"ERMMM, abang Mika."
Darren yang sedang menyiapkan tugasannya sambil menunggu kedatangan Medina, mengangkat wajah memandang wajah Dhea. Wajahnya berkerut melihat Dhea yang seakan mahu menangis memandang ke arahnya. Sejak mama mereka memberitahu para guru bahawa mereka adik-beradik, Dhea banyak bersamanya. Kata Dhea, dia terasa dilindungi oleh seorang abang yang baik menjaganya.
"Kenapa? Dhea nak apa-apa ke?" soalnya.
Dhea diam. Matanya galak memandang wajah kacak abangnya. Baginya, abangnya dan Fayyad adalah budak lelaki paling kacak di tadika.
"Dhea?"
Dhea tersentak. Alamak! Terkantoi pulak termenung tengok abang sendiri.
"Ermm, abang dengan mama tak nak jumpa papa ke? Dhea bukan apa, Dhea cuma nak keluarga kita bersama macam keluarga Raees. Dhea nak abang dengan mama tinggal dengan Dhea. Dhea tak nak duduk rumah nenek. Nenek cubit Dhea sakit." adu Dhea sambil menggosok lengan kecilnya.
Darren memandang lengan Dhea yang jelas merah akibat cubitan. Mungkin sebelum Dhea ke sekolah neneknya cubit Dhea tanpa disedari papa dan atuk mereka.
"Sebenarnya, abang pun nak juga macam keluarga Raees tapi mama tak bersedia nak jumpa papa. Dhea ada cadangan tak?" tanya Darren.
Dhea cuba memikir cara untuk mereka berempat bersama semula. Dia yakin Medina cuba menggelak untuk bertemu dengan Dariel atas kerana kejadian lima tahun lalu, walaupun mereka masih kecil. Fikiran mereka jelas berfikir secara hadapan atau kata pendek, matang.
"Apa kata kita buat pertemuan dekat rumah Raees," sampuk seseorang.
Darren dan Dhea berpaling. Terkedu mereka melihat Raees bersama ibunya berada di situ.
"Maafkan aunty sebab menyibuk tapi aunty pun nak juga tengok Darren dengan Dhea berkeluarga macam orang lain. Aunty yakin, mama dan papa korang akan bersama." jelas Linda. Dia sebenarnya sudah dengar semua perbualan dua beradik itu kerana Raees ingin berbual bersama mereka sementara menunggu kedatangan Medina.
"Maksud aunty?"
"Hujung minggu ni, aunty dengan uncle ada buat majlis harijadi Raees dekat rumah. So..."
"Maksudnya kat sini, aunty nak mama dan papa berjumpa secara tanpa sengaja?" Dariel menembak.
Linda senyum. Tak sangka, Darren sama bijak dengan Raees malah Darren dapat tangkap sebelum dia menjelaskannya.
"Bingo! Macam mana? Setuju tak?" Linda memandang wajah dua beradik itu.
Darren dan Dhea berpandangan. Tanpa teragak-agak, mereka mengangguk kepala setuju dengan cadangan ibu Raees .
Perbualannya bersama ibu Raees beberapa hari lepas membuatkan Darren memandang wajah mamanya yang sedang memandu. Kini, mereka dalam perjalanan ke rumah Raees untuk menyambut hari jadi Raees. Sekaligus, mama dan papanya akan bertemu di rumah itu.
"Arren... Kenapa, pandang mama macam tu? Muka mama ada apa-apa ke?" soal Medina. Sebelah tangannya yang berada di stereng kereta kini naik menyentuh wajahnya. Mana tahu, ada apa-apa yang terlekat pada wajahnya sebelum mereka keluar tadi.
"Tak, mama. Tak de apa-apa pun dekat muka mama. Arren cuma terpesona sebab wajah mama cantik sangat." puji Darren.
Medina yang dengar pujian anaknya mengukir senyuman manis. Terpesona. Hahahah, dah macam ayat tiktok pulak rasanya.
"Ya la, mama cantik hari ini je. Kenapa? Sebelum ni, mama hodoh ke?" sengaja Medina menguji anaknya. Dia tahu Darren takkan mengecewakan dirinya.
"Mana ada. Mama cantik! Hari-hari mama cantik. Mama bidadari paling cantik dalam dunia tau!" puji Darren buat kali kedua.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Lãng mạn• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !