L || 30

44.3K 2K 143
                                    

KAKI melangkah ke kereta. Sebaik tiba di kereta milik Dariel. Medina dan Dariel saling berpandangan. Kedua-dua bibir ternaik melihat pencapaian sendiri malah tiada siapa satu bahawa mereka berdua sudah buat kerja gila.

Kerja gila?

Ya, kerja yang dinamakan gila.

"Dee, okay?" soal Dariel, lalu mencapai seatbelt miliknya.

Ktak!

Kedengaran kuat seatbelt milik Dariel dan Medina melilit tubuh mereka untuk melindungi diri dari sebarang ancaman bahaya. Medina yang tadi gemuruh kini kian menghilang. Entah apa yang merasuk dirinya setuju dengan kerja gila Dariel, namun apa yang pasti ini semua untuk kebaikan anak-anaknya.

"Okay atau tak, kita tetap kena hadap semua dugaan ni kan?" soalan Dariel dijawab malah Medina melontar semula soalan kepada Dariel.

Dariel tarik senyum. Dia sudah agak dengan soalan Medina.

"Apa-apa kita cuba pertahankan." pesan Dariel lembut.

Medina hanya diam. Telefon pintarnya di bawak keluar dari bag tangannya. Buka sahaja telefon pintar, dia sudah dapat mesej dari Darren. Medina tanpa syak apa-apa terus melohat mesej itu.

Terkejut dirinya melihat gambar yang di hantar oleh Darren malah luluh hatinya melihat Dhea teruk dipukul oleh Puan Rahimah.

"Abang, cepat kita pergi rumah keluarga abang sekarang. Puan Rahimah mengamuk! Dia pukul Dhea!" Medina terus suara memetir.

Dariel yang mendengar kata-kata Medina terus berdetak hebat. Anak perempuannya kena pukul?

Tak.

Tak.

Ya allah, Dhea!

PUAN Rahimah duduk di salah satu kerusi yang berada di meja makan. Keluhan berat dilepaskan dari bibirnya. Permintaan cucu lelakinya tadi amat meremehkan bebannya.

Solat?

Huh, apakah cucu lelakinya itu sedar bahawa dia sudah lama tidak solat atau sengaja mahu memerli dirinya untuk solat. Buat kali pertamanya dia marah kerana cucu lelakinya membuat begitu kepadanya. Namun dia tahan kerana dia akan lakukan segalanya untuk cucu lelakinya.

Kedengaran suara seseorang turun ke tingkat bawah, segera Puan Rahimah memandang ke tangga. Tubuh kecil Dhea yang sedang senyum riang dipandangnya menyampah. Dia sendiri tak tahu apa yang rasuk Darren untuk menyayangi Dhea. Baginya, Dhea bakal menyusahkan Darren.

"Nek Mun! Tolong Dhea buat milo. Dhea teringin la!" jerit Dhea dari ruang tamu.

Puan Rahimah yang mendengar jeritan Dhea menjegil mata besar. Amboi, suka-suka dia je mengarah pembantu rumah aku. Buat air untuk dia kan?

Puan Rahimah bangun dari duduknya. Dia melangkah ke arah ruang tamu. Kelihatan Dhea sedang seronok menonton television tanpa menghiraukan dirinya di atas sofa miliknya. Puan Rahimah senyum sinis. Agak-agak kalau dia cederakan Dhea sikit, Dhea mengadu tak kepada Darren?

"Seronok la kau dapat abang yang baik macam Darren kan? Kalau bukan sebab dia cucu lelaki aku, kau ingat kau akan senang dalam rumah ini. Huh, jangan pernah la." ujar Puan Rahimah.

Dhea yang sedang menonton television. Mengerut dahinya pelik. Dia sebenarnya tak faham maksud Puan Rahimah.

"Apa maksud nenek? Dhea tak faham la." soal Dhea.

Puan Rahimah berdecit kasar. Dhea memang tak faham atau sengaja tak faham dengan ayatnya?

"Kau ni kan... Mari sini, geram pulak aku bila kau rapat dengan cucu lelaki aku! Kau tahu tak, kau sebenarnya tak layak nak bersama cucu lelaki aku tu! Dia lelaki kau tu perempuan. Sedar diri tu sikit!" tubuh kecil Dhea ditolak kasar hingga Dhea jatuh ke bawah.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now