TERJENGUK-jenguk kepala Anna menunggu kedatangan Dariel. Seminggu berlalu, namun lelaki itu langsung tidak hadir ke pejabat malah tiada siapa tahu kenapa lelaki itu tidak masuk ke pejabat termasuk pembantu peribadinya.
Anna mencapai telefon pintar miliknya. Nama Puan Rahimah dicari. Dia bukan mahu menanya khabar wanita tua itu namun kerana dia ingin tahu keberadaan Dariel. Dia takkan sesuka hati menelefon Puan Rahimah.
"Hello,"
"Aunty! Aunty, apa khabar? Sihat? Sorry la, Anna dah lama tak call aunty. Anna busy la." kata Anna bersama suara manjanya.
"Laaa, Anna ke? Aunty ingat siapa la tadi. Hahahaha, tak pe, sayang. Aunty tak kisah pun. Aunty tahu Anna sibuk sekarang ni. Nanti ada masa, Anna datang la rumah aunty." jawab Puan Rahimah.
Anna hanya senyum. Dia mahu datang rumah Puan Rahimah? Memang lambat la lagi sebab dia hanya akan datang bila Dariel ada sahaja.
"In sha allah. Eh, aunty! Anna call ni sebab nak tanya sesuatu dekat aunty."
"Tanya apa tu?"
"Pasal Dariel."
"Hah, kenapa dengan dia? Dia buat sesuatu yang kamu tak suka ke? Bagitahu aunty. Nanti aunty bebel dekat dia. Suka hati dia je nak usik Anna ye."
Anna ketawa perlahan. Dariel mahu usiknya? Hmm, alamatnya terbalik drama ini.
"Tak la, aunty. Anna nak tanya kenapa Riel macam dah lama tak masuk officce eh? Dah seminggu Anna tak nampak dia? Dia tak sihat ke? Atau Dhea tak bagi dia masuk kerja?" soalnya.
Puan Rahimah terdiam. Dia sendiri pun baru tahu bahawa anaknya sudah seminggu tidak masuk pejabat. Sejak kejadian seminggu yang lepas, anaknya memang benar-benar hilang dari pengetahuannya malah suaminya tidak berkata aap tentang kepergian anaknya selama seminggu.
"Aunty? Aunty okay ke? Sorry la, kacau aunty. Anna cuma nak tahu je. Sebab pelik bila Dariel cuti lama ni," katanya.
*Eh, tak. Anna tak kacau aunty pun. Aunty pun tengah bosan ni. Ermm, pasal Dariel tu, aunty tak pasti la sebab Dariel dah seminggu keluar dari rumah aunty. Maafkan aunty ye." Anna terkedu.
Dariel keluar dari rumah Puan Rahimah? Tapi kenapa? Sudah seminggu namun Dariel keluar rumah baru dia tahu hari ini?
"Ermm, kalau macam tu, tak pe la, aunty. Anna nak sambung buat kerja. Nanti tak pasal uncle marah Anna pulak." Anna berdalih. Kalau dia tahu Dariel keluar dari rumah tiada la susah dia mahu menelefon wanita tua itu namun apakan daya berita Dariel keluar dari rumah Puan Rahimah baru sampai ke telinganya.
"Okay. Kerja elok-elok okay. Love you."
"Love you too, aunty." balas Anna bersahaja. Telefon pintar dicampak selamba ke atas meja.
Kata-kata Puan Rahimah bermain di fikirannya. Kalau benar Dariel pindah rumah, lelaki itu tinggal di mana atau lelaki itu...
Anna menggeleng kepala perlahan. Tak mungkin, Dariel tinggal bersama semula dengan Marissa? Wanita itu pula sudah pindah ke UK atas sebab-sebab tertentu jadi tak mungkin Dariel mengikut Marissa ke sana tapi...
"Argh! Kenapa la dalam banyak-banyak kau boleh tangkap cintan dengan duda?"
MEDINA dan Linda membawa sepinggan makanan ringan bersama teh panas untuk dihidangkan pada waktu petang begini. Dariel dan Hafiey sedang berbual sambil memerhati anak-anak mereka bermain di kolam.
Medina senyum senang. Sejak dia rujuk semula dengan Dariel seminggu lalu. Kehidupannya benar-benar berubah. Tiap malam sebelum tidur pasti mereka berempat akan duduk di dalam bilik berbual meluahkan seharian mereka walaupun perkara itu diulang berkali-kali.
Linda yang nampak senyuman di bibir Medina. Berdehem perlahan. Medina tersentak. Kepala berpaling ke sebelahnya. Wajah Alya dipandang.
"Saya ganggu akak ke?" soal Medina.
Linda menggeleng kepalanya. Medina menganggu dirinya? Tak. Dia yang sebenarnya yang ganggu lamunan Medina.
"Tak. Dee tak ganggu pun, cuma akak nampak Dee nampak bahagia seminggu selepas rujuk balik dengan Dariel. Bukan Dee je, Dariel pun sama. Linda dah lama tak nampak senyuman Dariel lepas Dee tinggalkan dia lima tahun lalu walaupun berkahwin dengan Marissa." cerita Linda.
Medina menunduk. Serba salah dia apabila isu lima tahun lalu naik. Walaupun perkara itu sudah berlalu dia tetap terasa di hati.
"Perkara dah berlalu, Dee. Buka buku baru, in sha allah. Linda yakin Dee dan Dariel boleh hadapi masalah sama-sama." Medina senyum.
"Eh, kenapa kita berbual pasal hal ni kan? Tapi Linda nak tahu la jugak, Dee dengan Dariel dah bersama ke?" soal Linda tanpa berlapik. Nasib anak-anak dan kaum suami jauh di sana. Kalau tak, habis dirinya di usik oleh suaminya.
"Erk... Rasanya akak boleh agak kut." jawab Medina malu. Dia masih teringat permintaan suaminya beberapa hari lalu. Layanan Dariel kepadanya tetap sama seperti lima tahun lalu. Tak berubah.
"Ehek! Nampaknya tak lama lagi, Darren dan Dhea bakal dapat adik baru la." usik Linda. Medina malu.
"Eh, akak ni. Malu la Dee. Akak pun apa kurangnya, mesti sama macam Dee kan? Takkan la, akak tak nak tambah anak lagi kan?" Linda ketawa lembut.
"Kalau ikutkan memang nak sangat tambah anak tapi akak dengan abang Hafiey suka merancang." katanya.
"Tapi macam Riel dengan Dee. Tak payah merancang memang elok kena ada seorang lagi. Ya la, Dhea dah empat tahun, Darren lima tahun. Elok sangat la tu kalau ada adik. Mereka pun seronok nak bermain." tambah Linda. Cawan yang berisi teh itu dihirup perlahan.
Medina masih berfikir. Anak? Dia sendiri masih berfikir untuk memiliki anak. Dengan kejadian seminggu lalu membuatkan dia risau jika ada apa-apa berlaku pada kandungannya. Tambahan, Dariel juga ada bercerita bahawa Anna mula mencarinya di pejabat.
To be continued...
Argh! Kekurangan idea! Maaf kalau hambar. In sha allah next chapter kita ubah sikit okay ♥️ by the way, salam ramadhan buat semua ✨ heheheheh semoga enjoy your ramadhan !
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !