KELUHAN kecil terlepas dari bibir. Fikirannya kusut sejak semalam. Wajah budak lelaki merangkap rakan Dhea bermain di fikirannya. Dia tidak kisah kalau budak itu iras dengannya tapi senyuman itu...
Ugh!
Tak. Tak. Tak. Tak mungkin budak lelaki itu anak Azyara. Mana mungkin Azyara boleh mengandung kerana masih segar diingatannya kali terakhir Azyara buat pemeriksaan kesihatan. Tiada janin terbentuk di rahim Azyara.
Tok! Tok! Tok!
Pintu pejabat dikuak luas oleh seseorang. Dariel mengangkat wajahnya. Dengusan kasar terlepas dari bibirnya.
"Kau nak apa lagi, Anna? Aku dah cakap kau tak boleh kerja sini kan?" soal Dariel. Geram dirinya dengan Anna tak habis-habis memujuknya untuk diterima kerja.
Bukan sengaja dia tidak mahu menerima tapi abahnya yang buat keputusan untuk menolak Anna masuk ke syarikatnya. Dia tidak boleh buat apa-apa kerana syarikat ini masih dibawah tanggungjawab Tuan Syed Aziz walaupun dia yang memegang jawatan CEO.
"Alaaa, you ni... I baru nak pujuk you. You tak boleh ke, bagi I kerja dengan you. I tak nak la, kerja dengan kawan you tu. Garang. Lepastu dingin je, macam mana la isteri dia boleh tahan dengan dia. And more thing, jawatan yang dia bagi tu, langsung tak layak untuk I tau. Apa dia ingat, dia CEO. Sesuka hati nak letak I dekat bawah?" luah Anna.
Dariel senyum sinis. Walaupun dia tak terima Anna masuk ke syarikat tapi tak bermakna dia akan biarkan Anna terus mengacau dirinya. Maka, dia dengan sengaja menghantar Anna ke syarikat salah seorang rakan merangkap rakan niaganya. Huh, baru tahu langit tu tinggi ke rendah?
"You... Dengar tak apa I cakap ni! I nak kerja sini. I nak resign dari syarikat kawan you tu. Digusting you know!"
Dariel ketawa. Nak kata Anna ni bodoh rasanya gadis itu pandai kerana berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat degree tapi tu la, dia sendiri pun tak faham kenapa Anna boleh lepaskan peluang yang bernilai itu.
"You kan, Anna. Kelakar sebenarnya. I suka tapi..."
"Tapi?"
"Tapi bodoh. Sebab apa? Sebab kau dah hilang peluang keemasan kau untuk bekerja di bawah syarikat tu. Aku sendiri tertanya, punya ramai manusia yang terkejar-kejar nak kerja dekat situ. Tapi kau dengan sesenangnya nak berhenti kerja dan kalau kau nak tahu jawatan yang dia beri tu selayaknya untuk kau. Sama juga kalau kau kerja sini, situ juga kau duduk."
Anna terdiam. Apa yang dikatakan oleh Dariel ada benarnya juga. Dia tak sepatutnya lepaskan peluang untuk bekerja di bawah rakan Dariel. Malah, syarikat itu merupakan syarikat kedua terbesar di Malaysia jika mahu dibandingkan dengan syarikat Dariel yang berada di tangga kelima.
"Aku bukan nak cakap apa, sia-sia je la kau belajar sampai luar negara sana tapi lepaskan peluang kerha dekat situ. Fikirla, manusia kat luar sana banyak menganggur sebab tak dapat kerja tapi kau? Kau dengan mudahnya nak berhenti kerja sebab jawatan bodoh tu?"
Anna mencebik. Okay, kini dia mengaku kalah. Jika itu yang Dariel mahukan, dia ikutkan sahaja lagipun rakan Dariel juga sama kacak bezanya lelaki itu berstatus suami orang.
"Okay, I minta maaf. I tahu I salah, I cuma nak kerja dengan you je. I janji I takkan ungkit lagi pasal hal ini. Memandangkan you dah nasihatkan I. Jom kita,"
Dariel mengerut dahi pelik. Jom?
"Jom ke mana? I sibuk. You tak nampak ke?" Anna mencebik. Dariel dengan kesibukan dirinya memang tak boleh berpisah.
"Alaa, jom la kita pergi lunch. Jangan risau, I takkan minta you keluar sesen pun." Anna memujuk. Riak wajahnya sengaja dikesiankannya.
Dariel mengerling jam pergelangan tangannya. Dia sepatutnya kena ambik Dhea tapi...
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !