WAJAHNYA yang sembap dengan air mata tidak dihiraukan lagi. Apa yang dia risau adalah dua anaknya kini dalam bilik kecemasan. Tak boleh dia bayangkan bahawa dia akan kehilangan dua anak sekaligus. Darren anak lelakinya manakala Dhea, anak tirinya yang baru sahaja mahu merasai kasih sayang seorang ibu.
Dariel memandang wajah Medina yang teresak menangis di tempat menunggu. Dia sendiri tak sangka Dhea berani menyeberangi jalan hanya kerana mahu mengikut Medina dan Darren. Kalau la, dia sedar waktu itu pasti Dhea dan Darren sedang berseronok menyambut harijadi Raees.
"Yara..."
Medina mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah lelaki yang pernah bergelar sebagai suaminya. Dia kesal. Dia kecewa kerana kecuaian lelaki itu. Kalau lelaki itu sedar pasti Dhea takkan berani menyeberangi jalan malah Darren tidak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Puas hati kau bila dah sakitkan dua orang anak aku? Kau sedar tak, kalau sayang Dhea. Kau takkan biarkan Dhea seberang jalan untuk kejar aku dan Arren, malah Darren takkan lari untuk selamatkan Dhea dari kemalangan." lemah suara Medina menutur katanya. Bibirnya mengukir senyum sinis.
"Heh, atau kau sebenarnya suka kalau Dhea dengan Darren mati kan? Kau dengan ibu kau, sama je! Tak de hati perut!" sembur Medina. Sungguh dia tak boleh berfikiran waras pada tika ini.
Dalam fikirannya hanya memikirkan Dhea dan Darren.
"Azyara..."
"Jangan sesekali pernah panggil nama tu, aku jijik tahu tak?!" kaku Dariel mendengar suara melenting Medina. Lima tahun mereka tak bersua, dia akui bekas isterinya sudah berubah malah dia tidak kenal Azyara yang lemah lembut.
"Dee!" Medina berpaling memandang figura yang memanggil namanya. Dia terus memeluk Aisya yang baru tiba di hospital. Kasihan pasangan itu, baru sahaja tiba di kampung halaman Isa. Terpaksa berpatah balik kerana Darren.
"Sya... Aku tak kuat. Arren, Arren... Ya allah, anak aku!" tangisan Medina pecah buat sekian kalinya. Walaupun sebelum ini, Darren pernah kemalangan tapi dia bersyukur kerana anaknya tidak cedera parah namun kali ini,
"Bawa bertenang. Bertenang, Dee. Kau tak boleh macam ni, Arren mesti tak nak mama dia lemah macam ni." pujuk Aisya. Dia memandang wajah Dariel dengan pandangan sukar ditafsirkan
Medina mengangkat wajahnya. Matanya tajam memandang wajah Dariel. Dia benci lelaki itu. Kalau bukan sebab Dariel, dia dan Darren pasti takkan turun ke Malaysia. Namun takdir telah tertulis, semua yang berlaku adalah kehendaknya.
"Aku tak mampu, Sya. Aku tak nak kehilangan Darren dan Dhea. Mereka nyawa aku, Sya. Tanpa mereka, aku tak rasa aku boleh hidup, Sya. Aku sayang anak-anak aku, Sya." Medina kembali mengalirkan air matanya.
Sungguh kemalangan yang berlaku dihadapannya membuatkan hatinya retak. Darren dan Dhea berpelukan sebelum sebuah kereta laju merempuh mereka berdua. Gugur jantung melihat dua anaknya terbaring lemah bersama.
Aisya mengusap perlahan belakang Medina. Dia akui dia juga turut terkesan dengan kemalangan Darren dan Dhea. Baru seminggu baik dari kemalangan bersamanya dan hari ini Darren sekali lagi terlibat dalam kemalangan malah nyawanya sedang bertarung hebat.
Dariel memandang Medina yang menangis berpelukan dengan rakannya. Dia sendiri masih kelu dengan kata-kata Medina sebentar tadi. Medina sudah menyayangi Dhea malah sanggup memperjudiskan hidupnya jika dua anaknya gagal diselamatkan.
"Allah, apa aku dah buat?" Dariel tersandar lemah di dinding hospital.
Kemalangan yang berlaku dengan pantas. Malah Linda dan Hafiey terpaksa membatalkan majlis harijadi Raees kerana Raees turut menyaksikan kemalangan sahabatnya dan sehingga kini, Raees hanya diam berkurung di dalam biliknya.
Serentak itu, pintu bilik kecemasan terkuak luas. Medina dan Aisya segera bangun. Mereka ingin tahu keadaan Darren dan Dhea, dalam bati pelbagai doa diberi kepada yang Esa untuk menyelamatkan dua insan itu.
"Doktor. Doktor, macam mana anak saya? Dia okay kan? Tak de apa-apa yang cederakan? Anak saya okay kan? Doktor, tolong la jawab. Saya..." bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada doktor.
Doktor yang menguruskan dua pesakit kemalangan tadi memandang wajah Medina dengan sayu. Dia sudah lali dengan perkara sebegini malah lebih teruk dari ini jugak dia pernah alami.
"Puan, bawak bersabar. Sabar. Saya tahu kerja saya, Puan. Apa yang saya boleh katakan dua-dua anak Puan selamat dan saya sudah pindahkan anak Puan ke wad biasa tapi..."
Medina mengucap syukur sebaik mendengar khabar itu. Sekurangnya, Dhea dan Darren selamat. Namun ayat yang tergantung membuatkan kian resah.
"Tapi kenapa doktor?" soal Aisya. Dia turut sama bersyukur dengan keadaan Darren namun hatinya mula gundah apabila doktor mengantungkan ayatnya.
"Tapi kami perlukan darah untuk menyalurkan di dalam tubuh Darren. Dia kehilangan banyak darah dan kondisinya agak lemah untuk dia kembali sedar."
Terjelupuk Medina mendengar ayat yang dilontarkan oleh Doktor. Anaknya, Darren.
Ya Allah!
"Boleh saya tahu siapa di antara ahli keluarga Puan berdarah AB positif? Saya perlukan darah AB positif." ujar Doktor itu.
Sekali lagi lemah diri Medina mendengar darah milik Darren. Dia dan Darren memang tidak sama darah tapi,
"Saya, doktor. Saya darah AB positif." sampuk satu suara.
Medina berpaling ke belakang. Begitu juga dengan Aisya.
"No! Aku tak izinkan darah kau mengalir dalam anak aku! Tak! Saya tak benarkan." Medina membantah. Tak. Dia tak mahu darah Dariel dalam tubuh Darren walaupun Dariel bapa kandung kepada Darren.
"Tapi Puan, kami memerlukan darah AB positif dengan kadar segera. Kalau lambat, anak Puan mungkin akan mati." jelas Doktor itu.
"Tak. Saya tak benarkan lelaki tu menderma darah dia untuk masuk dalam darah anak saya. Kalau bukan sebab dia, anak saya takkan bertarung nyawa dekat dalam. Tak kisah darah sesiapa pun dalam badan Darren, saya tetap tak nak darah dia dalam tubuh anak saya." Medina membentak dengan hebat. Walaupun dia risau dengan keadaan Darren. Dia tetap dengan pendiriannya.
"Dee!"
"Apa? Aku tetap tak nak darah dia mengalir dalam tubuh Darren. Setitik pun takkan!"
"Astagfiruhalazim. Dee, kau sedar tak yang kau akan melayangkan nyawa Darren kalau kau tak izinkan Dariel derma darah dia." Aisya bengang. Dia tahu Medina tak waras kerana keadaan Darren.
Medina terdiam. Ya, dia tahu dia bakal melayangkan nyawa Darren jika Dariel tidak mendermakan darah kepada Darren tapi,
"Baik, aku izinkan tapi pastikan dia jauhkan diri dari Dhea dan Darren." putusnya. Dia tak mahu kehilangan Darren, jadi mahu atau tak, dia terpaksa akur.
Dariel yang mendengar kata putus Medina menghela nafas lega. Jujur dia juga terkejut apabila Darren, darah sama dengannya. Dan dia yakin pasti ada sesuatu rahsia disimpan oleh Medina.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !