea mengangguk kepala setuju dengan bicara abangnya.
Tuan Syed Aziz hanya mengukir senyum. Dia berpaling memandang isterinya yang berdiri di belakangnya.
"Eh, ada tetamu la." ujar Dhea.
"Dhea, Darren salam nenek." arah Tuan Syed Aziz.
Mereka berdua hanya akur. Tangan mereka bersalaman dengan Puan Rosnah. Puan Rosnah mengukir senyum nipis.
"Abah, Umi." Dariel melangkah dekat. Tangan Tuan Syed Aziz dicapai lalu di kucupnya lembut. Begitu juga dengan Puan Rosnah.
"Dee,"
"Abah." Medina memeluk tubuh Tuan Syed Aziz lalu beralih ke arah Puan Rosnah. Mereka berdua saling membalas senyuman.
"Ibu kamu macam mana? Okay?" soal Tuan Syed Aziz. Dari jauh dia nampak isterinya khusyuk mengubah dulang hantaran Dariel meski perkahwinan itu sudah terbatal.
Dariel mengeluh. Dia juga memandang ke arah Puan Rahimah.
"Macam tu la, bah. Puas Kiem pujuk jumpa doktor tapi ibu tak nak. Ibu kata dia sihat." kata Dariel.
Tuan Syed Aziz mengukir senyum nipis. Tak sangka dia bahawa isterinya miliki despresi yang tidak diketahui ramai. Mungkin salahnya juga kerana tidak ambil peduli tentang isterinya.
"Abang... Abang balik ke? Abang... Imah rindu abang." Puan Rahimah mengukir senyum. Kakinya laju melangkah ke arah Tuan Syed Aziz.
"Imah..."
"Imah rindu abang, abang pergi mana? Lama Imah tunggu abang," ujar Puan Rahimah. Dia memeluk tubuh Tuan Syed Aziz.
Tuan Syed Aziz seakan kaku di dalam pelukan Puan Rahimah. Sudah bertahun dia dan Puan Rahimah rapat sebegini. Kali terakhir pun tika umur Dariel menginjak 13 tahun.
"Imah... Abang, abang sibuk. Maafkan abang ya." ujar Tuan Syed Aziz. Dia pernah terbaca satu artikel di mana jika seseorang mengalami kemurungan atau depresi mengatakan sesuatu yang pelik atau sebaliknya. Mereka harus hati-hati dalam percakapan.
Dariel dan Medina berpandangan. Mereka memandang Puan Rosnah yang seakan kekok melihat Puan Rahimah dan Tuan Syed Aziz berpelukan. Namun dia tidak kisah kerana itu adalah kehendaknya yang setuju berkahwin dengan Tuan Syed Aziz sebagai isteri kedua.
"Erkk, ibu, abah? Apa kata kita duduk dekat sofa? Boleh kita berbual sekali, dah lama rasanya kita tak sembang macam satu keluarga?" cadang Dariel. Dia memandang Medina.
"Kalau macam tu, ibu dengan abah duduk dulu. Dee pergi buat air kejap. Arren dan Dhea ikut mama okay." Medina terlebih dahulu melangkah pergi. Dia memandang anak-anaknya agar mengekorinya.
"Mama, Arren nak jus oren boleh?" pinta Darren. Dia segera tarik tangan Dhea mengekorinya dan Medina.
"Boleh, Dhea?"
"Milo ais. Dhea nak mama buat. Mama buat sedap," puji Dhea.
"Boleh, sayang. Kita buat sama-sama okay."
"Yeay!"
Puan Rahimah melepaskan pelukan. Dia tersenyum melihat wajah suaminya. Tangannya mengelus lembut wajah suaminya.
"Jom, bang. Kita duduk dekat sana. Kiem pun sekali. Dah lama rasanya, kita tak berbual bersama." ajak Puan Rahimah.
Tuan Syed Aziz memandang wajah Dariel lalu beraloh ke arah Puan Rosnah. Puan Rosnah hanya mengukir senyum. Dia mengangguk kepala dan berkata,
"Abang pergi lah. Ros nak ke dapur, teman Dee."
Yakin dengan isteri keduanya, Tuan Syed Aziz melangkah mengikut Puan Rahimah. Dariel yang berada di situ memandang wajah Puan Rosnah.
"Umi okay?"
Puan Rosnah memandang wajah kacak anak tirinya. Bibir mengukir senyum.
"Umi okay. Kamu pergi la berbual dengan ibu dan abah kamu. Umi nak teman Dee kejap." bahu Dariel ditepuknya perlahan. Sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Dariel memandang pemergian Puan Rosnah. Dia akui dia juga terkejut tika Tuan Syed Aziz ingin berkahwin lagi namun dia hanyalah seorang anak. Dan permintaan abahnya juga dia tidak dapat tolak.
Dariel mengukir senyum. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu. Dia mengangkat wajah mahu melihat kemesraan Tuan Syed Aziz dan Puan Rahimah namun,
"Mati kau! Mati! Kau lelaki tak guna! Tak cukup seorang kau kahwin lagi seorang! Tak guna! Mati! Mati!"
"Ibu!" Dariel pantas berlari ke arah Puan Rahimah. Gunting tajam yang berada di tangan Puan Rahimah dirampas lalu memeluk tubuh ibunya yang seakan mahu menikam Tuan Syed Aziz.
Puan Rahimah gelak puas. Bibirnya mengukir senyum seakan puas akan sesuatu yang telah dia lakukan. Dia benci lelaki itu.
Medina dan Puan Rosnah yang tika itu hendak menghidang minuman juga terkejut dengan kejadian itu.
"Ya allah, abang!"
" Mak Munah! Mak Munah! Bawa Darren dan Dhea naik atas cepat!" arah Medina. Nasib anak-anaknya tidak mengekori mereka tadi. Jika tidak tak tahu la bagaimana penerimaan anaknya terhadap pembunuhan yang berlaku.
Dia memandang Puan Rosnah yang terkulai jatuh di sisinya. Sungguh dia tak sangka pengakhiran Tuan Syed Aziz begitu sadis sekali.
"Dee,"
"Mak Munah naik atas! Bawa Darren dan Dhea. Tutup mata mereka. Kunci pintu. Lepastu call polis dan ambulance. Cepat, Mak Munah." arahnya.
Dia memeluk erat tubuh Puan Rosnah. Matanya juga sempat memandang wajah Tuan Syed Aziz yang sudah mati akibat tikaman manakala Dariel cuba menghalang Puan Rahimah dari menikam Tuan Syed Aziz.
To be continued...
Happy ending or sad ending?
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Любовные романы• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !