N || 11

56.1K 2.5K 135
                                    

LEMBUT rambut anak lelakinya dibelai olehnya. Bibir mengukir senyum nipis. Dahi Darren dikucup lembut. Kemalangan yang berlaku beberapa hari membuatkan dia sedar bahawa pentingnya Darren dalam hidupnya. Tanpa Darren, bagaimana dia mahu meneruskan hidup.

Rakannya, Aisya sudah sedar dari lena panjang namun berita gembira yang disampaikan oleh Isa kepadanya membuatkan hati rakannya kian teruja malah Aisya juga tidak kisah jika dia terpaksa duduk di Malaysia dalam tempoh lama. Janji kandungan selamat bersamanya.

Kedengaran telefon pintar berdering meminta diangkat menyentak lamunan Medina. Tak mahu telefon terus berdering segera dia mencapai telefonnya di atas night stand. Nombor yang tertera di atas skrin membuatkan dia berkerut dahi pelik.

"Siapa?" Medina menyoal sendiri namun tak lama panggilan itu hilang dari skrin.

"Scammer kut." tebaknya lalu kembali letak telefon di atas night stand. Selimut ditarik naik ke pinggang. Dirinya mula rasa mengantuk melihat Darren tidur di sisinya.

Baru dia hendak memejam matanya, kedengaran telefon pintarnya berdering lagi. Medina merengus geram tanpa melihat nama yang tertera terus dia menekan button hijau.

"Hello?"

Diam.

"Hello?"

Diam lagi.

Medina merengus geram. Sebal rasanya apabila orang yang buat panggilan ni terus mendiamkan diri.

"Kalau rasa tak de apa nak cakap, jangan call. Buang masa," baru dia mahu menekan button merah. Medina tersentak mendengar suara itu.

"Sayang,"

"Sayang, maafkan abang please."

Medina diam. Dia tak salah dengarkan? Suara itu seakan suara Dariel. Tapi bagaimana lelaki itu tahu nombor telefon miliknya?

"Saya rasa awak salah orang. Saya bukan sayang yang awak cakapkan tu," ujar Medina. Namun kedengaran suara tertawa dihujung sana. Medina mengerut dahi pelik. Dia ada buat lawak ke hingga lelaki itu ketawa?

"Sayang jangan nak buat lawak la. Kalau awak bukan sayang saya? Kenapa suara awak sama macam Azyara? Awak mungkin boleh ubah diri awak tapi bukan suara, Azyara." kata Dariel.

Medina diam. Ya, dia akui dia sudah berubah perangai dalam dirinya tapi sejauh mana pun dia boleh pergi Dariel pasti kenal suaranya. Bagi Dariel, suaranya unik. Entah dimana unik, dia sendiri pun tak pasti.

"Okay, memandangkan awak tak nak mengaku. Abang cuma nak bagitahu yang abang rindu sayang. Lima tahun sayang menghilang dan semalam adalah hari paling bermakna buat abang. Sayang pergi mana selama ni? Puas abang cari sayang." suara Dariel sengaja disayukan. Dia yakin Medina pasti sedih mendengar suaranya. Lima tahun dia mencari wanita itu, siapa sangka akhirnya mereka bertemu.

Manakala berbeza pada Medina. Dia menjuling mata menyampah. Cari dirinya konon. Kalau cari, Dariel sudah jumpa dia tika dia berada di London. Ya la, dia sendiri tahu lelaki itu cukup kaya untuk mencarinya. Dia tak nafikan tapi kenapa perlu ambil masa lima tahun untuk mereka bertemu semula?

"Abang tahu sayang dengar tapi percaya la selama ni abang tunggu sayang untuk kembali pada abang dan sekarang, abang akan pastikan sayang rujuk semula dengan abang. Ingat sayang, macam mana sekalipun, abang tetap akan rebut sayang kembali. Abang letak dulu. Selamat malam, jaga diri." talian tadi telah diputuskan oleh Dariel.

Medina memandang skrin telefon pintarnya. Dia seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Walaupun Dariel menelefon memberitahu khabar rindu tapi itu bukan bermaksud untuk dia dan Dariel bersama semula.

Kepala berpaling ke sisi kirinya. Wajah Darren dipandangnya. Keluhan kecil terlepas dari bibir nipisnya. Bagaimana la reaksi Dariel mengetahui kewujudan Darren nanti?

DHEA menggelongsor turun ke bawah. Sebaik tiba di bawah, dia bangun berlari ke arah rakannya yang melepak di sebuah meja yang terletak di situ.

"Dhea, nah." segelas cawan yang berisi air oren diberi kepada Dhea. Dhea senyum lalu meneguk rakus air oren yang diberi oleh rakan baiknya.

"Terima kasih, Raees."

Raees mengukir senyum. Suka dirinya melihat wajah Dhea tersenyum begitu. Dulu, tika Dhea masuk ke tadika. Dia la orang pertama rapat dengan Dhea walaupun perbezaan umurnya beza setahun dengan Dhea tapi dia tak kisah malah Dhea merupakan anak kepada rakan ayahnya.

"Raees, Mika mana? Tak nampak pun dia?" soal Dhea. Matanya melilau mencari figura Mika. Masuk hari ini sudah dua hari, dia tak nampak kelibat rakan baik Raees.

"Ouh, Mika? Dia ada kat kelas. Dia kata dia sakit kepala." jawab Raees. Air oren diteguknya.

Dhea pelik. Dia sedar perubahan Mika sejak Mika berjumpa dengan papanya tapi kenapa?

"Ouh, awak tak ajak dia main sekali ke?" soal Dhea. Ingin tahu.

"Ish, awak ni Dhea. Saya dah bagitahukan yang dia tak sihat. Takkan saya nak paksa dia main,"

Dhea menepuk dahinya lembut. Alahai, macam mana dia tak sedar akan perkara itu. Tak pasal-pasal dia kena marah dengan Raees. Bukan dia tak tahu kenal perangai Raees sama seperti ayahnya. Dingin. Tapi hanya dengan orang tertentu sahaja dia mampu bercakap dengannya.

"Sorry, Raees. Saya lupa."

"Hmm, tak kisah la. Tapi saya pelik, awak selalu tanya pasal Mika ni? Kenapa? Awak suka dia eh?" usik Raees. Bukan dia tak perasaan Dhea suka ambil berat tentang Darren Mikael akhir-akhir ni. Dia nampak walaupun dia tahu mereka masih kecil tapi tak salahkan kalau perasaan wujud awal dari umur mereka?

"Apa awak merepek ni, Raees! Kita kecil lagi la. Mana boleh suka orang. Saya sayang papa saya tau. Saya tak nak sayang orang lain selain papa saya. Awak jangan pandai-pandai cakap macam tu," marah Dhea.

Raees sengih. Dia tahu dia salah tapi... Haih, Raees kau jangan merepek la. Tahu dek mummy daddy, tak pasal kau kena bebel dengan mummynya.

Dhea diam duduk bersama Raees. Dia masih ragu dengan hubungan papa dan Mika. Kata cikgu, nama ayah mereka sama tapi tak mustahil kalau nama bapa mereka sama kerana banyak sahaja di dunia ni nama yang sama tapi,

"Macam mana kalau Mika anak papa? Mesti nenek suka kan?" Dhea berkata perlahan. Fikirannya mula terbayang jika benar Mikael merupakan adik-beradik tirinya.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now