M || 07

55.2K 2.5K 239
                                    

PENERBANGAN yang mengambil empat belas jam dua puluh minit, akhirnya tiba juga mereka di tanah kelahiran. Medina menghela nafas perlahan. Tubuhnya direbah di atas katil milik Ilyana. Sebaik mereka tiba tadi, Ilyana menyambut kepulangan mereka di KLIA dan menghantar Aisya dan Isa pulang ke apartment.

Siapa sangka mereka tinggal di bawah bangunan yang sama, namun yang membeza adalah apartment Ilyana berada di tingkat 8 manakala apartment Aisya dan Isa berada di tingkat 7.

Tok! Tok! Tok!

"Aku masuk eh," laung Ilyana dari luar.

Medina hanya mengumam perlahan. Dia masih jet lag namun disebabkan waktu di sana sudah pagi membuatkan matanya masih segar. Darren yang lena tidur dikucup lembut.

"Happy back home, Yara!" ujar Ilyana perlahan. Tepi katil diduduknya. Mata memandang wajah kacak Darren yang tidur di sisi sepupunya.

"Ya la, happy back home. Mengarut betul kau ni, cakap macam aku tak pernah balik Malaysia pulak?" Medina menggeleng kepalanya. Ilyana tarik sengih.

"Suka hati aku la nak cakap apa pun. Memang la kau pernah balik Malaysia tapi kali ini ada beza sikit. Bezanya kau stay sini lima bulan, kiranya sempat la kau nak tengok aku kahwin kan?"

"Ha? Kahwin? Kau nak kahwin ke, Yana? Serious la!" Medina terkejut. Ilyana senyum lalu mengangguk kepalanya.

"Yup, aku nak kahwin. Selama ni, aku pegang title tunang orang tau. Kesian bakal suami aku duk kena push dengan mak aku bila nak kahwin. Sebenarnya, bakal laki aku okay ja nak kahwin beberapa bulan lepas tapi aku yang tak mau. Aku nak tunggu kau balik! Tak syok la, aku kahwin sepupu paling rapat aku tak dak. Tu yang, malam yang kau habaq nak balik Malaysia terus aku cakap dekat dia yang aku setuju nak kahwin. Sekurangnya, kalau kau balik New York, kau dah tengok aku kahwin."

"Kau ni... Tak baik buat lagu tu kat tunang kau. Kesian dia. Tapi apa-apa pun aku syukur sebab kau kahwin juga." Medina syukur. Hampir setiap malam dia berdoa kepada Allah untuk membuka hati sepupunya untuk berkahwin. Ya la, dengan mendengar kisahnya sahaja sudah membuatkan gadis itu takut untuk berumah tangga.

"Tu la. Aku pun bersyukur juga sebab aku nak kahwin akhirnya. Tak dak la, duk kena bebel dengan mak aku kan?"

"Ya la. Kau kan anak paling nakal. Ingat dulu kau panjat pokok kelapa dekat belakang rumah atuk? Uish, aku tabik duh tapi tu la semua dah jadi kenangan. Kau pun dah jadi doktor."

Ilyana senyum. Dia tahu jauh di sudut hati sepupunya rindu akan kenangan mereka di kampung namun semuanya berubah apabila keluarga Medina kemalangan dan hanya Medina terselamat dalam kemalangan itu. Sungguh, pada mulanya dia menyampah juga dengan sikap mak dan mak sunya yang membenci Medina.

Pada mereka, Medina la salah kerana mengakibatkan kemalangan itu. Jika, Medina tak menggedik mahu mainan itu mungkin keluarga Medina masih hidup di muka bumi ini.

"Eh, ni kau masuk bilik aku kenapa? Bukan kau kata kau on duty ke tadi?" soal Medina. Rasanya sebaik mereka tiba di rumah, Ilyana ada beritahunya bahawa dia harus ke hospital kerana ada hal kecemasan.

"Tak. Aku tak jadi masuk sebab hal kecemasan tadi dah selesai." Medina mengangguk faham.

"So, apa rancangan kau sepanjang di Malaysia ni? Kau ada kerja ke?" soal Ilyana. Sebenarnya, dia tak tahu pun niat Medina pulang ke Malaysia namun setiap kali Medina pulang ke Malaysia sudah tentu la tentang kerja modelnya kan?

"Aku ada dua kerja sebenarnya tapi aku rasa aku nak kena settelkan satu tu dulu lepastu baru aku settelkan kerja aku."

"Dua kerja? Eh, kau model mesti la banyak kerja kan?"

"Memang la, tapi kerja kali ini beza sikit." jawab Medina. Rambut hitam perang Darren diusap perlahan lalu dikucup lembut.

"Okay. Aku tak kisah tapi kau balik sini bukan sebab Dariel kan?" tebak Ilyana. Medina mengangkat wajah memandang wajah Ilyana. Bibir mengukir senyum lebar.

Ya, dia pulang ke Malaysia kerana Dariel dan Dariel berhak tahu tentang kelahiran Darren di muka bumi. Lagipun, Darren sering bermimpi tentang Dariel jadi tak salah untuk lelaki itu tahu akan kewujudan anak lelakinya di muka bumi ini.

"BARU balik, Kiem?"

Dariel yang baru masuk ke rumah terkejut dengan sapaan ibunya, Puan Rahimah. Dengan langkah longlai dia melangkah ke ruang tamu. Tangan ibunya dikucup lembut. Walaupun ibunya banyak menyerabutkan fikirannya tapi itu tak bermaksud untuk dia kurang ajar dengan insan yang melahirkannya.

"Ibu tak tidur lagi?" soalnya. Jam dipergelangan tangan di kerlingnya. Hmm, sudah masuk 1 pagi.

"Ibu tunggu anak ibu balik. Kenapa, Kiem selalu balik lambat hah? Kesian abah kamu kena jaga Dhea. Kalau dah tahu sibuk, tak payah jaga anak. Sepatutnya biar je dia ikut mak dia, tak de la menyusahkan ibu dengan abah." Dariel menghela nafas perlahan. Dia sendiri tak faham kenapa ibunya sering mempertikaikan tentang Dhea.

"Kenapa ibu cakap macam tu? Dhea tu anak Kiem. Anak sah Syed Dariel Hakiem. Kalau ibu tak suka, tak pe, Kiem boleh pindah masuk rumah Kiem semula." Dia bukan mahu mengugut tapi dia kesian dengan anak perempuannya. Kerana silap bekas isterinya, anaknya sekali terkena tempias malah ibunya tak pernah sekali menganggap Dhea sebagai cucunya.

"Apa? Salah ke, ibu cakap? Kalau Dhea tu anak lelaki. Ibu tak kisah. Ini perempuan, dah la nanti akan menyusahkan hidup kita. Kenapa kamu nak bela dia? Bukan dia dapat bantu kamu apa pun, nak bagi harta pun tak layak."

Dariel menggeleng kepala. Dia sendiri pun tak faham kenapa ibunya sering mendesak untuk dia berkahwin dan memiliki anak lelaki. Nak kata ibunya tiada pegangan agama, sepatutnya ibunya lebih arif dalam hal ini.

"Kiem pun tak tahu nak cakap apa dengan ibu. Susah Kiem nak faham ibu. Apa pentingnya anak lelaki ibu? Memang la banyak kebaikan tentang anak lelaki tapi ibu kena ingat semua yang jadi dah tertulis dalam rancangan Allah. Ibu tak boleh nafikan." tegas Dariel.

"Ouh, kamu nak cakap ibu tolak takdir Allah la macam tu?" Puan Rahimah mula menyerang.

"Kiem, bukan nak cakap ibu tolak takdir tapi..."

"Kiem, ibu buat semua ni untuk Kiem tau. Ibu nak anak ibu bahagia. Sekurangnya, kalau anak lelaki dia boleh tolong kamu satu hari nanti. Kamu tak rasa macam tu ke?" Dariel memandang ibunya. Rasa tidak percaya apabila ibunya masih mengangkat tinggi tentang anak lelaki.

"Kiem, malas nak gaduh dengan ibu. Kiem penat. Kiem nak masuk tidur. Kiem pun tak tahu bahagia yang mana ibu nak untuk Kiem? Kiem dah pernah bahagia, bu tapi ibu sendiri yang musnahkan kebahagiaan Kiem. Kiem masuk dulu. Assalammualaikum." Dariel terus melangkah naik ke biliknya. Dia malas mahu bertengkar dengan ibunya.

Kerana Dhea seorang perempuan, dia sanggup pertahankan walaupun ibunya tidak suka. Dia sering tertanya apa salah kaum wanita terhadap kaum lelaki. Baginya, masing-masing ada keistimewaan dan kelemahan sendiri malah Allah juga meminta kaum lelaki untuk melindungi insan lemah seperti wanita dan jangan sesekali menyakiti hati mereka kerana itu mampu membuatkan mereka lebih tersakiti.

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now