E || 53

27.5K 1.5K 36
                                    

"KIEM setuju dengan cadangan ibu."

Puan Rahimah yang tika itu sedang minum petang berseorangan. Tersentak apabila mendengar suara anak lelakinya. Pantas dia memandang wajah Dariel yang berdiri di hadapannya. Bibir mengukir senyum.

"Betul ke, dengan apa ibu dengar?" soal Puan Rahimah kepastian.

Dariel tidak menjawab. Kerusi di sebelah ibunya di tarik lalu melabuhkan punggung di situ. Cawan yang berisi air teh panas itu dihirupnya perlahan.

"Kiem, cakap sekali je ibu. Dan kalau itu apa yang ibu nak. Kiem nak letak syarat dekat ibu."

Puan Rahimah mula teruja. Dia tidak kesah kalau syarat yang di letak oleh anaknya. Janji, anaknya akan tetap mengikut majlis perkahwinan aturannya.

"Apa dia? Ibu akan ikut. Tapi mana Azyara? Setahu ibu, perempuan tu akan ikut kamu ke mana sahaja?" soal Puan Rahimah. Pelik dengan menantu yang tak layak dengan gelarannya.

"Kenapa ibu nak sibuk? Bukan itu, yang ibu nak? Biar dia sakit dan lupakan Dariel?" Puan Rahimah tergamam.

Tak sangka pula, anaknya boleh berkata begitu. Bukankah mereka cinta satu sama lain?

"Ha? Tak la. Ibu tanya je. Ya la, kamu kan suka bela dia sejak akhir ni. Minggu lepas pun, kamu marahkan ibu sebab tolak dia kan?"

"Kiem datang sini cuma nak sampaikan apa yang Kiem patut lakukan dan Kiem nak ibu ikut syarat Kiem tu je. Kalau ibu rasa ibu tak boleh ikut. Tak pe, Kiem takkan jejak lagi ke sini." Dariel pantas bangun dari duduknya.

Dia mahu lihat sejauh mana ibunya, Puan Rahimah sanggup mempertahankan dirinya.

"Eh, jangan! Ibu dah cukup syukur yang kamu nak ikut apa yang ibu pinta. Jadi, apa syaratnya. Kalau tak keberatan, ibu akan ikut. Janji kamu tetap kahwin dengan Anna."

Dariel mengukir senyum sinis. Dia kembali duduk di tempatnya. Dia berdehem perlahan.

"Ibu yakin, ibu boleh ikut syarat, Kiem?" soal Dariel.

Tanpa ragu-ragu Puan Rahimah mengangguk kepalanya. Tangannya mencapai tangan kekar Dariel.

"Ibu akan lakukan apa-apa sahaja. Janji kamu kahwin dengan Anna."

"Kalau macam tu, Dariel ada beberapa syarat untuk ibu."

"Apa dia? Ibu sedia nak ikut setiap syarat Kiem."

"Ibu yakin?"

"Ibu yakin. Ibu akan pastikan semua syarat kamu dikurniakan. Kamu satu-satunya anak ibu."

Dariel mengangguk kepalanya. Walaupun perkara ini agak menderhakanya kepada Puan Rahimah. Tapi dia terpaksa. Jika tidak sampai bila ibunya takkan mudah menerima Medina.

"Okay, kalau ibu dah setuju dengan cadangan Kiem. Kiem nak ibu mempercepatkan majlis. Kalau boleh seminggu atau dua minggu dari sekarang." Bulat mata Puan Rahimah mendengar syarat anak tunggalnya.

"Semin..ggu?" Dariel yang melihat ibunya mula gagap hanya beriak biasa.

"Ya, seminggu atau dua minggu dari sekarang tapi kalau dua minggu pun okay jugak. Sebab Kiem ingat minggu ni, Kiem nak bawa Medina, Darren dan Dhea duduk rumah ibu ni. Senang, apa-apa tentang majlis Kiem. Kiem boleh tengok sekali. Tak de la ulang alik balik rumah kan? Kesian, Medina nanti. Tambah pula dia mengandung, Kiem tak nak apa-apa terjadi dekat kandungan Kiem."

Terkejut wajah Puan Rahimah mendengar syarat kedua anaknya. Anaknya mahu menantu yang tak layak bergelar menantu tu duduk serumah dengannya?

"Boleh ke, ibu?" soal Dariel. Dia mahu lihat reaksi Puan Rahimah tika ini.

"Boleh. Ibu okay, tapi kenapa dua minggu? Tak macam cepat sangat ke?" soal Puan Rahimah. Memang dia ada niat mahu cepatkan majlis perkahwinan Dariel dan Anna tapi tidak la secepat ini.

"Benda baik, bu. Lagipun, Medina tak sabar nak sambut madu dia. Jadi tak salahkan, kalau Kiem nak mempercepatkan benda baik. Payung emas kut."

Puan Rahimah mengangguk kepalanya. Setuju dengan kata-kata anaknya. Benda baik. Kenapa perlu lambatkan?

"Ouh, sebelum lupa, Kiem nak ibu buat baik dengan Medina sepanjang dia duduk sini. Kiem dengar aduan dari mulut Medina. Kiem takkan teragak-agak nak keluar dan batalkan semua ni. Dan Anna pun akan selalu datang sini tolong ibu dan Medina. Jadi, Kiem harap ibu berlaku adil dengan kedua-dua menantu dan bakal menantu ibu."

Puan Rahimah hanya mengangguk kepalanya. Nak atau tak, dia terpaksa hadam. Jika dia patah balik pun, tiada guna kerana dia sudah berjanji akan melakukan apa-apa sahaja.

"Tu je ke?"

"Buat masa ni, tu je la dulu. Kenapa, ibu ada nak tambah ke?" soal Dariel. Sengaja menduga Puan Rahimah.

Puan Rahimah tersentak. Kepala digeleng perlahan.

"Tak, ibu tanya je. Bila Dariel dengan Azyara nak pindah masuk sini? Ibu boleh suruh pembantu rumah kemas bilik Dariel."

Dariel memandang wajah Puan Rahimah. Dia mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Puan Rahimah.

"Soalan yang bagus ibu. In sha allah, malam ni, Kiem dan Medina sampai rumah ibu. Ibu siap sedia je. Abah pun dah tahu tentang ni, jadi ibu siap sedia okay. Kiem balik dulu, nak kemas baju. Jumpa malam ni. Terima kasih, bu." Dariel mencapai tangan Puan Rahimah. Bibirnya mengucup lembut tangan Puan Rahimah.

'Maafkan Kiem, bu. Kiem terpaksa buat macam ni demi kebaikan ibu.' bisiknya perlahan di dalam hati.

"Kiem balik dulu. Jangan lupa, malam ni!" Dariel pantas meninggalkan Puan Rahimah bersendirian di situ.

Puan Rahimah tersandar lemah di kerusinya. Syarat-syarat anaknya itu tadi sudah hampir membuatnya pitam.

Dia dan Medina serumah?

"Kau tunggu la nasib kau, Azyara. Aku akan pastikan kau jauh dari Dariel. Kau sajakan suruh anak aku letak syarat macam tu?" ujarnya sendiri. Tangan naik memicit perlahan kepalanya.

To be continued...

Hai! I tahu sepatutnya buat double update but I lupa n I already busy sampai lupa nak type story. Ini pun idea takde dan i buat cincai je, in sha allah nanti I edit semula bab ni. Sorry ya. In sha allah, bulan 7, I comeback okay. Srs, I busy gila akhir-akhir ni sorry sebab kecewakan korang 😌 again, sorry guys ❤️

Doakan I berjaya okay ❤️ stay safe n take care.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now