R || 39

33.9K 1.6K 38
                                    

Ilyana 🤪

+ Aku harap kau kuat esok.
+ Datang, jangan tak datang.
+ Aku nampak Darren dengan Dhea kat rumah arwah Mak Cik Ila.
+ Kalau kau tak datang...
+ Aku cucuk kau dengan asid folik 💉bila balik KL nanti. Biar cepat sikit kau bagi aku anak buah baru.

MEDINA yang membaca perbualan Ilyana hanya menggeleng kepala perlahan. Tak padan nak jadi isteri orang. Ada sahaja perangai tak semenggahnya.

Apabila mengingat Ilyana bakal naik pelamin esok. Dia menghela lafaz lega apabila Ilyana tidak memaksanya untuk menjadi pengapitnya. Sedih juga Ilyana kerana hasratnya tidak tercapai tapi dia tahu Medina pasti ada sebab kenapa tidak mahu menjadi pengapitnya.

Kedengaran pintu bilik terkuak segera Medina membangunkan postur tubuhnya kepada duduk. Wajah Dariel yang baru pulang dari masjid dipandang.

"Selesai dah?" soalnya.

Dariel senyum. Songkok diletak di atas meja berdekatan katil.

"Alhamdulilah. Yana dah sah jadi isteri orang," beritahunya.

Medina senyum. Jujur dia memang mahu pergi ke majlis akad nikah Ilyana yang berlangsung malam ini namun apabila dia fikir semula. Risau jika kehadirannya tidak disukai oleh Mak Long dan Mak su. Dan sebab itu, dia menyuruh Dariel pergi bersama Airan memandangkan majlis itu berlangsung lepas isyak.

"Anak-anak mana? Tidur?" soal Dariel. Dia melabuhkan punggung di atas katil.

"Ha'ah. Penat main dengan anak Kak Aileen. Tu yang terbongkang dua-dua." Dariel mengangguk faham.

Melihat dua anaknya bermain bersama anak-anak Aileen dan Airan tadi membuatkan dia mengukir senyum. Alangkah indahnya dia kalau dikurniakan seorang lagi anak.

"Abang? Fikir apa? Jauh sangat menung sampai Dee tanya abang tak jawab." tegur Medina.

Dariel berpaling memandang wajah berkerut Medina. Isterinya ini memang suka betul mengerut dahi. Muka tua nanti baru menyesal.

"Tak de apa. Cuma fikirkan tentang masa depan." ujarnya selamba.

Medina pelik. Masa depan?

"Abang ada niat nak pasang lain ke?" soal Medina. Nada suaranya juga sudah berubah kepada cemburu.

Pffft!

Tersembur Dariel mendengar ulahan Medina kepadanya. Pasang lain?

"Kenapa? Sayang nak bagi ke? Kalau nak bagi, ouh tadi ada seorang tegur abang katanya auka abang buat pandang pertama." gurau Dariel.

Medina memandang Dariel tajam. Baru sebulan mereka berkahwin. Dariel sudah buat perangai baharunya. Tanpa berkata apa-apa terus jarinya mencuit pinggang Dariel.

"Au! Au! Awh! Sayang sakit. Sayang... Sakit! Sakit!" adu Dariel. Tubuhnya sudah meliok sana sini menahan cubitan Medina.

Perit weyh!

"Ha, padan muka! Tu la, nak bergurau tak bertempat. Baru sebulan kahwin semula dah gatal dengan perempuan lain eh? Kalau tahu macam ni, tak payah rujuk pun tak pe. Rela duduk dekat London tu," ugut Medina.

Cemberut wajah Dariel mendengar negara di mana isteri dan anaknya berada selama lima tahun.

"Sayang... Sorry la, abang janji abang tak gurau dengan sayang macam tu lagi. Jangan la tinggalkan abang, okay." pujuk Dariel.

Medina berpaling wajahnya ke sisi. Dalam hatinya sudah ketawa jahat dengan pujukan Dariel. Dia tahu ada seorang dua cuba pikat Dariel tika di surau tadi. Itupun Ilyana yang beritahunya.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now