A || 38

32.4K 1.6K 14
                                    

TAK berkerdip mata Medina melihat keakraban Dariel dengan suami Kak Aira, Daniel. Dia di sini sudah seperti tunggul apabila dia berseorangan tanpa teman. Darren dan Dhea pula sudah keluar bermain dengan anak-anak Kak Aira manakala Aira sedang sibuk menghidang minum petang di dapur. Dia mahu membantu namun segera di bantah oleh Aira.

Medina bingkas bangun. Tingkap yang terbuka luas dipandangnya sebelum matanya terpaku pada sebuah rumah yang dilengkapi beberapa buah khemah. Pasti rumah mak long sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan Ilyana.

"Yara..."

Medina berpaling. Terkejut dirinya apabila Nek Yah menegurnya.

"Nek Yah." Medina terus mencapai tangan tua wanita tua itu.

"Lama, Yara tak balik sini. Risau Nek Yah bila Yara hilang macam tu je," ujar Nek Yah. Medina senyum.

"Yara tak ke mana, nek. Yara ada je kat muka bumi ni." jawabnya.

Takkan la dia mahu beritahu Nek Yah bahawa dia sudah berada di negara orang selama lima tahun.

"Ya la, tapi nenek tak sangka pula kamu kahwin dengan kawan Hafiey. Haih, Dariel tu nenek dah anggap macam cucu nenek sama macam kamu kecil dulu." Medina senyum.

Dia lagi tak sangka bahawa keakraban Dariel dengan keluarga Hafiey begitu erat. Hingga nenek, sepupu sepapat Hafiey mengenali Dariel. Sedangkan dia yang duduk di kampung langsung tidak mengenali sesiapa cucu Nek Yah.

"Nek Yah, apa khabar? Sihat? Berapa ramai dah cicit nenek?" soal Medina bersama gurau sendanya. Ingin dia tahu jugak jumlah cicit nek Yah.

"Alhamdulilah, nenek sihat gini je la. Selagi kamu nampak nenek boleh diri, duduk, berjalan dan makan tu. Kiranya nenek sihat la. Cicit nenek tu? Haish segan nenek nak cakap ramai sangat sampai tak terkira." jawab Nek Yah bersama guraunya.

Medina ketawa kecil.

"Anak-anak kamu dengan Dariel pun cicit nenek jugak." Medina tersentak. Bebola matanya memandang wajah Nek Yam.

"Haih, apa cakap pasal hal ni pulak. Kamu tu cerita la kat nenek macam mana boleh jumpa Dariel? Setahu nenek, Dariel kahwin dengan oeang lain. Tup tup! Kamu yang dia bawak balik. Terkejut nenek bila Aira gitaw nenek. Kamu balik,"

Medina sengih. Agak-agak kalau dia beritahu nenek perkara sebenar acik tak? Tapi dia segan nak luahkan perkara itu. Maklum la, tak lernah di buat orang bekas suami isteri kembali selepas berpisah.

"Panjang ceritanya, nek."

"Kalau panjang, pendekkan. Ala, tak usah segan eh. Anggap je, nenek ni mak ayah kamu." terasa sebak dada Medina mendengar ayat itu meluncur keluar dari bibir Nek Yah.

"Yara dengan abang jumpa dekat Australia. Masa tu, Yara belajar kat sana. Jurusan perniagaan sebab Yara ingat nak mulakan bisnes. Lepastu, nak dekat habis semester, Yara tercrush. Alaa, nenek mesti tau kan maksud crush tu kan."

Nek Yah mengangguk kepalanya.

"Mesti la aku tau. Cucu nenek semua kahwin sebab crush la tu! Apa kau ingat keluarga kami ni kejam sangatkah nak ikut zaman kala dulu?" Medina ketawa.

"Ha, macam tu la ceritanya. Kami masing-masing memang dah suka sama suka pastu kami balik Malaysia kahwin la. Tiada siapa tahu Yara dah kahwin kecuali suami, keluarga mertua, kawan Dee seorang dengan sepupu Yara, si Yana nak kahwin esok tu."

"Kiranya, kau kahwin ni? Si Yana taw la ni?" soal Nek Yah. Terkejut. Medina mengangguk kepalanya.

"Tapi perkahwinan kami tak lama, lima bulan gituw lepastu mak mertua paksa Dariel kahwin lain sebab dia ingat Yara tak boleh bagi zuriat. Dalam lima tahun macam tu, Yara duduk New York dengan kawan dan anak lelaki Yara. Kalau ikutkan Yara memang tak nak balik Malaysia sebab ingatkan perkara mak mertua buat dekat Yara tapi disebabkan anak lelaki Yara nak kenal papa dia. Yara balik la Malaysia. Ada la pergaduhan sikit sebanyak sebab Dariel pujuk Yara then Yar rujuk la balik dengan Dariel. Lagipun, kasihan Dhea tak sempat rasa kasih sayang seorang ibu. Jadi, Yara ambil la kesempatan ni nak beri kasih sayang kepada Dhea."

Nek Yah mengangguk mendengar cerita Medina. Jujur dia kagum dengan wanit di hadapannya. Sudah tercalar maruahnya namun masih hidup dengan kata-kata cacian ibu mertuanya.

"Habis, kamu kahwin balik ni, mak mertua kamu tahu dak? Habis isteri Dariel setuju ke, kamu dengan dia berpoligami?" Medina mengukir senyum. Kepala ditunduk ke bawah. Tak sanggup rasanya mahu menjawab soalan Nek Yah.

"Ibu masih tak terima Yara sebagai isteri Dariel. Pasal Marissa, nenek jangan risau. Dariel dah ceraikan dia dengan cara baik. Dia yang minta lepaskan sebab tak mahu rasa dikongkong oleh ibu yang asyik desak dia beri cucu lelaki." sampuk Dariel.

Nek Yah mengangguk kepala faham. Wajar la, bekas isteri Dariel minta dilepaskan kerana ibu sikap desak ibu Dariel.

"Assalammualaikum!" suara orang memberi salam memecahkan perbualan di antara mereka.

Medina memandang figura yang memberi salam di hadapan pintu. Dia kenal suara memberi salam itu. Tak lain, tak bukan pasti Mak Longnya.

"Wa alaikumsalam. Daniel... Pergi tengok sat, siapa datang rumah ni." Daniel yang duduk di sofa bingkas bangun tanpa membantah.

Aira yang baru selesai memasak minum petang turut mengikuti keluarga kecil itu. Berkerut dahinya melihat suaminya melangkah ke pintu utama. Pinggan yang berisi cucur udang dan kuah kacang di letak atas meja.

"Siapa tu, nek?" soalnya.

Nek Yah memandang wajah Aira. Bibir mengukir senyum.

"Siapa lagi kalau bukan si Mak Long Echa. Dia kan sibuk uruskan anak dia kahwin. Depan kamu ni, anak saudara dia. Mesti la dia datang nak jenguk anak saudara dia." ujar Nek Yah selamba.

Medina hanya membisu. Dia tak mahu melepaskan satu perkataan. Kalau boleh, dia tak mahu mak longnya tahu bahawa dia berada di kampung.

"Nek, dia datang nak jumpa nenek. Nenek pergi la. Daniel malas nak layan mak cik-mak cik bawang ni." ujar Daniel sebaik menyampaikan hasrat mak cik di luar sana.

Aira menepuk peha suaminya. Ada ke patut kata begitu. Teruk-teruk mak cik bawang, kalau ada yang benar pasti mahu di hebohkan.

"Ya la, nenek pergi depan kejap." Nek Yah bingkas bangun berlalu ke pintu hadapan.

Dariel memandang wajah Medina. Wajah isterinya kelihatn gusar sebaik mendengar suara wanita yang memberi salam tadi.

"Sayang okay tak?" soal Dariel.

Medina mengangkat wajahnya. Kepala diangguk berkali-kali.

"Okay." balasnya.

Medina cuba meredakan debaran yang kian hebat di dada. Agak-agak apa reaksi Mak Long dan Mak sunya esok jika dia hadir ke majlis itu.

"Ha, ye la. Terima kasih jemput. In sha allah, esok kami datang ye." suara Nek Yam yang sudah selesai bicara meredakan jantung Medina.

"Kenapa nek?" soal Aira. Walaupun dia sudah tahu, sengaja dia menyoal Nek Yah.

"Tak de apa. Dia cuma terkejut bila rumah arwah mak kamu ni terbuka luas. Lepastu, nenek bagitahu la yang saudara nenek datang jumpa nenek. Tu yang Aira beri dia duk sini."
terangguk-angguk kepala Aira mendengar penjelasan Nek Yah.

Nek Yah memandang wajah Medina yang tak berenggang dengan Dariel. Pasti wanita itu terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya.

"Tadi kamu dah dengarkan? Jadi esok, kita pergi sama-sama kenduri tu. Apa-apa yang berlaku esok, nenek akan tanggung. Jangan risau. Kamu tak seorang, kamu ada suami dan anak-anak. Ingat, mereka kekuatan kamu untuk terus hidup." pesan Nek Yah.

Medina senyum. Ya, dia harus kuat. Dariel, Darren dan Dhea kekuatannya. Selamanya.

To be continued...

Double update done !

Sorry kalau ada typo atau mengarut atau apa-apa je la yang berkaitan sebab Hazel type dalam keadaan mengantuk dan tak semak jadi bawak bersabar la ye. Bye!

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now