PANG!
"Kau siapa nak rapat dengan cucu aku hah? Dasar penculik! Kau tak layak la nak culik cucu aku!" tempik Puan Rahimah kuat.
Semua tetamu yang berada di deqan itu seakan terkejut dengan tempikan dan tamparan Puan Rahimah kepada gadis itu.
Alya mengangkat wajahnya dengan berani. Bibirnya yang berdarah langsung tidak dihiraunya. Sakit? Huh, tipu la kalau dia tak rasa sakit. Sedangkan keluarganya pun tak pernah tamparnya sebegitu teruk.
"Nenek yang gila! Kenapa nenek tampar aunty Lya! Aunty Lya baik dengan Arren! Dia bukan nak culik Arren!" kuat suara Darren membalas tempikan Puan Rahimah.
Bulat mata Puan Rahimah mendengar suara Darren membalas tempikannya. Matanya memandang wajah Alya yang seakan mengejeknya.
"Kau... Kau ajar Arren tengking aku ke hah?!" Puan Rahimah yang seakan tidak sedar datang menerpa ke arah Alya.
Belum sempat Puan Rahimah mahu menerpa ke arah Alya. Ada satu tangan menghalangnya untuk melakukan sesuatu kepada perempuan itu. Wajahnya berpaling memandang ke sisi.
"Don't you ever touch her," bisiknya pada tepi telinga Puan Rahimah lalu melepaskan lengan Puan Rahimah dengan kasar.
Kakinya melangkah ke arah Alya. Bibir yang berdarah di tepi gadis itu dilihatnya.
"Sakit?" soalnya.
Alya memandang lelaki itu dengan pandangan yang tidak terduga, yang hanya difahami oleh mereka berdua.
"Rahimah, apa you cuba buat ini? You nak musnahkan majlis ini ke? Kalau ya pun marah pada diri jangan libatkan orang lain. Ini apa I nak jawab dengan Puan Sri Suraya? Bila dia tahu anak perempuan dia kena tampar dengan you?" tegur rakannya yang mungkin mengenali siapa perempuan yang rapat dengan Darren.
Puan Rahimah memandang wajah rakannya. Matanya seakan tidak percaya dengan kata-kata rakannya. Anak perempuan Puan Sri Suraya? Bukankah, Puan Sri Suraya hanya miliki dua anak lelaki? Bagaimana Datin Suraya boleh ada anak perempuan pulak?
"Tuan, Puan Sri Suraya dan Tan Sri Nazri dah tiba." celah seorang pekerja di dewan itu.
Puan Rahimah seakan terkejut. Matanya memandang wajah lelaki itu. Seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jadi...
"Aunty Lya... Arren minta maaf. Arren tak sangka yang nenek..." Darren menunduk tunduk meminta maaf.
"Hey-hey, boy. You tak buat salah pun. Uncle nampak you good boy duduk dengan aunty tadi. Kalau Arren tak kisah, Arren duduk dengan uncle dan aunty nak?" soal lelaki itu kepada Darren.
Darren memandang wajah Puan Rahimah lalu memaling memandang wajah Anna dan bersilih ganti dengan wajah Alya dan lelaki yag baru menegurnya.
"Uncle tak kisah?"
"Kalau Arren okay? Uncle okay." balas lelaki itu.
Darren tidak memandang wajah Puan Rahimah terus dia memeluk tubuh Alya. Alya terkejut namun dia mengukir senyum.
"Maafkan Arren."
"It's okay. Aunty okay. Jom, kita duduk dekat sana." ajak Alya. Mereka terus berlalu ke meja vvip.
Puan Rahimah dan Anna seakan kejung malah lebih mengejutkan adalah mangsa tamparan Puan Rahimah tadi merupakan anak perempuan Datin Suraya. Siapa sahaja tak kenal Datin Suraya? Isteri kepada pemilik NZ Holding.
"Aunty... Apa kita nak buat ni?" gusar Anna. Dia bukan risau akan Darren tapi Puan Rahimah. Buatnya salah satu NZ Holding membatalkan perjanjian mereka dengan syarikat Dariel bagaimana?
"Kamu jangan risau. Aunty tahu apa yang aunty cuba lakukan. Biar la, dia duduk dengan perempuan tu. Dia tak ke mana pun," tenang sahaja Puan Rahimah berkata.
Anna memandang Puan Rahimah seakan tak percaya. Huh, semudah itu sahaja wanita itu membiarkan Darren bersama orang lain. Dari jauh, Anna nampak Darren rapat dengan gadis itu.
PUAN Rahimah melangkah masuk ke bilik air. Bibir mengukir senyum. Dia melangkah dekat ke arah gadis yang rapat dengan cucunya. Dengan tenang dia berdiri di sisi gadis itu.
"Aunty nak minta maaf pasal tadi,"
Alya yang sedang cuci tangan terkejut dengan teguran itu. Wajahnya diangkat memandang suara yang meminta maaf kepadanya.
"Kenapa Puan nak minta maaf dekat saya?" soalnya.
Puan Rahimah memandang wajah gadis di hadapannya. Cantik! Patut la ramai rakannya mahu menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak angkat perempuan Puan Sri Suraya. Kini, baru dia faham kenapa gadis itu mendapat pangkat anak perempuan Datin Suraya.
"Ermm, kan aunty dah tampar Lya. Jadi, aunty nak minta maaf. Aunty cepat buruk sangka pada Lya." luahnya.
Alya senyum. Seakan tidak terkesan dengan kejadian yang berlaku tadi.
"Ouh, terima kasih tapi aunty tak sepatutnya buat macam tu dekat Lya. Aunty bernasib baik dapat Lya. Kalau perempuan lain, mungkin dah buat report tentang aunty."
Bulat mata Puan Rahimah mendengar perkataan report. Alya yang melihat reaksi Puan Rahimah seakan tenang memandang wajah itu.
"Haah kan, nasib aunty jumpa Lya. Kalau tak, habis la aunty kena marah dengan anak lelaki aunty. Tapi aunty nak tanya kamu dengan anak lelaki Datin Suraya ada apa-apa ke? Rapat semacam je aunty tengok."
Alya ketawa. Dia yakin pasti Puan Rahimah bertanya kepada sesiapa tentang perihalnya sebagai anak perempuan Datin Suraya.
"Saya dengan dia takde apa-apa aunty. Dia cuma jaga saya sebagai seorang adik. Tak lebih." masih merahsia hubungannyan dengan lelaki tadi.
"Tapi aunty pelik, sebab dia bagi amaran dekat aunty macam dia suka Lya." balasnya.
"Ish, apa aunty ni. Mana ada. Lya single and available. Lagipun, Lya dengan Ameer mana sama taraf. Kami berbeza."
"Maksud Lya?"
"Lya ni anak orang biasa-biasa je. Mana mampu nak berganding dengan Ameer yang berjaya."
"Eh, haah la." Puan Rahimah seakan sedar sesuatu. Betul jugak kata Alya, tarafnya dengan anak lelaki Puan Sri Suraya berbeza. Takkan la, Puan Sri Suraya sesuka hati mahu mengambil Alya sebagai menantu perempuannya? Sedangkan sebelum ini pun menantu perempuan sulungnya juga sama taraf dengannya.
"Eh, lama pula dekat sini. Lya pergi dulu. Nanti mama cari pulak,"
"Ermm, kalau Lya tak kisah? Boleh aunty nak kenal rapat dengan Lya? Mana la tahu, Lya jodoh dengan anak aunty ke?"
"Ish, apa aunty merepek ni. Tak nak la, Lya. Lagipun, Lya selesa macam ni, single."
"Haih, rugi la Lya. Takkan tak nak kahwin. Mana tahu ada anak comel macam Darren ke?" puji Puan Rahimah.
Alya mengukir senyum. Tipu la siapa tak mahu anak seperti Darren namun dia masih sedar akan status ayah Darren dan dia tak semudah itu untuk ditipu.
Tanpa Puan Rahimah sedar, ada seseorang mendengar segalanya. Telefon pintar yang merekodkan segala perbualan Alya bersama Puan Rahimah dihantar kepada kumpulan perbualannya bersama Aden, Darren dan Medina.
To be continued...
My gad! Macam mana nak ending kalau perangai Puan Rahimah tak berubah? 😌
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !